A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Kerja Sosial Perubatan
  6. /
  7. Sokongan Sosial Kepada Pesakit...

Sokongan Sosial Kepada Pesakit HIV / AIDS

Pengenalan

Pesakit yang menghidap sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) atau dijangkiti Virus Human Immunodeficiency Syndrome (HIV) adalah seperti juga insan lain yang bebas dari HIV / AIDS. HIV dan AIDS telah dikategorikan sebagai isu global yang boleh mengancam kesejahteraan manusia sejagat.

Sebahagian besar pesakit HIV / AIDS tidak memerlukan penjagaan atau rawatan rapi di hospital tetapi lebih banyak menghabiskan masa mereka bersama keluarga, komuniti mahupun masyarakat. Justeru itu, sokongan sosial adalah sangat penting bagi pesakit HIV / AIDS untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Kefahaman, sokongan dan penjagaan yang diberi dapat menyedarkan pesakit bahawa masih ada yang mengambil berat mengenai mereka sekaligus memberi harapan serta semangat untuk mereka meneruskan kehidupan.

Masalah Yang Dihadapi Pesakit HIV / AIDS

Masalah Yang Dihadapi Oleh Pesakit HIV / AIDS iaitu:

1. Stigma

Pesakit disisihkan oleh ahli keluarga, rakan mahupun jiran tetangga.

Terdapat juga pesakit yang diarahkan meninggalkan rumah keluarga kerana keluarga tidak sanggup dipulaukan oleh masyarakat.

2. Diskriminasi

Pesakit HIV / AIDS dihalang dari mendapat penjagaan dan rawatan yang sepatutnya. Mereka juga dihalang dari mendapatkan pendidikan atau menjalani kehidupan normal.

Di tempat kerja, majikan memberi pelbagai alasan untuk memberhentikan mereka atau tidak membenarkan mereka bekerja.

Selain Itu, Pesakit HIV / AIDS Turut Mengalami Masalah Berikut:

1. Masalah Emosi

  • Tekanan
  • Kebimbangan
  • Kecewa
  • Takut tidak diterima
  • Rendah diri
  • Kemurungan
  • Penafian                                               
  • Kesunyian

2. Masalah Keluarga

  • Kurang / tidak mendapat sokongan keluarga
  • Menjadi beban keluarga
  • Keluarga menjauhkan diri
  • Tanggungjawab menjaga pesakit secara berterusan dan menimbulkan konflik

3. Masalah Kewangan

  • Bebanan kos rawatan di hospital dan pengangkutan
  •  Tidak mampu membeli peralatan perubatan yang diperlukan (jika ada)
  •  Tidak mampu menyara keluarga – sara hidup / persekolahan anak

4. Masalah Kefungsian Diri

5. Masalah Perhubungan

6. Masalah Psikologi Dan Emosi

Sokongan Sosial Yang Diterima

  • Sokongan professional contoh; pakar perubatan, pakar psikiatri
  • Sokongan keluarga
  • Sokongan komuniti

Kriteria Pesakit Yang Layak Menerima Bantuan

Jenis-Jenis Bantuan Kepada Pesakit

Terdapat Dua Jenis Bantuan Yang Boleh Diberikan Kepada Pesakit HIV / AIDS Iaitu:

1. Terapi sokongan

 Terapi sokongan melibatkan;

      • Sokongan emosi / motivasi / khidmat nasihat dan perundingan
      • Intervensi Krisis
      • Kaunseling individu / keluarga

2. Bantuan Praktik

 Bantuan praktik melibatkan;    

      • Bantuan kewangan segera
      • Bantuan peralatan perubatan
      • Bantuan implan / prostesis
      • Mengesan waris
      • Penempatan di Institusi Kebajikan

Prosedur Mendapatkan Bantuan

Sila rujuk kepada Pegawai Perubatan / Pakar Perubatan yang merawat di hospital.

Sumber-Sumber Bantuan

Terdapat beberapa sumber bantuan yang terdapat di Malaysia, antaranya:

  1. Yayasan Aids Malaysia
  2. Malaysian AIDS Foundation Paediatric AIDS Scheme
  3. Jabatan Kebajikan Masyarakat
  4. Yayasan Kebajikan Negara
  5. Baitulmal / Pusat Zakat / Pejabat Agama
  6. Persatuan Pemeliharaan dan Penyaraan Kanak-kanak / Malaysia Assosiation Children Aids Support (MACAS)
  7. Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia
  8. Badan Bukan Kerajaan (NGO)
  9. Institusi kebajikan untuk pesakit HIV / AIDS

Rujukan

  1. http://www.ptfmalaysia.org
  2. http://www.mac.org.my/v3/
Semakan Akhir : 31 Januari 2017
Penulis : Pn. Rosalina Binti Sabirin
Akreditor : Dr. Rosanida Binti Anang

Artikel Berkaitan

MRI JANTUNG

Apa Itu Pemeriksaan MRI Jantung? Magnetic Resonance Imaging- MRI Jantung

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,051,377

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia