A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Kesihatan Mental
  4. /
  5. Kesihatan Mental Umum
  6. /
  7. Lain-lain
  8. /
  9. Hubungkait antara Kesejahteraan Kesihatan...

Hubungkait antara Kesejahteraan Kesihatan Fizikal dan Mental

Pengenalan

Kesihatan mental merupakan satu konsep yang memerlukan keseimbangan di antara aspek fizikal, psikologi, kerohanian dan sosial. Kesemua aspek ini, ada salingkaitannya yang boleh mempengaruhi kebolehan seseorang bertindakbalas dengan cara yang sesuai dan sewajarnya. Kesihatan mental tidak boleh dipisahkan daripada kesejahteraan fizikal. Kesihatan serta penyakit mental dan fizikal merupakan sebahagian daripada kehidupan kehidupan yang penting dan saling bergantungan antara satu sama lain. Jelasnya di sini, sebarang penyakit atau gangguan fizikal boleh memberi kesan emosi terhadap individu dan ahli keluarganya.

Diagram

Rumusan daripada hasil penyelidikan mendapati

  • 1 dalam 5 orang pesakit luar bagi pengidap penyakit koronari mengalami kemurungan.
  • Kemurungan boleh menjurus kepada gaya hidup yang tidak baik seperti pemakanan yang tidak sihat, kurang bersenam, merokok, salah guna alkohol dan peningkatan berat badan
  • Lebih 50% pesakit kanser mengalami pelbagai jenis masalah emosi.

Kesan penyakit fizikal ke atas kesihatan mental

  • keraguan terhadap masa depan
  • mencari makna kehidupan
  • kehilangan upaya kawal diri
  • rasa diri gagal
  • stigma
  • berahsia
  • takut tentang rawatan
  • fikir tentang kematian
  • bimbang
  • resah dan murung
  • kecelaruan fikiran

 

Kesan penyakit mental ke atas kesihatan fizikal

  • Gangguan sistem imun tubuh
  • Gangguan keseimbangan sistem pembekuan darah
  • Peningkatan hormon stres
  • Peningkatan risiko serangan jantung atau strok
  • Tekanan darah serta paras gula dalam darah yang tidak terkawal
  • Gaya hidup yang tidak sihat

Apa yang boleh anda boleh lakukan?. Pelbagai strategi boleh dilakukan untuk mendapatkan semula keseimbangan dalam kesejahteraan fizikal dan mental

    • Bina kekuatan – Membina hubungan baik dengan ahli keluarga terdekat, rakan dan orang lain yang boleh membantu anda. Berkongsilah perasaan anda tentang penyakit akan membuatkan mereka lebih memahami yang dihidapi.

 

    • Terima secara rasional – Cuba melihat lebih jauh dari keadaan semasa di mana keadaan akan menjadi lebih baik di masa depan. Berpandangan positif tentang penyakit akan membangkitkan semangat untuk mendapatkan rawatan.

 

    • Bersedia buat perubahan – Menerima keadaan seadanya boleh membantu memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang boleh anda perbaiki. Anda mampu mengubah beberapa perkara tentang kehidupan demi ke arah keupayaan kawalan penyakit yang lebih baik.

 

    • Teruskan menggapai harapan dan cita-cita – Bina beberapa harapan yang realistik. Kejayaan yang sedikit membolehkan anda terus maju menggapai harapan dan cita-cita . Keupayaan menjana gaya hidup sihat boleh meningkatkan keyakinan anda

 

    • Cari peluang untuk mengenali diri sendiri – Selami tentang diri sendiri dan anda akan akui tentang kematangan diri di dalam menangani saat-saat yang sukar . Ia boleh meningkatkan rasa harga diri, lebih bersedia untuk menerima musibah dan rasa bersyukur tentang kehidupan. Kekuatan pegangan dan keyakinan yang baik akan membawa kepada usaha berterusan untuk sembuh daripada penyakit.

 

    • Beri pandangan realistik tentang diri sendiri– – Bina keyakinan bahawa anda boleh mengatasi masalah serta percaya kepada naluri diri. Mempunyai sesuatu penyakit tidak bermakna hidup anda akan berakhir.

 

    • Kekalkan pandangan masa hadapan yang baik – Pelajari untuk pandang ke hadapan dengan optimistik membolehkan anda bayangkan apa yang dikehendaki dan bukan apa yang ditakutkan.

 

  • Ambil berat diri anda sendiri – Perihatin kepada keperluan dan perasaan anda. Lakukan aktiviti yang anda gemari serta berasa tenang melakukannya. Bersenam selalu. Ia akan memastikan minda dan tubuh anda bersedia untuk menghadapi sebarang situasi. Sikap sentiasa menjaga tubuh yang sihat akan menghasilkan minda yang sihat.
Semakan Akhir : 31 Januari 2013
Penulis : Dr. Azizul Bin Awaluddin

 

Artikel Berkaitan

Melancong Dan Kesan Kepada Minda

Melancong ialah satu tempoh masa yang diperuntukkan oleh seseorang bertujuan untuk melawat ke suatu tempat kebiasaannya untuk berehat. Melancong dapat merehatkan fikiran dan minda.

Ibu Yang Hebat

Istilah super mum telah diperkenalkan pada tahun 1974 yang membawa maksud seorang ibu yang boleh dijadikan teladan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas penjagaan rumah tangga dan mendidik anak-anak serta pada masa yang sama bekerja sepenuh masa.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,051,156

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia