A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Bayi & Kanak-Kanak
  4. /
  5. Imunisasi
  6. /
  7. Vaksin
  8. /
  9. Vaksin MMR (Mumps, Measles...

Vaksin MMR (Mumps, Measles & Rubella)

Apakah itu Vaksin MMR

Vaksin adalah kombinasi 3 dalam 1 di mana ketiga-tiga antigen daripada campak (measles), beguk (mumps) serta rubella disertakan bersama dan diberi sebagai satu suntikan.
Ketiga-tiga virus ini telah dilemahkan dan badan anak kita mendapat perlindungan apabila sistem ketahanan badan mengeluarkan antibodi yang diguna pakai apabila penerima vaksin ini menghadapi jangkitan virus di masa hadapan.

Bila ia diberi?

Dalam program immunisasi Malaysia, dos pertama diberi apabila anak kita berumur 9 bulan dan dos kedua diberi apabila anak kita berumur 12 bulan.

Di manakah anak kita di suntik?

Anak kita disuntik sama ada di lengan (kanak-kanak) atau paha (bayi).

Apakah penting suntikan vaksin ini?

Ketiga –tiga virus campak, beguk serta rubella adalah satu penyakit jangkitan virus di kalangan kanak-kanak,yang biasa kita lihat sebelum kewujudan vaksin. Sejak pengenalan vaksin-vaksin ini; kes-kes jangkitan campak, beguk serta rubella telah berkurangan.

Akan tetapi, untuk memastikan virus-virus ini dari bangkit semula, kadar imunisasi negara perlu berada di tahap tinggi iaitu lebih daripada 95 %. (Ini bermakna kebanyakkan ibu bapa/penjaga menerima baik vaksin ini sepanjang masa).

Apakah yang berlaku apabila ibu bapa/penjaga TIDAK MAHU mengambil vaksin ini?

  • Di kalangan kita ada yang berfikiran bahawa vaksin seperti vaksin MMR adalah tidak perlu pada zaman sekarang kerana taraf hidup rakyat sudah naik serta kemudahan infrastruktur serta kemudahan lain menyebabkan tiada kesesakan serta tiada masalah kebersihan.
  • Ini adalah palsu sebab kuman virus seperti campak tidak berjangkit dari seseorang individu ke orang lain disebabkan air/makanan yang tercemar tetapi melalui udara (virus berjangkit apabila individu yang sakit, bersin atau batuk menyebabkan virus dalam bentuk aerosol tersebar luas). Kuman virus seperti beguk atau rubella pula tersebar apabila seseorang yang dijangkiti virus ini batuk atau bersin.
  • Seramai 150,000 hingga 175,000 orang meninggal setiap tahun di serata dunia disebabkan kuman campak.
  • Campak masih wujud di sebahagian tempat di dunia dari Eropah, Asia, Afrika serta Amerika Syarikat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan seramai 20 juta rakyat dunia dijangkiti virus campak setiap tahun.

Bila kanak-kanak dijangkiti sama ada virus campak, beguk atau rubella, TIADA ubat untuk membunuh virus-virus ini. Rawatan yang diberi adalah simptomatik iaitu pemberian ubat paracetamol bagi demam serta rawatan intravena untuk menjaga hidrasi.

Adakah jangkitan virus-virus ini menyebabkan komplikasi?

Ya. Jangkitan campak boleh menyebabkan radang paru-paru (pneumonia) serta radang otak (encephalitis). Beguk,selain daripada menyebabkan bengkak pipi (bengkak cantik); bagi kanak-kanak lelaki yang dijangkiti virus pada alat kelamin boleh menyebabkan kemandulan.

Rubella pula boleh menyebabkan ibu mengandung keguguran atau bayi yang lahir cacat.Kecacatan ini di gelar rubella kongenital di mana bayi yang lahir mengalami masalah mata, pendengaran, jantung serta inteluktual. Seramai 85 bayi dalam 100 bayi yang lahir kepada ibu mengandung yang dijangkiti virus rubella dalam 3 bulan pertama akan ada kecacatan ini.

Oleh itu, jika ibu bapa atau penjaga menolak pemberian vaksin ini maka penyakit yang hampir lupus ini akan bangkit semula serta kita akan lihat ramai di kalangan anak-anak yang dijangkiti virus ini mengalami komplikasi jangka panjang.

Apakah keberkesanan vaksin ini?

95% daripada semua kanak-kanak yang diberi 2 dos vaksin MMR (iaitu sekurang-kurangnya 95 budak daripada 100) akan mendapat perlindungan dari ketiga-tiga virus ini.

Apakah kesan sampingan vaksin ini?

Kebanyakkan kanak-kanak dapat mengambil vaksin ini tanpa masalah. Sebilangan kecil mungkin mengalami demam atau sakit pada tempat cucuk.

Adakah vaksin MMR menyebabkan autisme?

Jawapan: TIDAK.

Banyak kajian telah dijalankan di Amerika Syarikat serta negara-negara lain.Tiada satupun kajian-kajian ini menunjukkan hubungkait antara vaksin MMR serta autisme (sila rujuk panduan dari http://www.immunize.org/catg.d/p4026.pdf)

Rujukan

  • American Academy of Pediatrics: healthy children.org. Retrieved June 18, 2014, from:  http://www.healthychildren.org/english/
  • CDC: Fact sheets for parents CDC (2013). Retrieved June 18, 2014, from:  http://www.cdc.gov/vaccinesafety/vaccine/mmr/mmr.html.
  • Hussain Imam Hj Muhammad Ismail, Ng HP et al. Paediatric protocols for Malaysian Hospitals (3rd ed). Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Last Reviewed : 3 Jun 2015
Writer : Dr. Thahira bt. A. Jamal Mohamed
Accreditor : Dr. Norzila bt. Mohamed Zainudin

 

Artikel Berkaitan

Poliomyelitis

Apa itu Poliomyelitis? Poliomyelitis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,508

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia