A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

sEMG Biofeedback

Masalah penelanan merupakan antara masalah utama yang sering dialami oleh pesakit yang mengalami masalah neurologikal (seperti angin ahmar, kecederaan otak), masalah neurodegeneratif atau kanser kepala dan leher.

Surface Electromyography (sEMG) Biofeedback

Masalah penelanan merupakan antara masalah utama yang sering dialami oleh pesakit yang mengalami masalah neurologikal (seperti angin ahmar, kecederaan otak), masalah neurodegeneratif atau kanser kepala dan leher.

Terdapat pelbagai teknik penelanan yang boleh diajar oleh Terapis Pertuturan-Bahasa bagi membantu pesakit dengan masalah penelanan untuk makan melalui mulut tanpa sebarang bantuan visual. Namun, bagi sesetengah pesakit, biofeedback iaitu suatu teknik di mana prestasi pengawalan individu diketahui dan dipaparkan oleh komputer amat diperlukan. Bagi kes masalah menelan, teknik ini dikenali sebagai Surface Electromyography (sEMG) Biofeedback.

Apa Itu Surface Electromyography (sEMG) Biofeedback?

Surface Electromyography (sEMG) Biofeedback merupakan satu teknik instrumentasi yang mengukur masa dan tempoh serta amplitud signal elektrik pengecutan otot melalui elektrod yang dilekat pada permukaan kulit di leher.

Fungsi

sEMG Biofeedback digunakan dalam memberi terapi penelanan kepada pesakit-pesakit tertentu. sEMG mampu mengukur amplitud pengecutan otot serta mengukur masa dan tempoh pengecutan otot semasa pesakit menelan.

Bacaan amplitud, masa dan tempoh pengecutan otot yang diperolehi daripada pesakit akan dibandingkan dengan bacaan amplitud, masa dan tempoh pengecutan otot normal. Hasil perbandingan akan menentukan sama ada pesakit mempunyai masalah penelanan atau tidak.

sEMG biofeedback juga digunakan dalam sesi terapi bagi membantu pesakit mengawal pengecutan otot dengan bantuan paparan visual biofeedback di komputer.

Pesakit Yang Memerlukan sEMG Biofeedback

Antara pesakit yang memerlukan sEMG biofeedback dalam rawatan terapi termasuklah pesakit dengan diagnosis masalah berikut:

  • Kecelaruan kognitif
  • Kecederaan Otak
  • Strok kortikol
  • Kanser kepala dan leher

Prosedur sEMG Biofeedback

Berikut merupakan prosedur ringkas menjalankan terapi menggunakan sEMG biofeedback:

Langkah 1: Periksa signal submental sEMG bagi memastikan elektrod membaca aktiviti otot pada bahagian bawah dagu atau lantai mulut.

  • Setelah elektrod dilekatkan pada pesakit dan disambung pada alat biofeedback, minta pesakit untuk membuat beberapa gerakan seperti membuka dan menutup mulut bagi memastikan amplitud pengecutan otot yang dikehendaki

Langkah 2: Ukur kadar amplitud sEMG (baseline) pesakit semasa menelan air liur seperti kebiasaan.

  • Pesakit digalakkan untuk menelan air liur setiap 30 saat.

Langkah 3: Latih pesakit menelan air liur seperti kebiasaan (regular effort saliva swallows)

  • Bagi pesakit yang tidak boleh melakukan langkah 2, latih pesakit untuk menelan air liur seperti kebiasaan.

Langkah 4: Latih pesakit menelan air liur dengan kuat (effortful saliva swallows)

  • Tujuan langkah ini supaya otot penelanan mengecut dengan lebih baik bagi mencapai signal amplitud yang tertinggi.

Langkah 5: Latih pesakit menggunakan teknik penelanan Mandelson Maneuver.

  • Langkah ini agak sukar bagi sesetengah pesakit. Pesakit dilatih menggunakan teknik penelanan Mandelson Maneuver setelah mahir dalam langkah 4. Tujuan teknik penelanan Mandelsohn Maneuver adalah memanjang tempoh pengecutan otot yang berkait dengan aktiviti menelan.

Konsistensi makanan seperti yogurt dan pudding juga boleh digunakan dalam melatih pesakit sekiranya pesakit telah mampu untuk menelan air liur mengikut prosedur di atas

Rujukan

  1. Campbell, D. (2001) Beyond Compensation. Biofeedback For Dysphagia, 42(11), 10.
  2. Steele, C.M., Bennett, J.W., Champan-Jay, S., Polacco, R.C., Molfenter, S.M.,Oshalla, M. (2012). Electromyography as a Biofeedback Tool for Rehabilitating Swallowing Muscle Function. DOI: 10.5772/26443

 

Semakan Akhir
:
28 Ogos 2020
Penulis
:
Rozila bt. Sumardi
Akreditor
:
Nurul Fatehah bt. Ismail
Penyemak : Nadwah bt. Onwi

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,437,472

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia