A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kebas

Kebas adalah keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan  rasa (sensation). Keadaan ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh iritasi saraf atau saraf periperi terhimpit.

  • Kebas adalah keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan  rasa (sensation).
  • Keadaan ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh iritasi saraf atau saraf periperi terhimpit.
  • Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat.
  • Rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki.

Rasa kebas boleh disebabkan oleh keadaan berikut;

  • Kecederaan pada saraf akibat kemalangan.
  • Saraf periferi tertekan disebabkan oleh ‘herniated disc‘ atau oleh osteophytes yang terbentuk akibat proses degeneratif.
  • Jangkitan pada saraf periferi  seperti kayap.
  • Penyakit-penyakit seperti diabetes, migraine, multiple sclerosis, epilepsi , strok dan hypothyroidism
  • Carpel Tunnel Syndrome (saraf Median tertekan di kawasan pergelangan tangan).
  • Berlakunya kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan vitamin B12.
  • Kesan samping ubat, contohnya ubat penyakit tuberculosis seperti isoniazide.
  • Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti, pengambilan alkohol dan rokok.

Tindakan Kendiri

  • Sila berjumpa doktor sekiranya anda mengalami rasa kebas untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan.
  • Sila berjumpa doktor dengan serta-merta, sekiranya anda berasa kebas dalam keadaan berikut:
    • Anda baru mengalami kemalangan yang melibatkan bahagian kepala.
    • Anda juga mengalami gejala seperti lemah anggota , susah bertutur, pening dan sakit kepala yang datang secara tiba-tiba dengan teruknya.
  • Dapatkan temujanji untuk berjumpa doktor sekiranya  keadaan kebas yang anda alami bertambah teruk, melibatkan kedua-dua bahagian badan, terjadi apabila anda melakukan aktiviti tertentu dan rasa kebas hanya pada hujung jari kaki dan tangan.

Diagnosa / Rawatan Kebas

  • Doktor akan menemuduga, membuat pemeriksaan fizikal dan melakukan ujian- ujian mengikut keperluan bagi membantu dalam membuat diagnosa.
  • Rasa kebas boleh hilang atau sekurang-kurangnya boleh dihalang untuk menjadi bertambah teruk setelah menerima rawatan khusus untuk penyakit yang menyebabkan rasa kebas terjadi.
  • Kebas yang merebak secara mendadak perlu mendapat perhatian doktor
  • Kebas yang diikuti dengan lemah anggota atau lumpuh hendaklah dirawat oleh doktor dengan segera
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Salmiah Md Sharif
Akreditor : Dr. Santhi Datuk Puvanarajah
Penyemak : Dr. Nor Faizah bt. Ghazali

Artikel Berkaitan

Selesema

Lebih dikenali sebagai  flu. Ia disebabkan oleh Virus Influenza kumpulan A, B dan C

Alahan Ubat

Mengenalpasti tanda dan gejala alahan ubatan adalah satu perkara penting kerana ia boleh mengancam nyawa. Walau bagaimanapun kematian disebabkan oleh alahan ubat jarang berlaku.

Demam

Demam bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai jangkitan kuman atau virus.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,435,403

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia