A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiasi
  6. /
  7. Analisis Penolakan Baju Plumbum

Analisis Penolakan Baju Plumbum

Pengenalan

Pakaian perlindungan sinaran x-ray seperti apron plumbum, perisai tiroid, perisai gonad dan sarung tangan plumbum adalah contoh pakaian perlindungan sinaran. Tujuannya adalah untuk memastikan pendedahan pekerja kepada radiasi adalah dalam had yang sesuai dan serendah yang munasabah yang dapat dicapai (ALARA).

Plumbum ini adalah plumbum yang mengandungi vinil atau getah yang bersamaan dengan ketebalan plumbum. Sesetengah baju plumbum menggunakan gabungan plumbum dan bahan pengecilan lain untuk membuat baju plumbum lebih ringan disamping mengekalkan keupayaan perlindungan yang setara. Baju plumbum ini kebiasaannya menggunakan kain nilon sebagai lapisan paling luar.

Semua orang tahu bahawa pendedahan radiasi boleh menyebabkan kesan deterministik dan stokastik. Walaubagaimanapun, kesan stokastik terhadap organisma tidak dapat dianggarkan.

Kesan non-stokastik atau deterministik bergantung kepada dos dan mempunyai tahap ambang yang baginya kesan dapat dilihat berdasarkan dos yang dikenakan. Sementara itu, kesan stokastik berlaku secara kebetulan, secara amnya tanpa tahap ambang dos dan mendapat kesan seperti kanser dan masalah genetik.

Jenis dan Kriteria Baju Plumbum dalam X-Ray

Baju Plumbum perlu disediakan kepada semua kakitangan yang menjalankan prosedur X-Ray dimana baju plumbum itu:

  1. Mesti mempunyai ketebalan sekurang-kurangnya 0.35mm plumbum di bahagian hadapan dan tidak kurang daripada 0.25mm plumbum untuk bahagian yang lain.
  2. Baju Plumbum direka untuk menampung sekurang-kurangnya:
    1. Bahagian depan badan dari leher ke bawah dan termasuk lutut, seluruh bahagian dada dan bahu
    2. Bahagian sebelah badan tidak lebih daripada 10cm dibawah ketiak dan kebawah sehingga ke bawah peha dan
    3. Bahagian belakang daripada tulang belikat sehingga ke bawah termasuk bahagian lutut.

Falsafah dos dengan menjaga serendah munasabah dapat dicapai (ALARA) mesti digunakan untuk mewujudkan kriteria penolakan baju plumbum ini. Dengan ALARA, munasabah dapat ditakrifkan sebagai jumlah wang yang dibelanjakan untuk mengelakkan dos yang diberikan. Konsep ini masih belum digunakan didalam bidang fizik kesihatan perubatan tetapi telah diamalkan dalam industri tenaga nuklear sahaja.

Tujuan Analisis Penolakan Baju Plumbum

Tujuan analisis penolakan baju plumbum adalah untuk menyediakan satu rasional penolakan baju plumbum untuk digunakan oleh pengendali kemudahan X-Ray dan membentangkan asas kriteria penolakan baju plumbum.

Ujian Baju Plumbum

Semua baju plumbum perlu diuji sekali untuk perlindungan setelah diterima daripada pihak pembekal dan seterusnya dilakukan pada 12-18 selang bulan. Setiap apron perlu dilabelkan. Ujian dilakukan dengan menggunakan fluroskopi pada atas meja. Ujian ini tidak akan mengukur ketebalan baju plumbum tetapi ia akan menunjukkan lubang, rekahan dan kerosakan baju plumbum. Jika terdapat keraguan tentang sesebuah baju plumbum, ia harus dikeluarkan dan tidak boleh digunakan sehingga nasihat lanjut diterima. Semua keputusan yang diterima hendaklah didokumenkan untuk rujukan pada masa hadapan.

Baju plumbum tidak boleh dilipat. Rekahan dalam baju plumbum boleh berkembang pada 2 kali ganda dan akan mengurangkan hayat baju plumbum berkenaan. Mana-mana baju plumbum yang menunjukkan rekahan perlu diganti.

Kriteria Penolakan Baju Plumbum

Berdasarkan kos menggantikan baju plumbum dan anggaran dos sinaran yang diterima daripada kerosakan baju plumbum, dicadangkan bahawa baju plumbum perlu diganti jika kerosakan itu adalah lebih besar daripada 15mm2. Jika kerosakan itu adalah tidak menjejaskan bahagian organ kritikal maka baju plumbum berkenaan masih boleh digunakan dengan syarat lokasi kerosakan perlu ditanda dengan jelas segala butirannya dan didokumenkan.

Jika kerosakan bukan berada di kawasan organ kritikal, dimana sepanjang jahitan, kawasan bertindih atau bahagian belakang baju plumbum, ia perlu tertakluk kepada kriteria penolakan yang kurang konservatif. Di dalam kes ini, adalah dicadangkan bahawa baju plumbum perlu diganti jika kerosakan itu adalah lebih besar daripada 670 mm2.

Perisai tiroid perlu diganti jika kerosakan itu adalah lebih besar dari 11mm2.

Contoh kriteria penolakan baju plumbum yang lain ialah;

  1. Rekahan dan lubang kecil yang banyak
  2. Berlubang besar
  3. Lapisan plumbum terkeluar daripada sarung
  4. Pelekat antara baju plumbum tidak melekat

Penjagaan dan Pengunaan Baju Plumbum

Baju plumbum perlu diperiksa sekurang-kurangnya setahun sekali untuk integriti keselamatan. Penolakan baju plumbum mestilah bergantung kepada lokasi, saiz kawasan dan jenis masalah penolakan. Langkah terbaik adalah dengan memastikan jenis masalah penolakan berada pada tahap minimum.

Untuk tujuan penyimpanan, baju plumbum perlu digantung pada penyangkut baju plumbum yang telah disediakan. Baju plumbum tidak boleh dilipat. Jika boleh, jangan letak atau simpan baju plumbum diatas permukaan yang rata.

Untuk tujuan pembersihan pula, hilangkan bau busuk dengan menyental menggunakan bulu lembut. Jangan menggunakan produk permbersihan yang mengandungi bahan peluntur. Bilas dengan air untuk membuang sisa. Gantung untuk mengeringkannya. Jangan masukkan baju plumbum ke dalam mesin basuh atau mesin kering.

Rujukan

  1. Rejection Criteria For Defects on Lead Apparel Used in Radiation Protection of X-ray Workers
    http://www.bccdc.ca/NR/rdonlyres/A5EB891B-7BC4-442D-A6ED-864438FAF9EF/0/RejectionCriteriaforLeadApparel.html
  2. How Protective Are The Lead Aprons We Use Against Ionizing Radiation?
    http://www.dirjournal.org/sayilar/42/buyuk/pdf_DIR_412.html
  3. The Use and Care of Lead Protective Equipment
    www.ncradiation.net
  4. Lambert K, McKeon T. Inspection of lead aprons: criteria for rejection. Health Phys. 2001;80:S67–9
Semakan Akhir : 17 Mac 2017
Penulis/Penterjemah : Nik Mohd Amiruddin bin Nik Pakheruddin
Akreditor : Adzlin Hana bt. Mohd Sari

Artikel Berkaitan

Apakah yang dimaksudkan Radiofarmaseutikal PET?

PET-CT (Positron Emission Tomography-Computed Tomography) merupakan teknik pengimejan nuklear yang digunakan untuk mengetahui fungsi organ yang berkaitan dengan penyakit kanser yang diterjemahkan dalam bentuk imej. Organ seperti tiroid, tulang, jantung, hati dan organ-organ lain boleh diimbas dengan menggunakan kaedah tersebut serta fungsi organ yang tidak normal dapat diketahui dengan menggunakan bahan radiofarmaseutikal Positron Emission Tomography (PET).

Sinaran Radiofrekuensi dan Kesihatan

Sinaran radiofrekuensi adalah sebahagian daripada spektrum elektromagnet. Spektrum ini bermula daripada sinaran yang memiliki nilai frekuensi yang rendah (sebagai contoh gelombang radio), ke sinaran yang memiliki nilai frekuensi yang tinggi (sebagai contoh sinar-X).

Sinaran Mengion

Definisi Sinaran Sinaran adalah proses pemindahan tenaga kepada medium atau

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,670

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia