A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Selesema Burung H7N9

Selesema Burung adalah penyakit yang berpunca daripada virus selesema jenis A (Avian Influenza A). Virus selesema ini berasal dari kelompok virus Orthomyxoviridae dan biasa didapati di kalangan burung-burung. 

Selesema Burung adalah penyakit yang berpunca daripada virus selesema jenis A (Avian Influenza A). Virus selesema ini berasal dari kelompok virus Orthomyxoviridae dan biasa didapati di kalangan burung-burung. Sebelum ini, virus ini tidak didapati di kalangan haiwan atau manusia sehinggalah ditemui di Negara China pada Mei 2013. Penyakit ini diberi penekanan dan amat diambil berat kerana pesakit-pesakit yang menghidapi jangkitan ini adalah amat serius dan kritikal.

Kebanyakan pesakit yang menghidap jangkitan ini mempunyai riwayat terdedah kepada burung-burung ternakan atau persekitaran yang tercemar, terutama sekali di pasar-pasar di mana burung-burung ternakan dijual. Buat masa ini, masih tiada laporan yang menunjukkan ia mudah dijangkiti dari manusia ke manusia.

Gambar : Virus H7N9

Gejala

Gejala-gejala yang kebiasaan dihidapi adalah tidak spesifik dan ia adalah serupa seperti demam selesema biasa. Antara gejala-gejala biasa adalah seperti :

  1. demam
  2. batuk
  3. kesukaran bernafas

Namun begitu, penyakit yang disebabkan oleh virus H7N9 akan cepat berkembang menjadi jangkitan paru-paru yang teruk dan serius.

Komplikasi

Di antara komplikasi-komplikasi jangkitan H7N9 adalah :

  1. Masalah pernafasan “Acute Respiratory Distress Syndrome”
  2. Renjatan septik (“Septic shock”)
  3. Kegagalan fungsi organ-organ penting (“Multiorgan failure”)

Prognosis adalah lebih teruk bagi pesakit-pesakit yang tua dan mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis dan penyakit buah pinggang.

Laporan mendapati pesakit-pesakit yang disahkan menghidapi H7N9 akan menjadi kritikal dan dianggarkan 20% pesakit akan meninggal akibat masalah pernafasan “Acute Respiratory Distress Syndrome” dan kegagalan fungsi organ-organ penting (“Multiorgan failure”).

Rawatan

Ujian makmal mendapati ubat antiviral dari kumpulan perencat neuraminidase seperti Oseltamivir dan Zanamivir adalah berkesan terhadap virus H7N9.

Di kalangan pesakit-pesakit yang dijangkiti H7N9 di negara China, mereka yang mendapat rawatan awal dengan ubat antiviral di atas mempunyai gejala yang lebih ringan berbanding mereka yang lambat diberikan rawatan.

Pencegahan

Sehingga kini, tiada lagi vaksin yang dapat menghindarkan seseorang daripada mendapat jangkitan H7N9.

Namun begitu, terdapat beberapa langkah penjagaan kebersihan asas yang boleh dipraktikkan bagi mengurangkan risiko dijangkiti seperti :

  1. Kebersihan tangan
    • Mencuci tangan sebelum, semasa dan selepas menyediakan makanan; sebelum makan; selepas keluar dari tandas; selepas menguruskan haiwan dan najis haiwan; apabila tangan anda kotor; sebelum dan selepas menguruskan seseorang yang sakit di rumah.
    • Mencuci tangan menggunakan sabun dan air yang mengalir apabila tangan anda didapati kotor; jika tangan tidak kelihatan kotor, tangan boleh dicuci dengan air dan sabun atau pencuci tangan berasaskan alkohol.
  2. Kebersihan pernafasan
    • Apabila batuk atau bersin, seseorang itu perlu menutup mulut dan hidung menggunakan topeng, tisu, atau siku yang dilipat; membuang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah tertutup; mencuci tangan selepas menyentuh cecair dari saluran pernafasan.
  3. Keselamatan makanan
    • Jangan memakan haiwan ternakan yang jelas sakit atau mati akibat sakit.
    • Virus influenza akan menjadi tidak aktif apabila daging dan telur dimasak pada suhu normal untuk memasak (melebihi 70°C, di mana daging tidak kelihatan merah jambu)

Rujukan

  1. http://www.cdc.gov/flu/avianflu/h7n9-virus.htm
  2. http://www.who.int/influenza/human_animal_interface/influenza_h7n9/en/
  3. http://www.who.int/influenza/human_animal_interface/20140131_background_and_summary_H7N9_v1.pdf?ua=1
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah
Akreditor : Dr. Zainal Abidin b. Mohamed@Ismail
Penyemak : Dr. Nor Faizah bt. Ghazali

Artikel Berkaitan

Herpes

Herpes genital merupakan penyakit kelamin yang sangat mudah berjangkit iaitu melalui hubungan kelamin disebabkan oleh virus herpes simplex (HSV).

Tuberkulosis (TB)

Penyakit TB disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria yang bernama ‘Mycobacterium tuberculosis’. Ia juga dikenali sebagai Batuk Kering.

Leptospirosis

Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku, satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,436,340

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia