A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Jenayah Remaja

Bagi seorang kanak kanak yang telah melakukan jenayah, mahkamah akan memutuskan hukuman atau penempatan anda mengikut kesalahan yang telah dilakukan.

Sebagai seorang remaja anda dianggap kanak-kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 (hyperlink). Bagi seorang kanak kanak yang telah melakukan jenayah, mahkamah akan memutuskan hukuman atau penempatan anda mengikut kesalahan yang telah dilakukan. Mahkamah mungkin memutuskan bahawa anda memerlukan pemulihan.

Bagaimana Proses Kemasukkan Ke Dalam Pusat Pemulihan?

Apabila mahkamah telah membuat keputusan yang anda perlu ke pusat pemulihan ,mereka akan mencadangkan kepada ibu bapa atau penjaga anda untuk membuat permohonan kepada Mahkamah Kanak-kanak. Setelah permohonan diterima, mahkamah akan memerintahkan supaya siasatan dijalankan oleh pelindung kanak-kanak. Pelindung kanak-kanak dikehendaki mengemukakan laporan mengenai keadaan keseluruhan. Seterusnya anda perlu hadir di mahkamah bersama ibu bapa atau penjaga disertai dengan pelindung kanak-kanak.

Mengapa Anda Perlu Berada Di Pusat Pemulihan?

  1. Untuk menghalang anda daripada melakukan jenayah lain
  2. Untuk menghentikan apa-apa tingkah laku yang berpotensi membawa kepada tingkah laku tidak bermoral atau membahayakan hidup anda

Apa Yang Akan Berlaku Kepada Anda?

Mahkamah akan memutuskan pada:

  1. Penempatan di bawah jagaan JKM untuk tempoh tertentu sahaja dari 1 hingga 3 tahun
  2. Memutuskan penginapan anda kurang dari 1 tahun dalam ‘Asrama Akhlak’

Semasa penginapan anda di ‘Asrama Akhlak’ anda akan berada di bawah pemerhatian. Jika pada bila-bila masa anda melakukan kesalahan yang lain, anda boleh dihantar ke ‘Sekolah Tunas Bakti. Anda perlu komited untuk 3 tahun dalam ‘Sekolah Tunas Bakti.

Sumber: request.org.uk
Sumber: middleriverterrace.org

Apa yang berlaku selepas anda menamatkan tempoh tahanan ?

Selepas menamatkan tempoh tahanan, anda boleh kembali kepada keluarga. Walau bagaimanapun, anda masih di bawah pemerhatian untuk tempoh setahun lagi. Dalam tempoh percubaan ini jika anda melakukan jenayah lain, anda boleh di hantar kembali ke institusi.

Rujukan:

  1. Akta Kanak-kanak 2001
  2. Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Semakan Akhir : 25 Jun 2018
Penterjemah : Dr. Siti Aishah Bt. Saidin
Akreditor : Dr. Rozimah Bt. Abdul Latiff

Artikel Berkaitan

Swafoto

Selfie adalah gambar potret diri. Ia sering dikongsi di perkhidmatan rangkaian sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,435,686

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia