A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Tabs MS
  4. /
  5. Pemberitahuan & Amaran
  6. /
  7. Penyakit Anjing Gila (RABIES)

Penyakit Anjing Gila (RABIES)

Rabies: Penyakit sistem saraf oleh jangkitan virus. Ia merebak melalui gigitan haiwan. Pesakit hanya menunjukkan tanda-tanda selepas 20 hingga 60 hari selepas gigitan haiwan.

KES PENYAKIT ANJING GILA (RABIES)

Rabies: Penyakit sistem saraf oleh jangkitan virus. Ia merebak melalui gigitan haiwan. Pesakit hanya menunjukkan tanda-tanda selepas 20 hingga 60 hari selepas gigitan haiwan.

KENYATAAN AKHBAR


 

 

KKM menasihati orang awam agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit rabies:

1) Cuci bahagian tubuh yang digigit dengan sabun dan air mengalir bagi menghilang kesan air liur;

2) Dapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan atau hospital terdekat jika telah mengalami gigitan haiwan seperti anjing atau kucing peliharaan yang agresif atau anjing liar;

3) Pastikan anjing atau kucing peliharaan telah mendapatkan suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak bersama haiwan atau anjing liar;

4) Jika anjing atau kucing peliharaan didapati tidak sihat atau agresif dapatkan rawatan di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar setempat;

5) Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal;

6) Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan.

KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri akan terus mempertingkatkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta agensi-agensi lain di negeri berkaitan bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan virus rabies dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

———————————————————–

Apakah Penyakit Rabies?

Penyakit rabies adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan Lyssavirus dari haiwan seperti anjing yang dijangkiti rabies.

Rabies berjangkit melalui luka gigitan, luka terbuka pada kulit dari air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan tersebut kepada manusia.

Masa inkubasi rabies adalah 3 minggu hingga 2 bulan dari gigitan haiwan rabid hingga timbul gejala.

Individu yang dijangkiti rabies akan mengalami tanda klinikal seperti demam, sakit badan dan kepala, hidrofobia, lumpuh dan koma.

Rabies adalah satu penyakit yang menyebabkan kematian 100% jika tanda-tanda penyakit telah timbul.

—————————————————-

Tindakan Kawalan Jabatan Kesihatan Sarawak

Pihak JKN Sarawak telah melaksanakan tindakan kawalan dan pencegahan ke atas kejadian ini melalui aktiviti berikut:

1. Pengurusan kes jangkitan rabies.

2. Pengeluaran health alert kepada semua pengamal perubatan.

3. Membuka bilik gerakan untuk memantau kejadian dan menyelaras aktiviti pencegahan dan kawalan wabak.

4. Mengukuhkan aktiviti survelan pemantauan kes gigitan anjing dan haiwan liar.

5. Mengukuhkan pengurusan kes gigitan anjing dan haiwan liar.

6. Menyediakan stockpile vaksin rabies yang mencukupi.

7. Meningkatkan aktiviti pendidikan kesihatan berkaitan penyakit rabies dan langkah pencegahannya.

———————————————————-

LANGKAH LANGKAH PENCEGAHAN

Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihati orang awam yang tinggal di daerah Serian agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit rabies:

1. Dapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan atau hospital terdekat jika telah mengalami gigitan anjing peliharaan yang agresif atau anjing liar;

2. Pastikan anjing peliharaan telah mendapatkan suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak bersama anjing liar;

3. Jika anjing peliharaan didapati tidak sihat atau agresif dapatkan rawatan di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar setempat;

4. Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal

5. Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan.

KKM juga telah mengingatkan daerah-daerah lain yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia supaya meningkatkan pemantauan kes gigitan anjing di daerah masing-masing. KKM akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veteriner dan agensi lain yang berkaitan bagi memastikan jangkitan virus rabies di kalangan manusia dapat dikawal dan tiada penularan lanjut berlaku. Sekian, terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 1 Julai 2017

Artikel Berkaitan

Soalan Lazim – Penyakit Influenza

Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.

Bagi negara-negara yang beriklim sederhana, kejadian wabak kerapkali berlaku semasa musim sejuk manakala bagi negara-negara tropika di sepanjang garisan Khatulistiwa (termasuk Malaysia), kejadian wabak berlaku sepanjang tahun tanpa mengikut musim yang tertentu.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,568

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia