A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Beguk

Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan pembengkakkan dan rasa sakit pada kelenjar parotid.

Apakah itu beguk?

Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan pembengkakkan dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.

Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala Beguk?

Tanda dan gejala jangkitan bermula selepas 12-25 hari berhubungan dengan orang yang dijangkiti. Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada simptom awal, mereka mungkin menghadapi :

  • Demam
  • Sakit kepala
  • Mulut kering dan hilang selera
  • Sakit ketika membuka mulut / semasa makan
  • Keletihan
  • Pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid

Gejala-gejala ini biasanya hilang dalam masa 10–12 hari.

Adakah ia satu penyakit yang ringan(biasa)? Walaupun semua orang yang dijangkiti biasanya akan pulih sepenuhnya, kadang-kadang komplikasi juga boleh berlaku seperti:

  • Encephalitis (Radang pada otak).
  • Meningitis (Radang pada lapisan otak).
  • Pancreatitis (Radang pada pankreas).
  • Orchitis (Radang pada testis) berlaku pada lelaki dewasa.
  • Pekak

Bagaimanakah ia dirawat?

Tiada ubat yang khusus untuk beguk tetapi simptom-simptom boleh dilegakan dengan :

  • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan rasa sakit
  • Mengambil lebih minuman tetapi elakkan jus-jus yang berasid
  • Letakkan ais pada kelenjar parotid atau testis untuk melagakan kesakitan.

Orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ianya tidak boleh lagi berjangkit (iaitu sehingga 9 hari selepas pembengkakan kelenjar saliva) atau sehingga bengkak tersebut hilang.

Bolehkah ia dicegah?

Beguk juga boleh dicegah dengan vaksin. Vaksin beguk ini diberi pada umur 2 bulan dan kemudian ketika berumur 1 tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu (mumps,measles and rubella) ianya sangat berkesan untuk mencegah beguk ini.

Bolehkah dijangkiti jika telah divaksin?

Boleh jika berhubung rapat dalam masa lama dengan pesakit tetapi keterukan adalah lebih rendah berbanding kanak-kanak yang tidak divaksin. Pengasingan kes adalah penting untuk mencegah perebakan.

 

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Chan Kwai Cheng
Penyemak : Dr. Zainab bt. Kusiar

Artikel Berkaitan

Demam Denggi

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

HIV/AIDS

HIV merupakan virus yang memusnahkan sistem imunisasi badan menyebabkan pesakit terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan kanser.

Demam Campak

Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,450

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia