A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Psoriasis

Psoriasis adalah penyakit kulit yang kronik di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal

Psoriasis adalah penyakit kulit yang kronik di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Penyakit ini tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut, siku lengan dan kaki tetapi boleh juga melibatkan bahagian badan yang lain termasuk kuku.

Tanda-tanda

Tahap serius berbeza bagi setiap individu. Tanda-tanda berlainan bagi setiap individu dan merangkumi :

  • Keguguran sisik pada kulit
  • Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
  • Gatal

Jenis-jenis psoriasis

  1. Plaque Psoriasis – jenis psoriasis yang paling lazim
  2. Guttate Psoriasis – kerap berlaku di kalangan kanak-kanak
  3. Erythrodermic Psoriasis – serius dan pesakit memerlukan rawatan di hospital
  4. Inverse Psoriasis – melibatkan bahagian pelipat badan
  5. Pastular Psoriasis – psoriasis bernanah yang boleh membahayakan nyawa

Guttate psoriasis

Plaque psoriasis (bertompok dan timbul)

Komplikasi

Psoriasis boleh melibatkan radang pada sendi dikenali sebagai “psoriatic arthritis”. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:

  • Sendi-sendi hujung pada jari tangan atau kaki
  • Bahagian tulang belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki

Rawatan (Bergantung kepada lokasi dan tahap kulit terlibat)

Krim dan ubatan yang boleh melegakan.

Pelembab

  • Penting untuk menjaga kulit yang terlibat supaya lembap sepanjang masa. Anda seharusnya :
    • Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap bila sisik agak banyak
    • Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru dan mencederakan kulit
    • Sapu pelembap sebaik sahaja selepas mandi

Ubatan dan krim

  • Doktor akan memberi ubatan seperti :
    • Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap .
    • Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine atau Calcipatriol
    • Biologics
    • Fototerapi – cahaya ultraviolet NBUVB dan PUVA

Di mana untuk mendapat rawatan?

Pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan dan berjumpa doktor anda. Doktor anda akan menilai keadaan anda dan mulakan rawatan yang sesuai. Jika perlu anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada betapa teruk penyakit anda

Perkara perlu diingati

Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini. Tabiat harian seperti menyapu pelembap, berhenti merokok dan menangani stres amat membantu.

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Faridah Ahmad Sheik
Akreditor : Dr. Heselyn Hussein
Haniza Hassan
Penyemak : Dr. Nazatul Shima bt. Abd Rahim

Artikel Berkaitan

Pilihan Rawatan untuk Psoriasis

Terdapat pelbagai bentuk rawatan untuk psoriasis, bergantung kepada jenis psoriasis, tahap teruk psoriasis, pilihan pesakit, rawatan yang sedia ada dan risiko-faedah rawatan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,434

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia