A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Peritoneal Dialisis

Adakah kaedah rawatan ini didapati di Malaysia

Sehingga 31/12/2010 terdapat 2360 pesakit yang menjalani kaedah rawatan ini. (Laporan ke-18, Malaysian Dialysis and Transplant Registry 2010)

Kebanyakan daripadanya adalah CAPD (Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis) dan seramai 12.5% adalah rawatan otomatik PD (APD)

Apa itu peritoneal dialysis?

Ia adalah salah satu kaedah modaliti dialisis. Kaedah ini memerlukan cecair dialisis dimasukkan ke dalam rongga peritoneal di ruang abdomen melalui tiub khas yang dimasukkan secara kekal melalui prosidur pembedahan kecil. Selaput atau membran yang menyelaputi abdomen (peritoneum) membolehkan bahan kumuh dan cecair yang berlebihan menyerap daripada darah ke dalam cecair dialisis. Cecair ini kemudiannya dibuang dari badan secara berkala.

Dalam kaedah rawatan ‘Continuous ambulatory peritoneal dialysis’ (CAPD) pesakit menyambungkan beg mengandungi cecair dialisis (diantara 2 hingga 2.5 L) ke tiub tenckhoff untuk disalurkan ke dalam rongga peritoneal. Cecair dialysis dibiarkan di dalam rongga ini selama 4 hingga 6 jam, dan dikeluarkan dari abdomen dan digantikan dengan cecair dialysis yang baru. Bagi mendapatkan dialysis yang mencukupi 4 atau 6 kali pertukaran cecair dialysis diperlukan diperlukan setiap hari. Biasanya, setiap pertukaran mengambil masa setengah jam dan di antara pertukaran tersebut, pesakit adalah bebas untuk menjalankan aktiviti harian.. Kandungan Cecair dialysis terdiri daripada campuran pelbagai jenis garam dan gula (glukosa). Kepekatan kandungan gula dalam cecair dialysis menentukan kadar penyerapan (ultrafiltration) pengeluaran cecair daripada pesakit.

Kebaikan utama kaedah rawatan ini islah kebolehan dijalankan di rumah ataupun tempat kerja pesakit. Jika dibandingkan dengan rawatan hemodialisis, risiko jangkitan kuman seperti hepatitis B dan C, risiko anemia, keperluan transfusi adalah kurang, disamping pengekalan fungsi ginjal untuk masa lebih lama

Rawatan CAPD

Apakah faktor yang mempengaruhi pilihan rawatan CAPD?

Ini meliputi faktor fisikosoial dan faktor perubatan

Faktor fisikososial termasuk:

  • Motivasi dan pilihan pesakit sendiri
  • Pesakit yang mementingkan imej badan (orang muda)
  • Jenis pekerjaan
  • Ekonomi
  • Keadaan tempat tinggal dan persekitaran tempat kerja
  • Sokongan keluarga
  • Jarak dari pusat dialisis yang berhampiran

Faktor perubatan termasuk :

  • Umur
  • Sejarah penyakit jantung, serangan angin ahmar
  • Masalah memperolehi akses vaskular disebabkan urat darah yang kecil atau berpenyakit

Apakah kontraindikasi CAPD

  • Kesan parut pembedahan terdahulu yang teruk dalam rongga peritoneum atau penyakit radang usus.
  • Kurang penglihatan dan tidak mempunyai pembantu
  • Jika ada kolostomi, Ileal conduit, Ileostomy dan lain-lain
  • Fisikologi pesakit tidak setabil
  • Penyakit kesumbatan saluran pernafasan kronik yang teruk
  • Kegemukan
  • Penyakit ‘diverticular’ kolon yang serius
  • Kebocoran diaphraghm yang menyebabkan air dari rongga abdomen mengalir ke rongga paru-paru

Apakah komplikasi Peritonial Dialisis ?

Komplikasi utama adalah disebabkan jangkitan kuman samada bahagian luar, infeksi tunel atau radang peritoneum

Lain-lain komplikasi :

  • Masalah teknikal – henia, kebocoran,kesumbatan cecair masuk dan keluar
  • Masalah metabolic- tahap gula dan kolesterol yang tinggi dalam darah, kekurangan garam potassium
  • Kekurangan zat makanan

Kumpulan Sokongan

Malaysian Society of Nephrology – http://www.msn.org.my

National Kidney Foundation of Malaysia – http://www.nkf.org.my.

Semakan Akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr.Anita Bhajan Manocha
Penyemak : Dr. Sunita a/p Bavanandan

 

Artikel Berkaitan

Pemindahan Ginjal

Adakah pemindahan buah pinggang dilakukan di Malaysia? Terdapat seramai 1841

Hemodialisis

Berapa ramaikah pesakit kegagalan ginjal yang mendapat rawatan hemodialisis? Jumlah

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,435,760

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia