A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Penyakit
  6. /
  7. Dermatologi
  8. /
  9. Dermatitis Sentuh
  10. /
  11. “Irritant Contact Dermatitis”

“Irritant Contact Dermatitis”

Irritant contact dermatitis juga menyebabkan kegatalan dan ruam-ruam merah pada kulit jika bersentuhan dengan bahan-bahan tertentu.

Contact dermatitis adalah sejenis ekzema yang disebabkan oleh faktor luaran. Ia boleh dibahagikan kepada irritant contact dermatitis dan allergic contact dermatitis. Seperti allergic contact dermatitis, irritant contact dermatitis juga menyebabkan kegatalan dan ruam-ruam merah pada kulit jika bersentuhan dengan bahan-bahan tertentu. Kulit di kawasan yang terlibat akan menjadi gatal, kemerahan, bengkak dan luka. Ini boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada pesakit. Irritant contact dermatitis boleh terjadi jika pesakit bersentuhan dengan air sabun, bahan pencuci, pelarut, asid dan alkali. Irritant contact dermatitis boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, terutamanya pada mereka yang mempunyai penyakit kulit di mana lapisan permukaan kulit terjejas, seperti atopic eczema. Irritant contact dermatitis lebih kerap berlaku berbanding allergic contact dermatitis.

80% daripada kes-kes ekzema di tanganyang melibatkan pekerjaan adalah disebabkan oleh perengsa (irritant). Pekerja seperti tukang cuci, pendandan rambut dan pengendali makanan adalah mereka yang selalu terlibat. Perengsa menjejaskan permukaan kulit dan mencetuskan radang pada kulit.

Tahap teruk ekzema bergantung kepada beberapa faktor, termasuk:

  • Jumlah dan kekuatan perengsa
  • Kekerapan terdedah kepada perengsa
  • Pesakit mempunyai penyakit kulit seperti atopic eczema
  • Faktor persekitaran (contohnya suhu yang terlampau tinggi atau rendah dan tahap kelembapan yang tinggi)

Gejala dan tanda-tanda

Bahagian kulit yang terlibat akan menjadi gatal, merah, melepuh, merekah dan berkuping. Ia selalunya melibatkan bahagian kulit yang bersentuhan secara terus dengan perangsa.

Perengsa yang kuat seperti asid kuat atau bahan alkali boleh menyebabkan rasa sakit, bengkak dan melepuh dalam masa yang singkat. Jika pesakit terdedah kepada perengsa yang tidak kuat,  seperti air sabun, ia boleh mengambil masa beberapa minggu sebelum ekzema terjadi. Kulit akan menjadi kering, gatal dan merekah.

Berikut adalah gambar-gambar pesakit yang menghidapi irritant contact dermatitis:

Gelembung-gelembung air dan bintik-bintik merah
Seorang pegawai polis mencuci pistolnya dengan pencuci alkali. Selepas 45 minit, kulitnya terasa seperti terbakar dan gelembung-gelembung air mucul di tapak tangan.
Kulit pesakit ini dicuci dengan iodin sebelum dicucuk dengan jarum. Selepas setengah jam, gelembung-gelembung air muncul dan permukaan kulit mengelupas.

Komplikasi

  • Oleh kerana permukaan kulit terjejas dan luka, jangkitan kuman oleh bakteria dan kulat boleh berlaku
  • Jika pesakit sentiasa menggaru kawasan yang terlibat, kulit boleh menebal dan pigmentasi boleh berlaku. Ini dipanggil lichen simplex chronicus

Pemeriksaan dan ujian

  • Untuk membuat diagnosa irritant contact dermatitis ujian yang spesifik tidak diperlukan. Doktor perlu mendapat maklumat terperinci dari pesakit, termasuk jenis pekerjaan dan aktiviti di rumah
  • Ujian patch test tidak digalakkan kerana bahan perengsa boleh menyebabkan kulit melepuh
  • Allergic contact dermatitis dan irritant contact dermatitis boleh berlaku seiringan, oleh itu kadang-kadang ujian patch test dilakukan untuk memastikan bahan yang menyebabkan alergi

Rawatan

  • Elakkan daripada terus terdedah kepada perengsa
  • Untuk rawatan ekzema akut, rendam bahagian kulit yang terlibat dengan air garam atau kalium permanganat dan sapu krim steroid
  • Krim pelembab dan krim steroid lazimnya digunakan secara berterusan untuk kes-kes yang kronik
  • Jika kes tersebut teruk, ubat makan seperti prednisolone mungkin diberikan oleh doktor
  • Jika terdapat jangkitan bakteria, ubatantibiotik akan diberikan oleh doktor

Pencegahan

  • Elakkan daripada terdedah kepada perengsa
  • Guna sarung tangan ketika melakukan kerja-kerja rumah seperti mencuci pinggan dan membasuh baju
  • Sentiasa gunakan krim pelembab, supaya permukaan kulit tidak kering dan sentiasa dilindungi

Rujukan

  1. Usatine RP, Riojas M. Diagnosis and management of contact dermatitis. Am Fam Physician. 2010; 82:249-255.
  2. Gober MD, DeCapite TJ, Gaspari AA. Contact dermatitis. In: Adkinson NF Jr, ed. Middleton’s Allergy: Principles and Practice. 7th ed. Philadelphia, Pa: Mosby Elsevier; 2008:chap 63.
  3. Habif TP. Contact dermatitis and patch testing. In: Habif TP, ed. Clinical Dermatology. 5th ed. Philadelphia, Pa: Mosby Elsevier; 2009:chap 4.
  4. Weston WL, et al. Overview of dermatitis. http://www.uptodate.com/home/index.html. Accessed April 26, 2011.
  5. Seyfarth F, et al. Teaching interventions in contact dermatitis. Dermatitis. 2011;22:8.
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penterjemah : Dr. Azura bt. Mohd Affandi
Akreditor : Datin Dr. Asmah bt. Johar
Penyemak : Dr. Nazatul Shima bt. Abd Rahim

Artikel Berkaitan

Dermatitis Sentuh

Dermatitis sentuh adalah sejenis ekzema yang disebabkan oleh faktor luaran.

Dermatitis Sentuh Alergik

Dermatitis sentuh alergik adalah alahan pada kulit akibat bersentuhan dengan bahan-bahan penyebab alahan (alergen).

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,710

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia