A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Kecemasan
  6. /
  7. Luka Tembakan : Rawatan...

Luka Tembakan : Rawatan Awal

Luka ini berpunca daripada kemasukan peluru atau lain-lain pelontar ke dalam tubuh badan yang menyebabkan kecederaan dalaman yang serius. Luka pada titik kemasukan peluru mungkin kecil dan bersih tetapi luka di dalam mungkin lebih serius serta lebih besar akibat peluru yang berselerak.

Pengenalan

Luka ini berpunca daripada kemasukan peluru atau lain-lain pelontar ke dalam tubuh badan yang menyebabkan kecederaan dalaman yang serius. Luka pada titik kemasukan peluru mungkin kecil dan bersih tetapi luka di dalam mungkin lebih serius serta lebih besar akibat peluru yang berselerak.

Rajah 1 : Kesan Luka Tembakan

Tanda/Gejala

Kecederaan tisu dan organ badan boleh dikesan berdasarkan tanda-tanda seperti perdarahan, kesakitan, lebam, bengkak, kebiruan atau pucat.

Komplikasi

Oleh kerana lukanya yang dalam, ia dapat mencederakan organ dalaman serta pendarahan yang teruk dan boleh mengancam nyawa mangsa. Kehilangan darah yang banyak dan jangkitan kuman boleh menyebabkan kematian.

Rawatan

Rawatan awal boleh dilakukan oleh mangsa sendiri atau dengan bantuan orang di sekeliling. Risiko kematian dapat dielakkan sekiranya langkah-langkah berikut dapat diambil dengan segera, seperti :

  • Bertenang atau tenangkan mangsa;
  • Tutup dengan membalut atau menampal dengan kain bersih pada lokasi luka tembakan supaya darah tidak keluar;
  • Jika berlaku kecederaan di bahagian tangan dan kaki, lakukan tekanan yang berterusan pada nadi untuk menahan darah daripada keluar dengan banyak. Tekanan hendaklah tidak melebihi 10 minit dan dilepaskan bagi membolehkan aliran darah ke organ atau anggota tubuh dapat dikembalikan. Jangan ikat anggota yang tercedera kerana ia boleh merosakkan tisu dan organ badan kerana tidak mendapat bekalan darah yang secukupnya;
  • Tinggikan anggota yang luka dari paras jantung untuk mengurangkan darah mengalir keluar;
  • Dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik atau hospital berdekatan atau hubungi talian 999.

Pencegahan

Ancaman terkena tembakan dapat dielakkan sekiranya perkara-perkara berikut diberi perhatian, antaranya :

  • Memakai baju kalis peluru apabila menjalankan operasi yang memerlukan penggunaan senjata api oleh anggota keselamatan/penguatkuasa.
  • Orang awam hendaklah menjauhi kawasan konflik.
  • Sentiasa peka dengan persekitaran.

Rehabilitasi

  • Pastikan tempat luka tembakan sentiasa bersih dan elak daripada menggunakan minyak atau bahan-bahan yang diragui kebersihannya.
  • Sentiasa bersihkan diri dan persekitaran tempat tinggal.
  • Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang khususnya dalam pengambilan protein.
  • Kawal paras gula terutamanya bagi mereka yang menghidap diabetes.
  • Pastikan kesihatan tubuh badan di tahap optima.
  • Lakukan rehabilitasi mengikut cadangan ahli terapi.

Rujukan

  1. Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Amin Zafri bin Abd Rahman
Akreditor : Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah
Penyemak : Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah

Artikel Berkaitan

Ruam Panas

Ruam panas juga dikenali sebagai ruam gatal berbintik kecil dan merah yang berlaku kepada bahagian kulit yang boleh menjadi tersangat gatal.

Kecederaan Mata

Kecederaan mata boleh mengakibatkan risiko kehilangan penglihatan, terutamanya yang melibatkan tusukan ke dalam mata serta kemasukan benda asing ke dalam bebola mata.

Digigit Anjing : Rawatan Awal

Air liur anjing boleh mengandungi kuman-kuman yang berbahaya seperti tetanus, rabies dan lain-lain lagi. Jika seseorang dijangkiti tetanus, ia boleh menyebabkan mengsa mengalami kekejangan otot dan boleh membawa maut. Begitu juga dengan rabies (penyakit anjing gila), jika tidak dirawat awal, risiko kematian adalah amat tinggi.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,052,850

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia