A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Ubat & Anda
  4. /
  5. Fakta Ubat
  6. /
  7. Ubat Anti-Keresahan

Ubat Anti-Keresahan

Pengenalan

  • Ubat antikeresahan ialah ubat preskripsi menenangkan pesakit yang mengalami keresahan yang terlampau, dan untuk merangsang tidur (sedatif atau alat bantu tidur).
  • Jenis ubat yang selalu digunakan ialah benzodiazepine.
  • Melegakan keresahan yang terlampau jika digunakan untuk tempoh yang singkat.

Ubat Preskripsi

Benzodiazepines

Ubat benzodiazepine yang sering digunakan untuk rawatan keresahan ialah:- Alprazolam (Xanax), Diazepam (Valium) and Lorazepam (Ativan).

Penggunaan benzodiazepine adalah lebih selamat berbanding barbiturat memandangkan potensi penyalahgunaan, kesan sampingan dan masalah interaksi benzodiazepine yang rendah. Kelebihan dos barbiturat adalah punca utama kematian. Dos barbiturat yang berlebihan adalah punca utama kematian.

Jangkamasa tindakan

Benzodiazepine terbahagi kepada beberapa kumpulan bergantung kepada jangkamasa tindakan.

    1. Jangkamasa pendek
      • Bertindak kurang dari enam jam
      • Kesan ubat yang berpanjangan adalah sedikit sekiranya diambil sebelum tidur, tetapi kesukaran tidur mungkin berulang dan menyebabkan keresahan di kala terjaga dari tidur.
      • Berkesan untuk mengatasi masalah kesukaran untuk tidur

 

    1. Jangkamasa sederhana
      • Bertindak selama 6-10 jam
      • Kesan ubat yang berpanjangan adalah sedikit
      • Kesukaran tidur yang berulang jarang berlaku

 

  1. Jangkamasa panjang (contohnya Lorazepam)
    • Kesan sedatif yang kuat dan berpanjangan
    • Pengumpulan ubat dalam badan boleh berlaku
    • Jangkamasa penyingkiran ubat berbeza di antara individu terutamanya warga emas
    • Lebih berkesan untuk membantu keresahan berbanding mengatasi masalah kesukaran tidur.

Alprazolam

Lebih berkesan sebagai anti-keresahan berbanding digunakan sebagai ubat tidur walaupun mempunyai jangka hayat pendek.

Lorazepam

Berpotensi untuk memudaratkan lagi keadaan lupa dan keliru.

Bukan pilihan terbaik untuk kegunaan jangka panjang bagi warga emas disebabkan kesan pelupa

Mungkin pilihan terbaik untuk rawatan jangka pendek bagi pesakit muda yang tidak mengambil minuman beralkohol memandangkan ubat ini kurang memberikan kesan sedatif.

Kesan sampingan

  • Mengantuk, koordinasi otot tidak seragam, kekeliruan, gayat, dan gangguan pertimbangan adalah kesan sampingan yang biasa dialami.
  • Benzodiazepine mungkin mengganggu keupayaan untuk memandu dan mengendalikan jentera. Kesan gangguan ini semakin buruk sekiranya diambil bersama dengan minuman beralkohol memandangkan kedua-duanya bertindak pada sistem saraf pusat.
  • Pengambilan benzodiazepin bersama alkohol boleh menyebabkan kematian.
  • Kesan ubat benzodiazepine jangkamasa panjang juga boleh berpanjangan sehingga keesokan harinya.
  • Penggunaan benzodiazepine yang berpanjangan boleh menyebabkan masalah keresahan yang dialami lebih teruk samada orang itu mempunyai sejarah psikiatrik atau tidak.

Kesan Mudarat

2 jenis kesan mudarat mungkin berlaku disebabkan penggunaan berpanjangan ubat anti keresahan:

  1. Kesan kebergantungan
    • Ubat ini boleh menyebabkan kesan kebergantungan sekiranya diambil secara berterusan selama 2 minggu.
  2. Kesan gian
    • Pemberhentian mendadak pengambilan ubat anti keresahan boleh mengakibatkan reaksi yang teruk dan berpotensi mengancam nyawa, seperti juga kesan gian dari alkohol menyebabkan kecelaruan.
    • Tempoh kesan gian di kalangan ubat berbeza-beza. Dalam tempoh 12 hingga 24 jam yang pertama, seseorang itu mungkin berasa cemas, gelisah, terketar-ketar dan lemah.
    • Sawan mungkin terjadi pada mereka yang mengambil dos yang tinggi. Kadang-kadang, sawan boleh berlaku 1 hingga 3 minggu selepas pemberhentian ubat.
    • Gejala gian benzodiazepine boleh berlaku bila-bila masa sehingga tempoh 3 minggu setelah pemberhentian ubat jangkamasa panjang, tetapi boleh berlaku dalam tempoh beberapa jam sahaja dengan ubat jangkamasa pendek.
    • Kesan-kesan lain yang boleh berlaku sewaktu pemberhentian ubat termasuklah penyahidratan, kecelaruan, tidak boleh tidur, kekeliruan, dan halusinasi (melihat atau mendengar tentang benda yang tiada disitu).

Langkah Berjaga-jaga

Jangan tingkatkan dos atau mengambil dos yang berlebihan daripada yang disarankan oleh doktor.

Walaupun kemungkinan kerosakan hati adalah kecil apabila ubat diambil pada dos yang telah disarankan, namun masih perlu dipertimbangkan pada setiap individu, terutama mereka yang mengambil ubat-ubatan lain termasuklah ubat penahan sakit dan/ atau alkohol

Arahan Khusus

  • Makan ubat bersama makanan atau susu sekiranya berlaku ketidakselesaan perut. Kesan toleransi ubat kurang berkesan terjadi dengan penggunaan yang berpanjangan.
  • Jangan berhenti mengambil ubat ini tanpa kebenaran doktor.
  • Dos ubat anda mungkin perlu direndahkan sekiranya anda telah mengambilnya untuk satu tempoh yang lama.

Maklumat Am

  • Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda mengenai sejarah pengubatan terutamanya penyakit hati atau ginjal, alahan ubat.
  • Alkohol atau jenis ubat sedatif lain akan mengakibatkan rasa amat mengantuk.
  • Hadkan pengambilan alkohol.
  • Warga emas adalah lebih sensitif terhadap kesan ubat ini. Guna dengan berhati-hati.
  • Ubat ini tidak disyorkan sewaktu hamil. Bincanglah dengan doktor anda mengenai risiko dan manfaat ubat ini.
  • Ubat ini mungkin meresap ke dalam susu badan, sila rujuk doktor anda sebelum menyusukan anak anda.

Kaedah Penyimpanan

  • Memandangkan ubat ini sering disalahgunakan, kaedah penyimpanannya perlu diberi lebih perhatian.
  • Jangan campur ubat ini dengan ubat-ubatan lain.
  • Simpan ditempat yang sejuk, kering dan jauh dari kanak-kanak.

 

Semakan akhir : 20 April 2012
Penulis : Kamariah Shamsinar bt. Kamarul Baharin
Penyemak : Rabi’ah bt. Mamat

 

Artikel Berkaitan

Fahami Label Sampul Ubat

Sebagai pengguna anda perlu membaca label ubat sebelum mengambil ubat seperti yang diarahkan. Penggunaan ubat yang betul mengikut arahan doktor dan nasihat ahli farmasi adalah penting bagi mendapatkan rawatan yang berkesan dan selamat. Label sampul ubat mengandungi maklumat penting berkenaan pengambilan ubat dengan betul dan selamat.

Radioiodin

Fakta Ubat Ubat radioiodin adalah elemen iodin dalam bentuk radioaktif.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,619

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia