A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiologi
  6. /
  7. Kaedah Pemeriksaan
  8. /
  9. PEMERIKSAAN MICTURATING CYSTOURETHROGRAM (MCUG)

PEMERIKSAAN MICTURATING CYSTOURETHROGRAM (MCUG)

Apa Itu Pemeriksaan Micturating Cystourethrogram (MCUG)?

  • Merupakan pemeriksaan lanjutan bagi menilai struktur dan fungsi saluran kencing.
  • Prosedur ini dilakukan di bilik floroskopi, jabatan pengimejan diagnostik oleh pakar radiologi.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Pemeriksaan Ini Dan Di Mana?

  • Apabila anda datang berjumpa dengan doktor yang merawat anda doktor tersebut akan menentukan sama ada anda memerlukan pemeriksaan ini.
  • Sekiranya perlu, doktor tersebut akan membuat permohonan pemeriksaan menggunakan Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi.
  • Pemeriksaan ini terdapat di hospital-hospital terpilih KKM.

Bila Pemeriksaan MCUG Diperlukan?

Pemeriksaan MCUG biasa dijalankan ke atas kanak-kanak yang mengalami jangkitan saluran kencing berulang.

Sebelum pemeriksaan

  • Anda akan diberikan temujanji untuk pemeriksaan ini.
  • Juru X-ray akan memberikan penerangan bagaimana pemeriksaan ini dilakukan.

Semasa pemeriksaan

  • Pesakit perlu baring di atas meja pemeriksaan.
  • Kawasan kemaluannya dibersihkan dengan antiseptik.
  • Tiub kecil akan dimasukkan melalui saluran kencing (urethra).
  • Pesakit mungkin berasa tidak selesa, semasa pemeriksaan ini dijalankan.
  • Sedikit media kontras dimasukkan melalui tiub tersebut dan mengalir ke dalam pundi kencing sehingga pundi kencing penuh.
  • Beberapa imej floroskopi dari pelbagai sudut yang berbeza diambil.

micturating_cystourethrogram_1Gambar 1: MCUG dilakukan dengan cara memasukkan kartheter ke dalam uretra dan media kontras memenuhi pundi kencing

Selepas pemeriksaan

  • Kebiasaannya pesakit boleh dibenarkan pulang selepas pemeriksaan.
  • Selepas pemeriksaaan, pesakit akan merasa pedih semasa membuang air kencing dan kerap ke bilik air berbanding sebelum pemeriksaan.
  • Anda perlu menghubungi doktor anda jika mempunyai masalah / tanda-tanda seperti berikut:

– Darah dalam air kencing selepas dua hari.

– Sakit di bahagian bawah perut (abdomen).

– Tanda-tanda jangkitan saluran kencing.

– Air kencing yang kemerahan atau merah jambu dan berbau busuk.

– Suhu tinggi (demam) atau kesejukan.

– Rasa sakit (loya) atau sakit (muntah).

Laporan Pemeriksaan

Semua imej yang dihasilkan akan diteliti oleh pakar radiologi dan laporan akan disediakan.

Rujukan

  1. SAAD, I. 1992. Radiologi Diagnosis Asas, 1992, Dewan Bahasa Dan Pustaka.
  2. STEPHENS CHAPMAN & NAKIELY, R. 2001. Aguide to Radiological Procedures, United Kingdom,London, W.B Saunders.
  3. www.infokid.org.uk/cystourethrogram
  4. www.patient.co.uk/health/micturatingvoiding-cystourethrogram-mcugvcug

 

Semakan Akhir : 2 Jun 2016
Penulis : Khairun Nisa’a binti Khairul Zaman
Akreditor : Daud bin Ismail

Artikel Berkaitan

ANGIOGRAFI

Pengenalan Angiografi adalah salah satu dari prosedur radiologi untuk mengkaji

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,051,381

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia