A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Penyebab Infertiliti Kepada Wanita

Penyebab Infertiliti Kepada Wanita

Pengenalan

Kehamilan berlaku apabila sperma dan ovum yang subur bertemu tiub fallopio dan seterusnya embrio yang terjadi tertanam di endometrium. Apa jua keadaan yang menganggu pada setiap proses ini akan menyebabkan infertiliti. Adalah di anggarkan 35 peratus disebabkan faktor lelaki, selebihnya 65 peratus faktor wanita dan sebahagiannya tidak diketahui.

Penyebab Yang Boleh Menyebabkan Infertiliti

  1. Masalah Pengovulan

    Penyebab utama yang mengakibatkan infertiliti adalah kerana tidak berlakunya pengovulan, iaitu ovari wanita tidak menghasilkan ovum atau pun ovum itu sendiri tidak subur. Terdapat lebih kurang 30 peratus wanita tidak subur disebabkan faktor pengovulan. Hal ini disebabkan oleh pelbagai masalah yang mengakibatkan ovari tidak dapat menghasilkan ovum yang subur untuk disenyawakan.

    • Sindrom ovari polisistik, adalah keadaan dimana ovari sangat sukar mengeluarkan ovum yang matang.
    • Fungsi hypothalamus dibahagian otak yang tidak sempurna, berfungsi untuk menghantar isyarat kepada kelenjar pituitari untuk menghasilkan hormon FSH dan LH bagi merangsang ovari untuk pematangan ovum.
    • Fungsi kelenjar pituitari yang tidak sempurna, bagi tujuan menghasilkan hormon FSH dan LH. Pengovulan oleh ovari akan terjejas jika hormon ini kurang atau berlebihan. Ianya boleh berlaku disebabkan kecederaan fizikal, ketumbuhan dan bahan kimia dipituitari yang tidak seimbang.
    • Masalah kelenjar tiroid samada hipertiroid atau hipotiroid bolih menghalang pengovulan.
    • Kegagalan ovari pramatang, di mana ovari tidak berfungsi sebelum umur 40 tahun.
    • Parutan di ovari di sebabkan kecederaan fizikal boleh menyebabkan pengovulan tidak berlaku. Contohnya di sebabkan oleh pembedahan berulangan sista di ovari, menyebabkan kapsul ovari tercedera dan menjadi parut, seterusnya folikel tidak boleh menjadi matang.
    • Sindrom kegagalan folikel pecah terjadi kepada wanita yang menghasilkan folikel yang normal, tetapi folikel gagal pecah untuk mengeluarkan ovum. Ini menyebabkan ovum masih dalam ovari jadi pengovulan tidak berlaku
       
  2. Tiub Falopio Tidak Berfungsi.

    Masalah tiub fallopio berlaku lebih kurang 25 peratus dari pasangan yang mempunyai masalah infertiliti. Penyebab utama kepada masalah tiub adalah:

    • Infeksi
      Boleh berlaku disebabkan oleh bakteria atau virus, biasanya dijangkiti semasa hubungan seks. Infeksi menyebabkan inflamasi seterusnya berakhir dengan parut dan kerosakan tiub. Contohnya adalah hidrosalpinks, keadaan dimana tiub tersumbat dan cairan terkumpul dalam tiub.
    • Penyakit Abdomen
    • Penyakit yang biasa berlaku adalah apendisitis dan colitis, menyebabkan inflamasi kepada kaviti abdomen, seterusnya member kesan kepada tiub fallopio dan menyebabkan parut dan tiub fallopio tersumbat.

    • Pembedahan Lalu
    • Merupakan punca utama kepada masalah dan kerosakan tiub fallopio. Pembedahan dibahagian pelvik dan abdomen boleh menyebabkan perekatan (adhesion) yang memberi kesan kepada tiub, seterusnya menghalang pergerakan ovum dalam tiub.

    • Kehamilan Ektopik
    • Kehamilan berlaku di tiub yang boleh menyebabkan kerosakan tiub.

    • Kelainan Kongenital
    • Adalah jarang berlaku, wanita mungkin dilahirkan dengan abnormal tiub, biasanya disertai dengan kelainan rahim.

  3. Endometriosis

    Lebih kurang 10 peratus pasangan yang mengalami masalah infertiliti disebabkan oleh endometriosis. Keadaan ini di sebabkan lapisan dalam rahim yang dipanggil endometrium tumbuh diluar kaviti rahim. Lapisan endometrium ini tidak sehaja berkedudukan pada rahim, tetapi juga di tiub fallopio, ovari,dan di peritoneum bahagian pelvis. Endometriosis boleh menyebabkan kerosakan kepada tiub fallopio atau tiub tersumbat juga menyebabkan kegagalan pengovulan.
     

  4. Faktor faktor tambahan
    1. Faktor faktor lain yang menyebabkan infertiliti kepada wanita
      • Fibroid submukosa yang yang terletak bersebelahan lapisan dalam rahim, boleh menghalang proses implantasi janin.
      • Kelainan kongenital kepada rahim,seperti rahim septet, boleh menyebabkan keguguran berulangan atau menghalang kehamilan.
      • Masalah mukus dibahagian servik. Mukus pada servik perlu kecairan tertentu dan jumlah yang mencukupi supaya seperma boleh berenang dengan mudah. Penyebab utama kepada kelainan mukus pada servik adalah ketidakseimbang hormon, samada terlalu kurang estrogen atau terlebih progesteron.
         
    2. Faktor-Faktor Tingkahlaku

      Sememangnya tabiat tertentu dan cara hidup mempengaruhi kesihatan: banyak faktor faktor ini menghalang keupayaan pasangan untuk hamil.

      • Pemakanan Dan Aktiviti Fizikal
        Kesempurnaan fungsi reproduktif bergantung juga kepada faktor pemakanan dan aktiviti fizikal. Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan mungkin mempunyai masalah untuk hamil.
         
      • Merokok
        Merokok semasa hamil, boleh meingkatkan risiko keguguran, lahir pramatang dan bayi lahir tidak cukup berat. Pasangan yang merokok samada suami atau isteri mengurangkan keupayaan untuk hamil, samaada secara semulajadi atau teknik bayi tabung uji (IVF).
         
      • Alkohol
        Pengambilan alkohol boleh meningkatkan kecacatan bayi semasa lahir dan sekiranya terlalu tinggi paras alkohol dalam darah ibu, boleh menyebabkan “fetal alcohol syndrome”.
         
      • Ubat Ubatan
        Kesan sampingan ubat ubatan yang diambil boleh mempengaruhi kesuburan. Ubat seperti anti-inflamasi bukan steroid (NSAIDS) seperti ibuprpfen atau aspirin menyebabkan kesukaran untuk hamil. NSAIDS ada berkaitan dengan sindrom kegagalan folikel pecah(luteinized unruptured follicles). Penggunaan ubat kemoterapi untuk rawatan kanser boleh menyebabkan kegagalan ovari. Kegagalan ovari kemungkinan ianya berkekalan. Ubat neuroleptik seperti antipsikotik untuk rawatan psikosis boleh menyebabkan ketiadaan haid dan seterusnya menyebabkan infertility. Penggunaan cocaine semasa hamil boleh menyebabkan kecacatan dan masalah buah pinggang kepada bayi.
         
    3. Faktor alam sekeliling dan pekerjaan

      Keupayaan untuk hamil juga boleh dipengaruhi oleh pendedahan kepada bahan toksin dan kimia ditempat kerja dan juga alam sekeliling. Bahan-bahan yang boleh menyebabkan mutasi, kelahiran cacat, keguguran, infertiliti juga dipanggil toksin reproduktif.

      • Plumbum (Lead)
        Pendedahan kepada bahan kimia ini telah terbukti mempunyai kesan negatif iaitu infertiliti kepada manusia. Ianya boleh menyebabkan kelainan sperma dan keguguran.
         
      • Bahan bahan rawatan
        Pendedahan yang berulangan kepada radiasi, termasuk x-ray biasa dan rawatan kemoterapi boleh menyebabkan terganggu pengeluaran sperma juga masalah ovari.
         
      • Ethylene Oxide
        Bahan kimia yang digunakan untuk sterilisasi peralatan pembedahan dan digunakan untuk pembuatan racun serangga, boleh menyebabkan kecacatan bayi dan keguguran semasa peringkat awal kehamilan.
         
      • Dibromochloropropane (DBCP)
        Mengendalikan bahan kimia yang terdapat dalam racun serangga seperti DBCP boleh menyebabkan masalah ovari, seterusnya menyebabkan masalah kesihatan seperti menopause awal, yang menyebabkan infertiliti.
Semakan Akhir : 1 September 2014
Penulis : Dr. Mohd. Nasir Tak b. Abdullah
Akreditor : Dr. Wan Abu Bakar b. Yusof

 

Artikel Berkaitan

D

Diabetes dan Puasa {jcomments off}

T

Teknik Penggunaan Inhaler Teknik Pernafasan Teknik Urut Leher Baru Tips

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,051,272

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia