A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Ubat & Anda
  4. /
  5. Fakta Ubat
  6. /
  7. Ubat Steroid Topikal

Ubat Steroid Topikal

Pengenalan

  • Ubat steroid topikal ataupun lebih dikenali sebagai ‘corticosteroids’ ialah ubat sapu yang biasa digunakan untuk merawat penyakit kulit seperti ekzema, ruam, keradangan kulit, psoriasis, kulit bengkak, kemerahan kulit, kegatalan dan ketakselesaan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan serangga.

  • Ubat steroid topikal mempunyai ciri-ciri mengurangkan keradangan pada kulit yang dapat membantu mengurangkan kegatalan dan kemerahan kulit.

  • Ia terdapat dalam dalam bentuk yang berbeza seperti salap, krim dan losyen.

  • Salap biasanya digunakan oleh pesakit yang mempunyai kulit yang amat kering serta mengelupas manakala krim dan losyen pula biasanya digunakan oleh pesakit yang mempunyai kulit yang sederhana kering.

Bagaimana ia bertindak

  • Apabila kulit diganggu oleh bahan alergen (bendasing) atau berlaku interaksi, kulit akan bertindakbalas dengan mengeluarkan beberapa jenis bahan kimia yang menyebabkan keradangan kulit.

  • Bahan kimia ini menyebabkan saluran darah di bawah kulit yang diganggu mengembang dan menyebabkan kulit yang terjejas menjadi merah, bengkak dan gatal.

  • Ubat steroid topikal biasanya digunakan dalam situasi ini dan apabila diaplikasikan ke kulit, ia akan meresap ke dalam sel-sel kulit.

  • Ubat steroid topikal akan bertindak dengan menghalang bahan kimia yang boleh menyebabkan keradangan daripada dibebaskan ke dalam sel-sel kulit, dan sekaligus mengurangkan keradangan dan melegakan kegatalan.

Klasifikasi

  • Ubat steroid topikal terdapat dalam kekuatan yang berbeza dan penggunaannya bergantung kepada keterukan dan lokasi keradangan kulit.

  • Ubat steroid topikal diklasifikasikan kepada 7 kelas potensi atau kekuatan yang mana kelas 1 adalah yang paling kuat atau ’superpotent’ dan kelas 7 adalah yang paling lemah.

Bagaimana untuk memilih jenis ubat steroid topikal

  • Ubat steroid topikal diserap ke dalam kulit pada kadar yang berbeza dari bahagian badan yang berlainan bergantung kepada ketebalan kulit.

  • Ubat steroid topikal yang mempunyai kekuatan yang lebih lemah biasanya digunakan di bahagian badan yang mempunyai permukaan kulit yang nipis dan sensitif seperti kawasan pangkal paha, muka, kelopak mata dan kawasan lampin.

  • Ubat steroid topikal yang mempunyai kekuatan yang sederhana biasanya digunakan pada bahagian badan seperti tangan dan kaki.

  • Ubat steroid topikal yang kuat dari segi kekuatan biasanya digunakan oleh pesakit yang menghidapi penyakit psoriasis, lupus diskoid atau jenis ekzema yang teruk.

  • Sentiasalah mendapatkan nasihat doktor ataupun ahli farmasi sebelum membeli mana-mana jenis ubat steroid topikal.

Bagaimana untuk menggunakan ubat ini

  • Sapukan satu lapisan nipis pada kulit yang terjejas dan gosokkan perlahan-lahan sehingga ubat meresap.

  • Ubat ini hanya untuk kegunaan pada permukaan kulit sahaja. Jangan sesekali dimasukkan ke dalam mata, lubang hidung atau mulut. Sekiranya ia berlaku, bilas dengan air secepat mungkin.

Kesan sampingan

  1. Kesan sampingan pada permukaan kulit:

    • Rasa seperti kulit terbakar, kegatalan atau kulit mengelupas

    • Kulit merah atau bengkak

    • Penipisan kulit yang juga dikenali sebagai atropi

    • Regangan kulit yang meninggalkan tanda

    • Saluran darah mungkin mengembang dan kelihatan sangat ketara di bawah permukaan kulit yang dikenali sebagai ’telangiectasia’

    • Mudah lebam

    • Keberkesanan ubat akan berkurangan disebabkan penggunaan yang kerap

    • Kehilangan pigmen pada kulit untuk sementara yang dikenali sebagai ’hypopigmentation’

    • Meningkatkan risiko terhadap jangkitan

    • Meningkatkan pertumbuhan rambut

    • Alahan terhadap ubat steroid topikal

  2. Kesan sampingan sistemik jarang berlaku tetapi ia boleh berlaku apabila ubat steroid topikal digunakan pada keluasan permukaan kulit yang besar bagi jangka masa yangpanjang. Bayi dan kanak-kanak lebih mudah mendapat kesan sampingan sistemik berbanding dengan orang dewasa.

    • Pertumbuhan terbantut

    • Fungsi adrenal terhalang

Cara-cara untuk mengurangkan kesan sampingan

  • Elakkan daripada menggunakan ubat steroid topikal untuk tempoh masa yang panjang.

  • Elakkan daripada menggunakan ubat pada keluasan permukaan kulit yang besar.

  • Hanya sapu pada kulit yang terjejas dan ikut arahan doktor.

  • Sekiranya boleh, guna ubat steroid topikal yang paling lemah dari segi kekuatan untuk mengawal keradangan kulit kecuali diarahkan oleh doktor.

  • Gunakan pelembap untuk mengawal keterukan keradangan.

Semakan Akhir : 23 April 2014
Penulis : Jennifer Kua Su Hway
Penyemak : Che Pun bt. Bujang

 

Artikel Berkaitan

Antihipertensif

Index Antihipertensif Amiloride Enalapril Nifedipine Amlodipine Felodipine Perindopril Atenolol Furosemide

Bahan campurpalsu (Adulterant) dalam produk kosmetik

Sesuatu produk kosmetik dikatakan telah dicampurpalsu sekiranya ia mengandungi logam berat seperti merkuri (raksa) dan plumbum atau bahan racun berjadual seperti hydroquinone, tretinoin, antibiotik seperti clindamycin atau steroid seperti betamethasone.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,051,140

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia