A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Fisioterapi
  6. /
  7. Remaja
  8. /
  9. Perawatan Fisioterapi untuk Flat...

Perawatan Fisioterapi untuk Flat Foot / Pes Planus

Sekiranya perawatan biasa tidak menyelesaikan masalah flat foot, pembedahan mungkin akan disarankan. Ini tertakluk kepada penyebab flat foot

Apa Itu Flat Foot / Pes Planus?

Kebanyakan orang mempunyai lengkuk di bawah tapak kaki apabila mereka berdiri. Lengkuk di bahagian sisi dalam kaki lebih melengkung. Mereka dengan tapak kaki yang rata atau lengkuk yang rata samada tiada lengkungan atau lengkuk yang rendah. Bagi mereka yang mempunyai lengkuk yang rata akan terlebih berpijak pada sisi dalam kaki semasa berdiri atau berjalan, yang dikenali sebagai overpronation. Kaki boleh terarah ke luar.

Biasanya, tendon di kaki akan terkumpul bersama dengan jumlah yang betul bagi mengekalkan lengkuk apabila berdiri membolehkan pengagihan berat badan yang sekata, tetapi bagi mereka dengan kaki rata, tendon tidak tertarik bersama-sama dengan betul menyebabkan sedikit atau tiada bagi lengkuk dan berat badan juga akan dipindahkan ke sisi dalam kaki.

Individu dengan tapak kaki rata samada satu atau kedua-dua kaki boleh menjadi rata di atas tanah, dan kasut yang dipakai tidak sekata, terutamanya di sebelah kaki, atau mereka boleh haus lebih cepat daripada biasa.

 
Sumber :  http://www.myfootclinic.com/flat-foot
 

Berat badan yang dipindahkan ke bahagian  sisi dalam kaki

Sumber :  https://www.footeducation.com 

Apakah punca-punca Flat Foot dan lengkuk yang jatuh (fallen Arch)?

Punca Flat Foot termasuk:

  • kecenderungan untuk mewarisi Flat Foot
  • masalah dengan proses tumbesaran tulang kaki sebelum kelahiran
  • tisu longgar dari keadaan normal seperti sindrom sendi yang hipermobiliti
  • masalah saraf atau otot seperti palsi serebral
  • kerosakan atau kecederaan kepada tisu konektif yang disebabkan oleh penuaan, penggunaan berlebihan, kecederaan, obesiti, artritis reumatoid atau memakai kasut yang tidak menyokong kaki sebaiknya.

Faktor-faktor lain yang boleh meningkatkan risiko termasuk:

  • Obesiti
  • Diabetes
  • Penuaan
  • Kehamilan

Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala Flat Foot dan lengkuk jatuh?

Flat Foot mungkin tidak menyebabkan apa-apa masalah bagi sesetengah orang, tetapi gejala-gejala termasuklah:

  • Sakit kaki dan buku lali, tungkai kaki, lutut, pinggul atau sakit belakang
  • Kaki menunjuk ke arah luar (overpronation) yang membawa kepada kecederaan dan kasut akan haus lebih awal daripada yang dijangkakan
  • Kelemahan, kebas atau kaki menjadi kaku.

Apakah diagnosis untuk Flat Foot dan lengkuk yang jatuh?

Seorang doktor akan mendiagnosis Flat Foot berdasarkan gejala, sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal.

Rujukan boleh dibuat kepada podiatris (pakar kaki) atau pakar bedah ortopedik untuk mengesahkan diagnosis dan mempertimbangkan rawatan yang mungkin.

Ujian lanjut boleh dijalankan, termasuk:

  • pemeriksaan kehausan tapak kasut
  • pemeriksaan semasa berdiri dan berdiri di hujung jari kaki dilakukan
  • X-ray atau imbasan MRI kaki.

Komplikasi Flat Foot atau lengkuk jatuh.

Contoh termasuk:

  • Tendinitis Achilles
  • Arthritis di pergelangan kaki atau buku lali
  • Arthritis di kaki
  • Bunions
  • Hammertoes
  • Fasciitis Plantar, di mana kesakitan dan keradangan berlaku di ligamen di tapak kaki
  • Posterior tibial tendinitis
  • Shin splinths

Pembedahan untuk flat foot dan lengkuk rata.

Sekiranya perawatan biasa tidak menyelesaikan masalah flat foot, pembedahan mungkin akan disarankan. Ini tertakluk kepada penyebab flat foot dan juga keadaan serta situasi individu tersebut.

Pembedahan atau prosedur termasuklah mengasing atau meluruskan tulang yang tidak dalam keadaan normal.

Pembaikan atau memanjangkan tisu-tisu konektif yang terlibat mungkin akan di pertimbangkan.

Mencegah flat foot

Flat foot bukannya selalu boleh dicegah, tetapi sentiasa dalam kesihatan yang baik dan keupayan untuk memilih kasut yang sesuai untuk dipakai boleh membantu untuk menggelak masalah ini dari berlaku.

Bagaimana Fisioterapi boleh membantu?

Fisioterapi boleh membantu untuk: 

  • Mengembalikan pergerakan / mobiliti pada kaki yang terlibat 
  • Menguatkan otot-otot sekeliling
  • Mengembalikan pengawalan pada kaki dan juga pergelangan kaki

Rawatan dimulakan dengan rawatan mengurangkan sakit dengan menggunakan pack ice yang dibalut dalam tuala lembab dan diletakkan diatas kaki selama 10-15 minit. Rawatan ini boleh mengurangkan kesakitan kaki. Sesetengah pesakit lebih suka rawatan haba lembap untuk melegakan sakit.

Rawatan apakah yang dijalankan oleh Fisioterapi ke atas Flat Foot / Pes Planus?

1.     Modaliti untuk mengurangkan sakit.

Rawatan haba atau sejuk digunakan untuk relaksasi dan mengurangkan sakit. Rawatan ais dinasihati digunakan setiap kali selepas melakukan senaman atau aktiviti yang membebankan. Stimulasi electrical dengan mesin TENS atau Interferrential pula akan dapat mengurangkan sakit, mengawal keradangan serta melancarkan pengaliran darah yang seterusnya dapat mempercepatkan proses pemulihan.

2.       Senaman

Kestabilan sendi pergelangan kaki bergantung pada otot-otot yang kuat pada sekelilingnya. Adalah sangat penting untuk memulihkan dan menguatkan otot-otot tersebut. Senaman Fisioterapi akan mengurangkan ketidakselesaan kaki serta memulihkan kefungsian kaki tersebut. Rasa sedikit ketidakselesaan atau sengal-sengal apabila melakukan senaman adalah perkara biasa.

 

Fig.1. Latihan kaki mencakar: Jari kaki membengkok sepenuhnya; tahan dalam posisi ini dan kemudian lepaskan. Luruskan jejari sepenuhnya. Ulang senaman 10-15 kali, 3 kali sehari.

Fig.1. Sumber: http://www.medicalcrafters.com/id78.html

   
Fig.2. Senaman menguatkan lengkuk:  Duduk dan silang kaki yang terlibat  ke atas paha yang lain. Balut ‘band’ atau getah di sekeliling kaki anda. Dengan tangan anda, naikkan kaki anda ke atas. Turunkan kaki kembali ke kedudukan permulaan perlahan-lahan sambil menahan  tarikan band. Ulang 10-15 kali, 3x setiap hari
Fig.2. Sumber : http://www.medicalcrafters.com/id78.html

Fig. 3. Senaman bukaan jemari: Buka jari jemari sepenuhnya, tahan pada posisi ini dan kemudian lepaskan. Ulang 10 15 kali.

Fig.4 Senaman berjalan dengan tumit

Fig.3. Sumber : https://houstonfootankle.com/2016/09/five-exercises-for-fit-feet/

Fig.4. Sumber: https://www.thecoachsmith.com/balance-strength-exercises/

 

Fig 5 :  (A) Lurus dan tegakkan jejari kaki 

(B) Bengkok jejari sepenuhnya seperti satu genggaman. Ulang 10-15 kali, 3 kali sehari

Fig.5. Sumber : http://www.sciencedirect.com/topics/page/Flexor_digitorum_longus_muscle
Fig. 6. Senaman berjalan atas jejari kaki
Fig.6. Sumber: https://runnersconnect.net/posterior-tibial-tendonitis/

Fig.7. Berdiri pada tangga, letakkan hanya bahagian depan kaki anda di atasnya. Turunkan tumit anda sehingga anda rasa regangan di betis anda. Tahan dalam kedudukan itu dan kemudian lepaskan. Ulang 10-15 kali, 3x setiap hari

Fig.8:  Senaman gengaman : Jari-jemari kaki mencengkam untuk mengambil guli. Ulang 10-15 kali, 3 kali setiap hari

Fig.7. Sumber: http://www.webmd.com/fitness-exercise/stretch-plantar-fascia-and-calf

Fig.8. Sumber: http://runnerclick.com/plantar-fasciitis-exercises/

Contoh : Sokongan untuk Flat Foot / Lengkuk jatuh

Sumber : https://www.pinterest.com/fallen arch                    

 Sumber: http://bestwalkingfeet.com/good-shoes-for-flat-feet/insoles-and-inserts/

Uji Diri Anda untuk Flat Foot

Anda boleh menguji diri anda untuk mengetahui sama ada lengkuk kaki anda telah jatuh (fallen arches) atau Flat Foot. Ikuti tiga langkah dibawah:

  1. Basahkan kaki anda
  2. Berdiri di atas permukaan yang rata di mana kesan tapak kaki anda dapat ditunjukkan, seperti atas laluan pejalan kaki konkrit.
  3. Langkah ke tepi dan lihat kesan tapak kaki. Jika anda melihat kesan tapak kaki yang penuh pada permukaan tadi, maka anda mungkin mempunyai Flat Foot.
 
 Sumber : https://footcareguru.com/best-shoes-for-flat-feet/

Ramai kanak-kanak mempunyai Flat Foot, keadaan ini yang disebut Flat Foot fleksibel. Apabila kanak-kanak berdiri, kaki kelihatan rata. Tetapi apabila kanak-kanak menjingkit, lengkuk kaki akan sedikit kelihatan. Dalam kebanyakan kes, setelah kanak-kanak membesar, lengkuk ini akan terbentuk.

Sumber Rujukan

  1. The British Orthopaedic Foot and Ankle Society: Flat feet.
  2. American Academy of Orthopaedic Surgeons: “Adult (Acquired) Flatfoot,” “Flexible Flatfoot in Children,” “Posterior Tibial Tendon Dysfunction” and “Rheumatoid Arthritis of the Foot and Ankle.”
  3. Snyder, K. Medscape/Applied Radiology Online: “Flat Feet.”
  4. eMedcine: “Acquired Flatfoot.”
  5. Matthew Buchanan, MD, Orthopedic Foot and Ankle Surgery, American Academy of Orthopaedic Surgeons
  6. WebMD Medical Reference Reviewed by David T. Derrer, MD

Sumber gambar

  1. http://www.myfootclinic.com/flat-foot / Retrieved May 21, 2017
  2. https://www.footeducation.com / Retrived May 21, 2017
  3. http://www.medicalcrafters.com/id78.html / Retrived May 21, 2017
  4. https://footcareguru.com/best-shoes-for-flat-feet/Retrived May 21, 2017
  5. https://houstonfootankle.com/2016/09/five-exercises-for-fit-feet/ Retrived May 22,2017
  6. https://www.thecoachsmith.com/balance-strength-exercises/ Retrived May 22,2017
  7. http://www.sciencedirect.com/topics/page/Flexor_digitorum_longus_muscle/ Retrived May 23, 2017
  1. http://www.webmd.com/fitness-exercise/stretch-plantar-fascia-and-calf/ Retrived May 24, 2017
  2. http://runnerclick.com/plantar-fasciitis-exercises/ Retrived May 24, 2017
  3. https://www.pinterest.com/fallen arch / Retrived May 24, 2017
  4. http://bestwalkingfeet.com/good- shoes-for-flat-feet/insoles-and-inserts/Retrived May 24, 2017
  5. https://runnersconnect.net/posterior-tibial-tendonitis/ Retrived May 25, 2017
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Halimah bt. Hashim
Akreditor : Se To Phui Lin
Penyemak : Halimah bt. Hashim

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,053,197

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia