A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiologi
  6. /
  7. Keselamatan Radiasi
  8. /
  9. MENGAPA DITANYA TARIKH TERAKHIR...

MENGAPA DITANYA TARIKH TERAKHIR DATANG HAID?

Pengenalan

Prosedur radiologi telah lama dijalankan bagi membantu doktor membuat diagnosa ke atas keadaan pesakit. Disebalik kebaikannya X-ray adalah berbahaya kepada tubuh manusia terutamanya ke atas janin yang sedang membesar. Dengan itu apabila seseorang wanita yang berada dalam umur lingkungan boleh mengandung datang untuk menjalani pemeriksaan radiologi terutamanya yang melibatkan bahagian abdomen dan pelvis adalah menjadi amalan akan ditanya oleh Juru X-ray atau pakar radiologi sama ada mereka mengandung.

Biasa terjadi di mana janin pesakit wanita yang terdedah kepada radiasi mengalami keabnormalan kongenital disebabkan dedahan kepada radiasi atau mungkin menyebabkan percambahan sel tidak normal yang menyebabkan kanser. Alat perlindung radiasi akan digunakan bagi mengurangkan kesan radiasi tanpa memberi kesan terhadap bahagian pemeriksaan. Bagi mengurangkan potensi bahaya dari dedahan radiasi ini beberapa peraturan dicadangkan untuk melindungi janin yang belum dilahirkan ini.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Waktu Terakhir Datang Haid (LMP)?

Waktu terakhir datang haid (Last Menstrual Period – LMP) merujuk kepada hari pertama wanita mengalami pendarahan haid yang terakhir.

Siapa Yang Akan Ditanya Tentang LMP?

Secara amnya wanita dalam lingkungan umur yang boleh mengandung adalah wanita dalam kumpulan umur reproduktif  iaitu di antara umur baligh dan menopaus. Dalam lingkungan umur ini wanita mampu untuk mengandung.

Adakah Wanita Yang Telah Berkahwin Sahaja Akan Ditanya Mengenai LMP?

Semua wanita di dalam lingkungan umur yang boleh mengandung akan ditanya tarikh LMP sama ada telah berkahwin ataupun belum. 

Kenapa LMP Ditanya?

Tujuan utama LMP ditanya adalah bagi mengesahkan status mengandung ke atas pesakit wanita (yang akan menjalani pemeriksaan radiologi) yang di dalam lingkungan umur boleh mengandung bagi mengetahui samada hamil atau tidak.

Siapa Yang Akan Bertanya Mengenai LMP?

  • Juru X-ray atau pakar radiologi perlu bertanya kepada wanita yang di lingkungan umur boleh mengandung umur samada hamil atau tidak serta tarikh LMP.
  • Amat penting bagi pesakit untuk memberi kerjasama dengan memberikan jawapan yang jujur.
  • Maklumat yang diberikan penting bagi menentukan kemungkinan wanita tersebut hamil.. Pertanyaan ini tidak sepatutnya dianggap sebagai satu gangguan.

Bilakah Soalan Mengenai LMP Ditanya?

Juru X-ray dan/ atau pakar radiologi akan bertanya tentang LMP sebelum menjalankan pemeriksaan radiologi supaya tidak menjalankan pemeriksaan radiologi ke atas wanita yang mungkin hamil atau telah terlepas haid.

Apa Kaitan LMP Dengan Pemeriksaan Radiologi?

  • Maklumat mengenai LMP adalah penting kerana terdapat pemeriksaan radiologi  berdos rendah dan tinggi.
  • Peraturan yang bersesuaian (peraturan ’10 Hari’ dan ‘28 Hari’) digunakan bergantung kepada jenis prosedur radiologi yang dilakukan.

Peraturan ’10 Hari’

Peraturan ‘10 Hari’ menghadkan pemeriksaan dalam lingkungan 10 hari bermula dari hari pertama kedatangan haid terakhir pesakit dan ianya sesuai bagi pemeriksaan radiologi dos tinggi (contoh Imbasan CT Abdomen, pemeriksaan am bagi spina lumbar). Adalah penting peraturan ini perlu dipatuhi bagi mengurangkan kesan radiasi kepada janin dalam kandungan [1].

Peraturan ’28 Hari’

Menurut Peraturan ‘28 Hari’ pemeriksaan radiologi  boleh dilakukan sepanjang tempoh kitaran haid (selama 28 hari) sehinggalah pesakit lewat atau tidak datang haid dan sesuai untuk pemeriksaan berdos rendah (contoh X-ray dada). Oleh itu, tumpuan di sini adalah lebih kepada wanita yang lewat atau tidak datang haid yang mungkin mengandung [6].

Kesimpulan

Kesimpulannya anggota perubatan seperti Juru X-ray dan pakar radiologi memainkan peranan penting untuk mendapatkan penjelasan status kehamilan daripada pesakit wanita yang berada dalam  lingkungan umur boleh mengandung. Ini bertujuan menghadkan atau mengelakkan radiasi pada peringkat awal kehidupan janin yang boleh menyebabkan kesan biologi sama ada kesan yang dijangka atau tidak.

Rujukan

  1. Biology online (http://www.biology-online.org/dictionary/Childbearing_age)
  2. Checking The Pregnancy Status of Females of Childbearing Age. University Hospitals of Leicester, National Health Services, UK (http://www.library.leicestershospitals.nhs.uk/pubscheme/Documents/ Services%20we%20offer/Patient%20information/Imaging/ADULTS/Radiology%20%20Checking%20Pregnancy%20Status%20Edition%204-7125284%20-%20UHL%20Patient%20Information%20-%20Imaging.pdf)
  3. Guidelines on the Protection of the Unborn Child During Diagnostic Medical Exposures (http://www.rpii.ie/rpii/files/ed/ed118aac-7d24-4c98-b18c-325cc139d20f.pdf)
  4. Images on 10 days & 28 days (http://www.google.com.my/imgres?start=388 &biw=1024&bih=540&tbm=isch&tbnid=ZcA9_4B_wJoZ2M%3A&imgrefurl=http%3A%2F%2Fjezebel.com%2F5923069%2Ffor-a-super%2Bsmart-baby-leave-it-in-your-uterusforever&docid=ziXber DLOzafoM&imgurl=http%3A%2F%2Fimg.gawkerassets.com%2Fimg%2F17rn8x8ny78bojpg%2Fku-)
  5. Kementerian Kesihatan Malaysia. Guidelines for Medical Diagnostic Procedures Using X-Ray in Women of Childbearing potential (http://radia.moh.gov.my/project/radiaweb/docs/10_dan_28%20Day%20Rules.pdf)
  6. MedicineNet.com. Definition of the Last Menstrual Period. Last reviewed 14.6.2012 (http://www.medterms.com/script/main/art.asp?articlekey=13608)
  7. Protection of Pregnant Patients during Diagnostic Medical Exposures to Ionising Radiation. Health Protection Agency, The Royal College of Radiologist & The College of Radiographers, 2009. Published Online: January 28, 2014 (http://www.birpublications.org/doi/abs/10.1259/0007-1285-46-551-933)
  8. Radiology now. The “10-Day Rule” DOI (http://dx.doi.org/10.1259/0007-1285-46-551-933)
  9. The 28 Day Rule (http://www3.ha.org.hk/qmh/department/Clinical%20Department/ Radiology/xray.html)

 

Semakan Akhir : 12 Mei 2016
Penterjemah : Noorhayati binti Kassim
Akreditor : Daud bin Ismail

Artikel Berkaitan

MRI JANTUNG

Apa Itu Pemeriksaan MRI Jantung? Magnetic Resonance Imaging- MRI Jantung

Mari Belajar Sebut Bunyi /r/

Para pengkaji dan pakar terapi pertuturan turut mengakui bunyi /r/ adalah bunyi yang paling sukar untuk diperbetulkan berbanding bunyi-bunyi lain.

Senaman Posnatal – Fisioterapi

Posnatal atau pospartum adalah tempoh 42 hari yang pertama selepas kelahiran bayi. Dalam tempoh masa posnatal ini, para ibu digalakkan untuk lebih banyak bergerak bagi membantu tubuh badan kembali kepada keadaan “normal”.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,406

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia