A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Optometri
  6. /
  7. Sukan dan Kecederaan Mata

Sukan dan Kecederaan Mata

Pengenalan

Sukan adalah satu aktiviti yang menyihatkan tubuh badan. Namun, kajian mendapati peningkatan kes kecederaan mata akibat dari kemalangan yang dialami semasa bersukan semakin meningkat. Ia boleh berlaku pada semua peringkat umur.

Tahap kecederaan mata bergantung pada jenis sukan, peralatan yang digunakan, kekerasan objek, kelajuan objek dan cara bersukan. Kecederaan mata yang berkaitan dengan sukan walaupun sedikit   mampu menyebabkan kecederaan serius serta kecacatan kekal kepada mata manusia.

Jenis Kecederaan Mata Yang Biasa Dialami Semasa Bersukan

  • Kecederaan dengan objek tumpul : Objek tumpul dengan kelajuan yang tinggi terkena mata seperti bola, raket dan sebagainya
  • Kecederaan penetrasi : luka pada mata seperti serpihan kaca dari cermin mata yang pecah terkena pada mata
  • Kecederaan radiasi: pendedahan yang lama di bawah cahaya matahari seperti luncur salji, luncur air dan sukan air

Penyakit Mata Biasa dan Boleh Berlaku Selepas Kecederaan Mata :

  • Parut pada kornea
  • Glaukoma
  • Katarak
  • Juling
  • Kelekangan retina mata (retina detachment)

Persediaan Awal Sebelum Bersukan

Sebelum melakukan sukan yang berisiko, pastikan anda membuat pemeriksaan mata secara komprehensif  dan ambil tahu keadaan status mata anda. Ikuti nasihat dan  cadangan doktor atau pegawai yang bertauliah sebelum bersukan. Pastikan doktor anda tahu sejarah mengenai mata anda dan keluarga secara tepat.

Langkah – Langkah Pencegahan Bagi Mengelakkan Kecederaan Mata Semasa Bersukan

  • Gunakan alat pelindung mata yang betul dan selamat. Kajian menunjukkan 90 peratus kecederaan mata yang dialami boleh dielakkan dengan menggunakan pelindung mata semasa bersukan. Cermin mata dan kanta sentuh harian masih tidak dapat melindungi  mata dengan baik.
  • Bagi sukan yang banyak terdedah pada cahaya matahari gunakan kanta pelindung ultraviolet yang berupaya menyerap  99 peratus cahaya ultraviolet.
  • Gunakan alat pelindung muka bersama helmet  yang direka khas yang mampu mengurangkan objek yang berkelajuan tinggi terkena di bahagian muka dan kepala
  • Jurulatih, guru dan ibubapa perlu menjadi contoh, mendidik dan menggalakkan anak-anak dengan  mengamalkan cara bersukan yang selamat mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh badan yang bertauliah.
  • Sentiasa bersedia dengan kotak pertolongan cemas  yang lengkap dan diselenggara dengan baik.

Ciri-Ciri Alat Pelindung Mata Yang Selamat dan Kelebihannya

The American Society for Testing and Materials (ASTM) telah mengeluarkan garis panduan mengenai pemilihan alat pelindung mata yang selamat untuk setiap jenis sukan yang berisiko tinggi mendapat kecederaan.

Alat pelindung mata yang selamat terdiri daripada cermin mata keselamatan atau perisai keselamatan yang  diperbuat dari kanta polikarbonat.
Kanta ini mempunyai keupayaan  tidak mudah pecah 8 hingga 10 kali lebih baik berbanding kanta  mata biasa. Ia juga nipis, ringan, tidak mudah calar berkeupayaan menyerap sinaran ultraviolet dan tidak mengganggu penglihatan.

Kanta ini boleh dipreskripsikan oleh doktor, oftalmologis, pengamal optometri atau juruoptik yang bertauliah mengikut kuasa mata masing-masing.

Rajah 1 : Contoh alat pelindung mata

Jika berlaku kecederaan mata semasa bersukan  apa yang perlu dilakukan.

Ikuti langkah kecemasan awal yang diberikan dan segeralah mendapatkan rawatan dengan berjumpa pakar oftalmologi sekiranya kecederaan sangat serius berlaku untuk rawatan selanjutnya.

Sekiranya  telah sembuh hendaklah berbincang dengan doktor  dan ikuti nasihat yang diberikan .Pastikan alat pelindung mata diaplikasikan sepenuhnya ketika bersukan.
Pastikan tahap kesihatan mata anda adalah di tahap optimum sebelum memulakan kembali aktiviti sukan anda. Jangan sesekali menggunakan ubat penahan sakit ketika tercedera dan meneruskan aktiviti sukan anda.

 

Rujukan

  1. Modern sports eye injuries : J A Capa ?o Filipe, A Rocha-Sousa, F Falca ?o-Reis, J Castro-Correia Br J Ophthalmol2003;87:1336–1339
  2. Harrison, A., & Telander, D.G. (2002). Eye Injuries in the youth athlete: a case-based approach. Sports Medicine, 31(1), 33-40.
  3. http://www.aafp.org/afp/2003/0401/p1494.html
  4. http://www.aafp.org/afp/2003/0401/p1481.html
  5. http://familydoctor.org/familydoctor/en/prevention-wellness/exercise-fitness/sports-safety/eye-injuries-in-sports.html
  6. https://www.willseye.org/how-to-prevent-eye-injuries
  7. http://visionsource-brookfield.com/vision-care-products/other-info/
  8. http://www.nei.nih.gov/sports/
  9. http://bjo.bmj.com/content/88/2/161.full.pdf
  10. http://optometrytimes.modernmedicine.com/optometrytimes/news/aoa-warns-against-basketball-related-ocular-injury
  11. http://www.geteyesmart.org/eyesmart/living/sports.cfm
  12. http://www.allaboutvision.com/sports/protection.htm
  13. http://www.hd
    ickinson.co.uk/product_page.php?id=234

Penulis : Pn. Halijahton bt. Abdol Rahim
Semakan akhir : 14 Ogos 2014
Penyemak : Pn. Rosmawati bt. Uthman

 

Artikel Berkaitan

Adaptasi Peralatan Makan & Minum

Adaptasi peralatan makan dan minum mestilah boleh digunakan di rumah, sekolah mahupun komuniti. Adaptasi yang dilakukan hendaklah mengikut kesesuaian individu.

Pendarahan Telinga

Pendarahan telinga adalah lelehan yang keluar dari telinga yang mengandungi darah akibat daripada kecederaan ataupun jangkitan kuman.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,051,125

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia