A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Ubat & Anda
  4. /
  5. Ubat Umum
  6. /
  7. Penyalahgunaan Ubat Psikotropik

Penyalahgunaan Ubat Psikotropik

Pengenalan ubat

Ubat Psikotropik merupakan ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia yang berpotensi untuk mengubah serta memberi kesan kepada pemikiran, emosi dan tingkah laku seseorang. Ubat psikotropik dapat diklasifikasikan kepada beberapa jenis diantaranya anti-anxiety, anti-psychotic dan sedative-hypnotics. Ia biasanya digunakan untuk rawatan insomnia dan gangguan mental.

Penggunaan ubat psikotropik perlu dikawal, jika tidak akan berlaku penyalahgunaannya. Sebagai contoh, pengambilan ubat anti-anxiety dan sedative-hypnotics daripada kumpulan benzodiazepines yang melebihi 2 minggu (cth Midazolam) dapat menyebabkan dependence (kebergantungan), tolerance dan withdrawal symptom .(Martindale 36th Edition & package insert Dormicum).

Bilakah ia perlu diambil

Pengambilan ubat psikotropik hendaklah atas nasihat pengamal perubatan berdaftar (doktor). Beberapa contoh cara pengambilan ubat psikotropik dinyatakan dalam jadual di bawah:-

Active Ingredients
Class
Indication
Dose
Duration
Midazolam
  • Benzodiazepines (short-acting)
  • Sedative-hypnotics
  • Short term treatment insomnia
  • Sedation in premedication
  • 7.5-15mg (tablet)
  • 1 mg by slow IV in 30sec
Not more than 2 weeks
Alprazolam
  • Benzodiazepines (short-acting)
  • Anti-anxiety
  • Short term symptomatic relief of excessive anxiety
  • Management of mixed anxiety-depression
  • Management of panic disorder
Initial dose

  • 0.25 – 0.5mg tds
  • 0.5mg tds
  • 0.5 -1 mg tds

Avoid doses >2mg daily

2-4 weeks
Triazolam
  • Benzodiazepines (short-acting)
  • Sedative-hypnotics
  • Short term treatment insomnia
Normal dose

  • 0.25mg before bed
  • 0.125mg with low body weight Reserve 0.5mg for exceptional cases only in which patient does not respond adequately to a lower doses

7-10 days
Zolpidem
  • Imidazopyridine (non-benzodiazepine short-acting hypnotics)
  • Sedative-hypnotics
  • Short term treatment insomnia of occasional & transient insomnia
  • Sedation in premedication
10mg before bed 2-5days
Lorazepam
  • Benzodiazepines (Intermediate-acting)
  • Anti-anxiety
  • Sedatives
  • Short term symptomatic relief of anxiety
  • Anxiety component in psychotic states & severe depression when adjunctive therapy is indicated
  • Surgical premedication
Initial dose

  • 2-3mg in divided doses
  • 1-2mg at bedtime (insomnia due to anxiety)
  • 2-4mg night before surgery
2-3 months includes tapering
Diazepam
  • Benzodiazepines (long-acting)
  • Anti-anxiety
  • Anticonvulsant
  • Short-term symptomatic relief of excessive anxiety
  • Symptomatic relief in acute alcohol withdrawal
  • Adjunctively for relief of skeletal muscle treatment
  • Short term adjunctive therapy in convulsive disorder
  • 2-10mg, 2-4 times daily
  • 10mg, 3-4 times during first 24hours, reducing to 5mg, 3-4 times daily as needed
  • 2-10mg, 3-4 times daily
  • 2-10mg,2-4 times daily
7-14 days

Penyalahgunaan

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM telah menerima pelbagai jenis aduan berkenaan penyalahgunaan bahan psikotropik. Sebagai salah satu langkah menyahut seruan kerajaan dalam pelaksanaan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) untuk mengurangkan kadar jenayah; BPF,KKM telah mengambil langkah untuk melakukan tugasan audit bahan psikotropik.

Sepanjang tahun 2011, pengauditan bahan psikotropik yang dijalankan ke atas 254 buah klinik swasta di seluruh Malaysia telah mendapati bahan psikotropik terutamanya jenis Midazolam disyaki telah disalahgunakan dan dibekal bukan untuk tujuan rawatan perubatan. Bahan psikotropik dibekal hanyalah untuk tujuan menghilangkan rasa ketagihan dan untuk khayal.

Antara jenis bahan psikotropik yang seringkali disalahgunakan termasuklah Alprazolam, Triazolam, Zolpidem, Diazepam dan Phentermine. Hasil penemuan juga mempunyai bukti yang jelas di mana pengamal perubatan berdaftar turut membekalkan jumlah bahan psikotropik yang banyak untuk suatu tempoh masa yang panjang. Kesalahan seperti polifarmasi bahan psikotropik (contohnya mencampur bahan psikotropik dengan Methadone) juga turut berlaku.

Audit yang telah dijalankan ke atas klinik-klinik swasta ini dapat memberi kesedaran kepada pengamal perubatan serta pesakit tentang bahayanya penyalahgunaan bahan psikotropik.

Peruntukan undang-undang

Di Malaysia, bahan psikotropik dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989 dan disenaraikan di bawah Jadual Ketiga Akta Racun 1952. Bahan psikotropik hanya boleh dibekalkan oleh pengamal perubatan berdaftar dan diperolehi di farmasi dengan adanya preskripsi. Peraturan-Peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989 juga menggariskan semua urusan yang berkaitan dengan pengimportan, pengeksportan, pengilangan, perolehan, penjualan, perekodan dan penyimpanan bahan psikotropik. Di antara yang tertera adalah:-

  1. Peraturan 4 – kawalan impot dan ekspot bahan psikotropik
  2. Peraturan 11 – kawalan menjual dan membekal bahan psikotropik untuk tujuan rawatan
  3. Peraturan 19 dan Peraturan 22 – penyelenggaraan buku daftar
  4. Peraturan 24 – penyimpanan bahan psikotropik
  5. Peraturan 28 – pelabelan untuk tujuan rawatan

Sebarang perlanggaran yang berlaku boleh menyebabkan individu berkenaan didakwa di mahkamah. Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi 4 tahun atau kedua-duanya sekali seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 30(5) Akta Racun 1952.

Semakan Akhir : 12 Ogos 2014
Penulis : Muhamad Syanizam bin Kassim
Akreditor : Halimi bin Mat Piah

 

Artikel Berkaitan

Duromine

Apakah itu Duromine? Duromine merupakan sejenis produk yang mengandungi bahan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,051,236

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia