A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiasi
  6. /
  7. Panduan Keselamatan Sinaran Bagi...

Panduan Keselamatan Sinaran Bagi Rawatan Menggunakan Radioaktif

Pengenalan

Rawatan menggunakan bahan radioaktif adalah merupakan salah satu kaedah rawatan yang sering digunakan bagi merawat penyakit berkaitan kanser dan juga bagi pengurusan paliatif bagi pesakit kanser. Secara umumnya, bahan radioaktif tersebut akan diberikan kepada pesakit melalui oral atau suntikan intravena, tetapi dalam keadaan tertentu bahan radioaktif akan dimasukkan pada rongga badan. Contoh rawatan yang menggunakan bahan radioaktif ialah bagi merawat penyakit berkaitan hipertiroid atau kanser tiroid dengan menggunakan 131I, manakala 89Sr dan 32P digunakan sebagai rawatan paliatif untuk metastasis tulang. Pemilihan utama penggunaan bahan radioaktif yang digunakan dalam kaedah terapi dalam perubatan adalah unsur yang memancarkan zarah beta, dimana jarak penembusan pada tisu adalah rendah, tempoh separuh hayat yang sesuai serta tindakbalas biokimia yang sesuai. Tempoh separuh hayat yang ideal adalah antara beberapa jam sehingga beberapa hari. Zarah beta dipancarkan harus mempunyai pemindahan tenaga yang sesuai pada pelbagai tisu. Jika bahan radioaktif tersebut pada masa yang sama memancarkan sinar gamma dan atau cirian sinar-X maka pengimejan perubatan nuklear boleh diperolehi. Pemancar zarah beta, dengan sifat penembusan tisu yang lebih rendah secara tidak langsung telah mendepositkan semua tenaga secara maksimum di dalam pesakit dan memusnahkan sel kanser yang dikenalpasti, disamping itu juga kemusnahan sel yang sihat adalah rendah. Asas bagi rawatan radioaktif yang berkesan ialah bergantung kepada keaktifan radioaktif yang diberikan serta pengekalan berpanjangan bahan tersebut dalam sel kanser.

Dari sudut keselamatan sinaran mengion, pancaran beta adalah terhad didalam tubuh badan pesakit sahaja dan jumlah radiasi yang keluar dari badan pesakit adalah minimum kepada orang ramai.

Jenis Bahan Radioaktif Yang Digunakan dalam Rawatan

Terdapat pelbagai jenis radioaktif yang biasa digunakan dalam merawat pesakit dalam bidang perubatan nuklear seperti yang paparkan dalam Jadual.1. Secara am, radioaktiviti yang akan diberi kepada pesakit adalah berbeza-beza bergantung kepada indikasi rawatan.

Jadual 1: Radioaktif yang digunakan dalam rawatan.

Radioaktif Tempoh Separuh hayat Pancaran

Tenaga ? mak/purata
(MeV)

32P 14.3 hari ? 1.71/0.695
90Y 2.67 hari ? 2.28/0.935
125 I 60.0 hari Auger
131 I 8.04 hari ?? 0.61/0.20
153Sm 1.95 hari ?? 0.81/0.225
177Lu 6.71 hari ?? 0.497
186Re 3.77 hari ?? 1.08/0.35
188Re 19.96 jam ?? 2.1

Sumber : IAEA, 2009

Prinsip Asas Keselamatan Sinaran

Nasihat dari Segi Keselamatan Sinaran Sebelum Menjalani rawatan

Secara umumnya, rawatan menggunakan bahan radioaktif hanya akan dilakukan di pusat perubatan yang mempunyai kemudahan dan kepakaran berkaitan perubatan nuklear sahaja. Para pesakit wanita yang akan menjalani rawatan menggunakan bahan radioaktif mestilah dipastikan status kehamilan sebelum sesuatu rawatan dijalankan, kerana dikuathiri bahan radioaktif tersebut akan menggangu proses perkembangan janin.

Setiap pesakit yang akan menjalani rawatan menggunakan bahan radioaktif akan diberikan maklumat yang secukupnya oleh pegawai yang berkaitan;

  1. jenis radioaktif dan kuantiti yang digunakan semasa menjalani rawatan
  2. tempoh serta tarikh rawatan yang akan dijalankan
  3. nasihat berkaitan keselamatan sinaran semasa menjalani rawatan
  4. nasihat tambahan berkaitan keselamatan sinaran selepas menjalani rawatan

Pendedahan sinaran mengion kepada orang lain daripada pesakit yang telah menerima rawatan radioaktif boleh berlaku dengan cara yang berikut:

  1. pancaran sinaran gamma keluar dari badan pesakit ke persekitaran
  2. pencemaran dalaman akibat bahan kumuhan atau hembusan
  3. radioaktif dari pesakit

Nasihat dari Segi Keselamatan Sinaran Semasa Menjalani Rawatan

  • Rawatan khusus 131I

    Pesakit yang menjalani rawatan 131I melebihi 1100 MBq hendaklah tinggal di bilik khas yang disediakan di hospital atas tujuan keselamatan sinaran mengion. Jika pesakit menerima 131I kurang daripada 1100 MBq pesakit tidak perlu tinggal di bilik khas tetapi perlu mematuhi Nasihat dari Segi Keselamatan Sinaran Selepas Menjalani rawatan. Tempoh tinggal pesakit adalah 2-5 hari bergantung kepada beberapa faktor termasuk kemudahan bilik khas serta tahap kesihatan pesakit.

    1. Gunakan pakaian yang disediakan
    2. Bagi penggunaan tandas, pam 2-3 kali setelah selesai menggunakannya.
    3. Jika berasa ingin muntah, muntah di mangkuk tandas, dan pam 2-3 kali
    4. Jika pesakit muntah dan terkena pada pakaian, segera bersihkan sisa muntah di tandas dan asingkan pakaian yang terkena muntah itu.
    5. Sebelum discaj, masukkan pakaian, cadar dan sarung bantal yang telah digunakan ke dalam bakul linen untuk proses pengasingan pakaian tercemar radiasi.
    6. Pesakit digalakkan menukar pakaian baru setiap kali selepas mandi.

     

  • Bagi radioaktif 89Sr, 90Y, 177Lu, 153Sm atau 188Re.

    Bahan kumuhan dari dalam badan pesakit haruslah diuruskan dengan mematuhi prinsip keselamatan sinaran sinaran seperti;

    1. Bagi penggunaan tandas pam 2-3 kali setelah selesai menggunakannya.
    2. Pesakit yang menjalani rawatan tersebut dikehendaki tinggal di hospital dalam masa satu hingga dua hari bergantung kepada keadaan pesakit.

Nasihat dari Segi Keselamatan Sinaran Selepas Menjalani rawatan

Secara umumnya bagi meminimumkan kesan sinaran radiasi daripada pesakit, disertakan beberapa cadangan dan panduan pesakit yang menjalani rawatan bagi pemancar gamma 131I (3-5 hari selepas pulang dari menjalani rawatan bergantung kepada jumlah radioaktif yang diambil oleh pesakit).

  1. Pesakit dinasihatkan untuk memandu sendiri ketika pulang (jika datang bersendirian)
  2. Jika dijemput, hendaklah duduk di bahagian belakang sebelah kiri pemandu (jarak paling jauh)
  3. Pesakit di nasihati memberitahu ahli keluarga agar hanya seorang sahaja yang datang menjemput pesakit selepas menerima rawatan
  4. Jika menaiki pengangkutan awam, di sarankan untuk mengambil tempat atau jarak paling jauh daripada penumpang lain
  5. Pesakit boleh mengamalkan normal diet ketika berada di rumah.
  6. Disarankan untuk minum air putih dalam kuantiti yang banyak agar dapat mengeluarkan sisa 131I yang wujud di dalam badan
  7. Gunakan bilik air yang berasingan jika ada
  8. Pam dan siram tandas 2-3 kali selepas digunakan
  9. Tidak digalakkan bersentuhan (berdekatan) dengan bayi, kanak-kanak dan wanita mengandung
  10. Jarak yang sesuai berkomunikasi adalah lebih dari satu meter
  11. Tidur berasingan
  12. Elakkan hadir ke majlis/tempat orang ramai

Pesakit wanita dinasihatkan untuk tidak mengandung dalam tempoh tertentu bergantung kepada bahan radioaktif yang digunakan.

Rujukan

  1. https://rpop.iaea.org/RPOP/RPoP/Content/InformationFor/HealthProfessionals/3_NuclearMedicine/TherapeuticNuclearMedicine/Therapeutic_nuclear_medicine_-_specific_therapies.htm#NM_SpecTherFAQ10
  2. http://hps.org/publicinformation/ate/faqs/nuclearmedicinetherapy.html
  3. Luster, M. et al., 2007. Thyroid cancer in childhood: management strategy, including dosimetry and long-term results. Hormones (Athens, Greece), 6(4), pp.269–278.
  4. Release Of Patients After Radionuclide Therapy (Safety Reports Series No. 63), IAEA, 2009
Semakan Akhir : 07 Mac 2016
Penulis : Mohamad Aminudin bin Said
Akreditor : Nik Mohamad Hazmi bin Nik Hussain

Artikel Berkaitan

Apakah Dosimetri Iodin 124 (I-124)?

Dosimetri adalah pendekatan terbaik untuk menilai dos optimum Iodin 131 (I-131)bagi pesakit yang menghidap penyakit kanser tiroid. Kaedah penilaian ini biasanya digunakan untuk pesakit menerima I- 131 lebih daripada 7.4 GBq. Pada dasarnya, I-124 mempunyai sifat yang hampirsama dengan I-131, tetapi mempunyai kelebihan di dalam pengimejan tumor. I-124 adalah bahan radionuklid digunakan untuk melihat keadaan tumor tiroid yang berada di dalam badan pesakit.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,709

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia