A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Perkembangan Psikososial Normal

Perkembangan psikososial ialah proses sepanjang hayat, tetapi apa yang dipelajari semasa 5 tahun pertama akan membentuk perkembangan ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan mental kanak-kanak ?

Kesihatan mental kanak-kanak yang normal didefinisikan sebagai seseorang itu dapat:

  • Memulakan dan mengekalkan perhubungan peribadi yang memberi kepuasan kepada kedua-dua belah pihak.
  • Meneruskan kemajuan perkembangan psikososial.
  • Bermain dan belajar untuk mendapat pencapaian yang setaraf dengan umur dan tahap intelek.
  • Merasakan apa yang betul dan salah dari segi normalnya.

Gangguan psikososial berlaku antara 12%-29% di kalangan kanak-kanak sedunia dan lebih kurang 13% di Malaysia mengikut The National Health & Morbidity Survey, 1996 (Mental Health Problem in Children)

Apakah maksud perkembangan psikososial yang normal?

Perkembangan psikososial ialah proses sepanjang hayat, tetapi apa yang dipelajari semasa 5 tahun pertama akan membentuk perkembangan ini. Perkembangan ini boleh dibahagikan kepada :

  • Kognitif ( proses mental ) – memahami, membuat pengiraan, membuat pertimbangan, menyelaras fungsi motor, persepsi dan sebagainya.
  • Emosi- perkembangan pantas sewaktu pra- sekolah tugasan ini termasuk :
    • Mengenal pasti kepentingan dan jenis-jenis emosi
    • Belajar kawalan emosi
    • Memahami kesan emosi terhadap tingkah laku
  • Sosial – Dipengaruhi oleh suasana dan bentuk pengantungan kepada ibu bapa atau penjaga utama.
  • Moral – Melibatkan isu-isu betul atau salah.

Apakah keperluan bagi kesihatan mental kanak-kanak ?

Keperluan kesihatan mental terbahagi kepada dua:

    • Tempat berlindung dan keselamatan
    • Makanan
    • Penjagaan fizikal
    • Penjagaan Kesihatan
      Keperluan asas kehidupan
  1. Keperluan psikososial dan rohani
    • Keyakinan kepada tuhan
    • Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi
    • Keselamatan dan kestabilan
    • Rangsangan yang sewajarnya dan pengalaman baru
    • Bermain di bawah pengawasan yang mantap
    • Pendidikan
    • Bimbingan yang betul
    • Ketegasan dan disiplin yang diatur
    • Kebiasaan harian yang boleh dijangka
    • Sikap keibubapaan yang sihat
    •  

Jika keperluan-keperluan asas ini dapat dipenuhi kanak-kanak akan dapat membina harga diri yang positif. Sekiranya tidak dipenuhi kemungkinan masalah kesihatan mental akan timbul.

Semakan Akhir : 10 Mei 2024
Penulis : Dr. Baizury binti Bashah
Penyemak : Dr. Muhammad Fadzly bin Marzuki

 

Artikel Berkaitan

Tantrum @Panas Baran

Tantrum bermaksud luahan ketidakpuasan hati kanak-kanak atau tekanan yang dihadapi sehingga tidak tertanggung lagi. Ia merupakan luahan kemarahan kanak-kanak dan ada kalanya bercampur dengan rasa takut.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,051,108

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia