A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Perubatan Tradisional
  6. /
  7. Program Akademik Dan Kemahiran...

Program Akademik Dan Kemahiran Bagi Amalan Perubatan Tradisional Dan Komplementari Di Malaysia

Pengenalan

Penggunaan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) kini semakin popular di Malaysia. Berdasarkan satu kajian yang dijalankan pada 2004, sebanyak 55.6% populasi Malaysia pernah menggunakan perubatan tradisional dalam tempoh 12 bulan semasa kajian dijalankan1. Namun, ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh setiap orang pengamal berbeza sesama lain. Ini adalah kerana ilmu dan kemahiran yang berkaitan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini telah mengakibatkan perkhidmatan PT&K yang tidak standard dan menjejaskan keyakinan orang awam ke atas PT&K. Oleh yang demikian, pendidikan formal dalam bidang PT&K perlu diwujudkan untuk menjamin kualiti dan keselamatan perkhidmatan PT&K yang disampaikan kepada rakyat.

Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK), sebagai agensi kawalselia dalam Kementerian Kesihatan Malaysia, memainkan peranan yang penting dengan memberi sokongan teknikal dalam pembangunan program akademik dan kemahiran PT&K. Merujuk kepada Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) [Rajah 1], dua laluan telah dikenalpasti dalam pembangunan program PT&K, iaitu latihan kemahiran dan pendidikan tinggi (akademik).

Pembangunan Pendidikan Tinggi PT&K di Malaysia

Merujuk kepada Rajah 2 bagi pembangunan program PT&K melalui laluan akademik, 12 standard untuk diploma (5 program) dan ijazah sarjana muda (7 program) telah dibangunkan dengan kerjasama Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Sebahagian program yang telah dibangunkan juga telah ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan (Rajah 3).

Pembangunan Latihan Kemahiran PT&K di Malaysia

Bagi pembangunan program PT&K mengikuti laluan kemahiran, BPTK telah bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK). SKPK merupakan dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut. Sehingga 2014, 16 SKPK untuk 10 jenis modaliti PT&K telah dibangunkan. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) daripada JPK akan dianugerahkan kepada sesiapa yang layak. SKM boleh didapati melalui 3 kaedah iaitu:

  1. Melalui latihan di pusat bertauliah
    Pusat bertauliah merujuk kepada penyedia latihan kemahiran yang telah diluluskan oleh  JPK untuk mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan SKPK.
  2. Melalui latihan berorientasikan industri
    Melalui latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.
  3. Melalui pentauliahan pencapaian terdahulu (PPT)
    Seseorang calon layak mendapat SKM berdasarkan pengalaman lalu (kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian. Namun, calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh pegawai yang dilantik JPK.

Pengiktirafan institusi pengajian tinggi luar negara

Sehingga Mei 2015, ijazah sarjana muda Perubatan Tradisional Cina yang ditawarkan oleh lima (5) buah universiti dari negara China telah diiktirafkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia. Institusi-institusi yang berkaitan adalah seperti berikut:

  • Beijing University of Chinese Medicine (BUCM)
  • Nanjing University of Chinese Medicine (NUCM)
  • Shanghai University of Traditional Chinese Medicine (SHUTCM)
  • Tianjin University of Traditional Chinese Medicine (TUTCM)
  • Guangzhou University of Chinese Medicine (GUCM)

Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF): Kelayakan dan Tahap

Tahap MQF

Sektor

Pembelajaran Sepanjang Hayat

Kemahiran

Vokasional and Teknikal

Pengajian Tinggi

8

Ijazah Kedoktoran

Accreditation of Prior Experiential Learning  (APEL)

7

Ijazah Sarjana

Sijil dan Diploma Pascasiswazah

6

Ijazah Sarjana Muda

Sijil dan Diploma Siswazah

5

Diploma Lanjutan

Diploma Lanjutan

Diploma Lanjutan

4

Diploma

Diploma

Diploma

3

Sijil Kemahiran 3

Sijil Vokasional and Teknikal

Sijil

2

Sijil Kemahiran 2

1

Sijil Kemahiran 1

Rajah 1: 8 tahap kelayakan dan 3 sektor (laluan), dengan sokongan laluan pembelajaran sepanjang hayat, telah dikenalpasti berdasarkan Kerangka Kelayakan Malaysia untuk membangunkan program pendidikan di Malaysia.

Program Sarjana Muda

Program Diploma

  • Sarjana Muda Perubatan Tradisional Cina (Akupunktur)
  • Sarjana Muda Perubatan Tradisional Cina
  • Sarjana Muda Perubatan Komplementari (Perubatan Natural)
  • Sarjana Muda Homeopati
  • Sarjana Muda Perubatan Melayu
  • Sarjana Muda Perubatan Ayurveda
  • Sarjana Muda Kiropraktik
  • Diploma Perubatan Melayu
  • Diploma  Perubatan Tradisional Cina (Akupunktur)
  • Diploma Perubatan Natural
  • Diploma Aromaterapi
  • Diploma Pengubatan Islam

Rajah 2: Program Standard untuk PT&K yang telah diterbitkan oleh MQA dan terdiri daripada program stard bagi 7 program ijazah sarjana muda dan 5 program diploma

Bil.

Institusi

Nama Program

1. Southern University College Bachelor Degree of Traditional Chinese Medicine 3+2
University Foundation for Degree Programme (Traditional Chinese Medicine)
2. Tunku Abdul Rahman University Bachelor of Traditional Chinese Medicine (Hons)
3. INTI International University Bachelor of Traditional Chinese Medicine (Hons)
4. Cyberjaya University College of Medical Sciences Bachelor of Homeopathic Medical Science (Hons)
Diploma Amalan Pengubatan Islam
5. Management and Science University Bachelor in Traditional Chinese Medicine (Hons)
Diploma in Traditional Chinese Medicine
6. International Medical University Bachelor of Science (Hons) Chinese Medicine
Bachelor of Science (Hons) Chiropractic
7. Malacca College of Science and Management Diploma in Natural Medicine
8. Lincoln University College Diploma in Traditional Chinese Medicine

Rajah 3: Program PT&K yang sedang ditawarkan oleh 8 IPTS tempatan. Program yang ditawarkan merangkumi perubatan tradisional Cina, perubatan Homeopati, Kiropraktik, perubatan Natural dan amalan pengubatan Islam.

Rujukan

  1. Siti, A. Tahir, A. Ida Farah, S.M. Ami Fazlin, S. Sondi, A.H. Azman, A.H. Maimunah, M.A. Haniza, M.D. Siti Haslinda, A.K. Zulkarnain, I. Zakiah, W.C. Wan Zaleha (2009) Use of traditional and complementary medicine in Malaysia: a baseline study’, Complementary Therapies in Medicine, Vol. 17, No. 5, pp. 292-299.
  2. Kerangka Kelayakan Malaysia; Kementerian Pendidikan Malaysia; 2011
  3. Agensi Kelayakan Malaysia; www.mqa.gov.my
  4. Jabatan Pembangunan Kemahiran; www.dsd.gov.my
  5. Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari; www.tcm.moh.gov.my

 

Semakan Akhir : 20 Jun 2015
Penulis : Cik Tan Hooi Tien
Akreditor : Cik Wong Wei Chyi

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,635

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia