A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Terapi Bahasa & Pertuturan
  6. /
  7. Peranan Terapis Pertuturan-Bahasa Di...

Peranan Terapis Pertuturan-Bahasa Di Sekolah

Di Malaysia, perkhidmatan terapi pertuturan-bahasa masih belum lagi terdapat di sekolah harian biasa seperti yang dipraktikkan di luar negara.

Siapa itu terapis pertuturan-bahasa?

Apa itu Sekolah Pendidikan Khas?

Sekolah Pendidikan Khas merupakan perkhidmatan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan atau badan bukan kerajaan bagi pelajar kurang upaya. Perkhidmatan ini disediakan di peringkat:

  • Prasekolah
  • Sekolah rendah
  • Sekolah menengah

Ianya ditubuhkan bagi menempatkan pelajar-pelajar kurang upaya seperti masalah pendengaran, masalah penglihatan dan masalah pembelajaran.


Sumber: www.kosmo.com.my

Pendidikan khas di Malaysia terbahagi kepada program:

  • Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas
  • Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI di sekolah harian biasa)
  • Program Pendidikan Inklusif (PPI di sekolah harian biasa)

Satu kurikulum khas telah dirancang selaras dengan kebolehan mereka untuk meneruskan hidup di masa hadapan.

Adakah Terapis Pertuturan-Bahasa Terdapat di Sekolah?

Di Malaysia, perkhidmatan terapi pertuturan-bahasa masih belum lagi terdapat di sekolah harian biasa seperti yang dipraktikkan di luar negara.

Walau bagaimanapun, kerajaan telah menubuhkan beberapa Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) di dalam Sekolah Pendidikan Khas untuk kanak-kanak kurang upaya. Pusat 3PK yang mempunyai perkhidmatan terapi pertuturan-bahasa adalah di Johor, Kuantan dan Putrajaya.

perkhidmatan-di-pusatpendidikankhas
Sumber: www.moe.gov.my

Perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di pusat ini adalah :

Pusat pendidikan swasta turut sama-sama menawarkan perkhidmatan terapis pertuturan-bahasa seperti Pusat Program Intervensi Awal (EIP centre), Atfal Jannah, The Learning Centre (TLC) dan lain-lain.

Selain itu, universiti-universiti yang mempunyai perkhidmatan terapis pertuturan-bahasa juga boleh diperolehi di Klinik Terapi Pertuturan-Bahasa di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Islam Antrabangsa (UIAM).

Bagi guru di sekolah harian biasa yang ingin merujuk para pelajar, mereka boleh mencadangkan kepada ibu bapa pelajar tersebut untuk mendapatkan surat rujukan sekiranya pelajar ada menunjukkan tanda-tanda seperti dibawah:

  • Masalah berkomunikasi (sama ada melalui lisan atau isyarat), dengan rakan sekelas atau guru
  • Masalah untuk mengikut arahan dan membuat ayat untuk menyampaikan fikiran kepada orang lain
  • Masalah pertuturan yang tidak jelas atau pelat

Surat rujukan boleh diperolehi daripada Pegawai Perubatan di mana-mana hospital, Klinik Kesihatan atau klinik berhampiran.

Apakah Peranan Terapis Pertuturan?

Peranan terapis pertuturan-bahasa dalam peringkat sekolah adalah:

  1. Membuat saringan masalah pertuturan-bahasa dalam kalangan pelajar sekolah atau program PPKI
  2. Menilai dan mengenal pasti aspek bahasa, pertuturan dan komunikasi yang bermasalah dengan lebih mendalam
  3. Menilai kemahiran menulis dan membaca
  4. Merancang dan memberikan perkhidmatan terapi pertuturan-bahasa mengikut keperluan
    • Terapi pertuturan-bahasa dijalankan di 3PK
    • Ibu bapa perlu ada bersama-sama anak dan terlibat semasa sesi berlangsung selama 30-45 minit
    • Tujuannya adalah supaya ibu bapa boleh menggunakan teknik yang diajar dengan tepat di rumah
  5. Melakukan lawatan ke sekolah
    • Sekiranya perlu atau atas permintaan guru atau sekolah
  6. Terlibat dalam program LINUS (ujian saringan Literasi dan Numerasi di sekolah harian biasa dan Sekolah Pendidikan Khas)
    • Rujukan kepada profesional yang lain (cara kerja, psikologi dsb.) akan dibuat sekiranya perlu
  7. Memberikan ceramah atau panduan kepada guru tentang kesedaran masalah bahasa, pertuturan dan komunikasi serta teknik-teknik berkesan yang berkaitan semasa sesi pembelajaran
  8. Menjadi rujukan dan memberikan khidmat nasihat mengenai masalah bahasa, pertuturan dan komunikasi
  9. Menyediakan modul dan latihan kepada guru dan ibubapa dalam menangani masalah bahasa, pertuturan dan komunikasi
  10. Merancang pelan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) berkaitan dengan bahasa, pertuturan dan komunikasi pelajar
  11. Menjadi ahli multidisiplin dalam panel penempatan pelajar ke sekolah yang bersesuaian
  12. Membuat penilaian dan memperkenalkan Komunikasi Gantian atau Bantuan (AAC) kepada pelajar yang bermasalah komunikasi

Apakah masalah yang dikendalikan oleh terapis pertuturan-bahasa?

Masalah-masalah yang dikendalikan oleh terapis pertuturan-bahasa adalah seperti kanak-kanak yang mempunyai:

Apakah Kemudahan di Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK)?

Secara amnya, kemudahan yang terdapat di pusat 3PK bagi terapi pertuturan adalah seperti berikut:

Berikut merupakan antara aktiviti yang dilakukan semasa sesi terapi pertuturan di sekolah Pendidikan Khas:

  • Berinteraksi semasa bermain menggunakan permainan bersesuaian bagi meningkatkan kemahiran bahasa, pertuturan dan komunikasi
  • Bercerita menggunakan buku cerita atau gambar
  • Terapi artikulasi bagi pelajar yang menghadapi masalah pelat
  • Aktiviti membuat kraftangan dalam kumpulan bagi meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi

Kesimpulan

Buat masa ini, perkhidmatan terapis pertuturan-bahasa hanya boleh ditemui di beberapa Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) di dalam Sekolah Pendidikan Khas. Namun begitu, guru-guru dan ibu bapa memainkan peranan penting bagi membantu terapis pertuturan-bahasa untuk mengenalpasti pelajar yang mempunyai masalah pertuturan, bahasa dan komunikasi. Rujukan dengan segera haruslah dibuat supaya ujian penilaian lanjut dan rawatan yang sewajarnya dapat diberikan oleh professional. Sebarang maklumat lanjut mengenai Pendidikan Khas dan prosedur bagi kemasukan ke Sekolah Pendidikan Khas boleh dicari di laman sesawang berikut: www.moe.gov.my

Rujukan

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Noor Ra’idah Rufaidah bt. Tuah
Akreditor : Haryani bt. Harun
Penyemak : Nadwah bt. Onwi

Artikel Berkaitan

TANDA AMARAN DI JABATAN PENGIMEJAN DIAGNOSTIK

Tanda amaran bertujuan untuk memberi peringatan bahawa terdapatnya penggunaan radiasi dan medan magnet yang berkuasa tinggi di kawasan tersebut dan supaya sesiapa yang berada di kawasan tersebut berwaspada dan tidak memasuki kawasan tanpa kebenaran atau arahan.

Perawatan Fisioterapi Bagi Terseliuh Buku Lali Kaki

Terseliuh buku lali merujuk kepada ligamen di sendi pergelangan kaki yang terkoyak/tercedera. Kecederaan am ini biasa berulang dengan kadar yang tinggi, akibat daripada mendarat di atas kaki plantarflexed dan terbalik.

Aktiviti Terapeutik Untuk Pesakit CTS

Aktiviti teraputik merupakan aktiviti berfaedah yang dilakukan sepanjang hari bagi memenuhi tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, kerja dan komuniti.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,930

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia