A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Mata Merah Yang Menyakitkan

Mata yang merah menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan mata kita.

Description: C:UsersuserDesktopimage011.png

Mata yang merah menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan mata kita. Permukaan mata kelihatan merah disebabkan oleh saluran darah pada bahagian mata yang membesar dan bengkak. Tahap kemerahan tidak menggambarkan tahap keseriusan masalah. Tanda-tanda mata bermasalah adalah:

  • Penglihatan menjadi kabur
  • Rasa sakit pada mata
  • Rasa sakit apabila terdedah kepada cahaya (fotofobia)

Sekiranya mata anda merah dan sakit ini bermakna anda perlu mendapatkan nasihat doktor. Antara punca mata merah dan sakit adalah:

  • Ulser kornea
  • Uveitis
  • Glaukoma akut

Ulser kornea

Description: C:UsersuserDesktopcorneal ulcer.jpg

Ulser kornea adalah ulser yang berlaku pada selaput luar mata. Punca ulser kornea:

  • Jangkitan kuman.
  • Kecederaan yang disebabkan oleh benda asing dalam mata atau trauma pada kornea, contohnya calar.
  • Mata kering.
  • Alahan mata yang teruk.
  • Memakai kanta lekap terlalu lama terutamanya kanta lekap lembut (jika dipakai semalaman).

Uveitis

Description: C:UsersuserDesktopanterior-uveitis.jpg

Radang pada lapisan tengah mata yang dinamakan uvea. Punca uveitis termasuk:

  • Gangguan autoimun, contohnya radang sendi (artritis rheumatoid).
  • Jangkitan kuman.
  • Terdedah kepada toksin.

Dalam sesetengah kes, punca uveitis tidak diketahui.  

Acute glaucoma

Description: C:UsersuserDesktopangleclosure-glaucoma.jpg

Keadaan di mana tekanan dalam mata meningkat secara mendadak. Ini menyebabkan mata terasa sangat sakit, merah serta menjejaskan penglihatan. Keadaan seperti ini adalah serius dan memerlukan rawatan. Buta boleh berlaku jika keadaan ini tidak segera dirawat. Mata merah yang menyakitkan perlu diperiksa dengan segera untuk mendapatkan rawatan. Doktor akan memeriksa anda termasuklah menjalankan ujian penglihatan, dan menggunakan slitlamp untuk pemeriksaan mata anda. Rawatan akan diberikan berdasarkan punca masalah. Penglihatan boleh terjejas jika anda lewat mendapatkan rawatan. Rawatan awal boleh mengurangkan komplikasi dan menyelamatkan penglihatan anda.  

Rujukan

  1. http://eyesinfection.com/wp-content/uploads/2011/08/image011.png
  2. http://bestpractice.bmj.com/best-practice/monograph/561/resources/image/bp/4.html
  3. http://www.aao.org/theeyeshaveit/red-eye/anterior-uveitis.cfm
  4. http://www.aao.org/theeyeshaveit/red-eye/angleclosure-glaucoma.cfm
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Nazrila Hairizan bt. Nasir
Penterjemah : Pn. Noorhayati Kassim
Akreditor : Dr. Nik Rubiah bte. Nik Abdul Rashid
Penyemak : Dr. Nazhatussima bt. Suhaili

Artikel Berkaitan

Penglihatan Kabur

Apabila penglihatan kita menjadi kabur, ini bermakna penglihatan kita tidak lagi tajam sehingga kita tidak dapat melihat dengan jelas.

Mata Merah yang Tidak Menyakitkan

Mata yang merah biasanya akan menyebabkan kita bimbang kerana mungkin terdapat sesuatu yang tidak kena dengan mata kita. Permukaan mata kita kelihatan merah kerana saluran darah di dalam mata membengkak.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,732

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia