A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

MAMOGRAFI

Mamografi ialah pemeriksaan x-ray ke atas payudara sebagai salah satu langkah pengesanan awal bagi kanser payudara jika wujud tanda-tanda seperti ketumbuhan (Lump) dan kesakitan payudara (breast pain).

Pemeriksaan Mamografi

Mamografi ialah pemeriksaan x-ray ke atas payudara. Pemeriksaan ini dilakukan sebagai salah satu langkah pengesanan awal bagi kanser payudara.  Doktor yang merawat pesakit juga mungkin akan memohon pemeriksaan ini sekiranya pesakit mempunyai tanda-tanda penyakit yang berkaitan dengan payudara seperti ketumbuhan (Lump), kesakitan payudara (breast pain), nipple discharge dan changes of the nipple.

Gambar 1:  Imej Mammografi (www.gulfcoastobstetrics.com)  

Persiapan Pesakit Sebelum Mamografi

  • Juru X-Ray akan memberi tarikh temujanji untuk mamografi.
  • Temujanji dibuat untuk menentukan pesakit tidak mengandung semasa pemeriksaan dan tarikh dan masa adalah sesuai pada pesakit dan jabatan radiologi. Sekiranya anda mengandung, pemeriksaan mungkin akan ditangguhkan sehingga selepas bersalin.
  • Pada hari pemeriksaan dilakukan pesakit dilarang  memakai bedak atau minyak wangi di bahagian ketiak dan payudara. Sebelum pemeriksaan dijalankan, pesakit dikehendaki menukar pakaian ke pakaian hospital.

Bagaimana Mamografi Dilakukan

  • Pemeriksaan akan dilakukan oleh Juru X-ray wanita yang dilatih khas bagi menjalankan pemeriksaan ini menggunakan mesin khas..
  • Semasa pemeriksaan, payudara akan ditekan dan dimampatkan dengan alat khas. Ini dilakukan untuk memberi ketebalan yang sama rata pada payudara. Pesakit akan merasa sedikit kesakitan. Sila maklumkan kepada Juru X-ray sekiranya anda tidak tahan dengan kesakitan akibat tekanan tersebut.
  • Pemeriksaan ini biasanya akan dilakukan dengan pesakit berdiri menghadap mesin mammografi.

Gambar 2: Melakukan posisi (commons.wikimedia.org)

Laporan Radiologi akan dibuat oleh doktor pakar dalam bidang radiologi. Sekiranya perlu pakar radiologi akan melakukan pemeriksaan ultrasound ke atas pesakit setelah meneliti imej mamografi yang dihasilkan oleh Juru X-ray.

 

Semakan Akhir : 28 Februari 2014
Penulis : Barnabas Jampi Agan
Akreditor   Mohd Zin bin Yusof

Artikel Berkaitan

Perawatan Fisioterapi Bagi Terseliuh Buku Lali Kaki

Terseliuh buku lali merujuk kepada ligamen di sendi pergelangan kaki yang terkoyak/tercedera. Kecederaan am ini biasa berulang dengan kadar yang tinggi, akibat daripada mendarat di atas kaki plantarflexed dan terbalik.

Luka Tembakan : Rawatan Awal

Luka ini berpunca daripada kemasukan peluru atau lain-lain pelontar ke dalam tubuh badan yang menyebabkan kecederaan dalaman yang serius. Luka pada titik kemasukan peluru mungkin kecil dan bersih tetapi luka di dalam mungkin lebih serius serta lebih besar akibat peluru yang berselerak.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,524

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia