A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sakit Kepala

Sakit kepala adalah masalah yang sering diadukan oleh remaja semasa mendapat rawatan di klinik-klinik. Apakah penyebab sakit kepala? Jangkitan kuman, sakit kepala akibat tekanan, migrain

Sakit kepala adalah masalah yang sering diadukan oleh remaja semasa mendapat rawatan di klinik-klinik.

Apakah penyebab sakit kepala?

  • Jangkitan kuman
  • Sakit kepala akibat tekanan
  • Migrain
  • Perdarahan dalam otak serta struktur sekeliling
  • Ketumbuhan dalam otak
  • Masalah gigi:
    • Gigi bengkak bernanah
    • Jangkitan gusi
  • Masalah mata:
    • Kepenatan pada otot sekeliling mata
  • Masalah telinga, hidung dan tekak:
  • Jangkitan pada sinus (Sinusitis)
  • Jangkitan dalam telinga
  • Masalah psikosomatik

Apakah penyebab sakit kepala yang biasa di kalangan remaja?

  • Migrain
  • Sakit kepala akibat tekanan

Apakah perbezaan antara sakit kepala akibat tekanan dan migrain?

Sejarah Pesakit Sakit kepala akibat tekanan Migrain
Sejarah Keluarga
  • Tiada
  • Mungkin ada
Ciri-ciri sakit
  • Sakit yang kurang jelas atau rasa tekanan yang mengganggu tapi tidak menyebabkan sakit yang kuat
  • Sakit yang amat sangat, menumbuk, berdenyut sehingga tidak dapat meneruskan kerja
Tempat sakit
  • Di kedua-dua belah kepala, dahi dan sisi dahi
  • Sebelah sahaja / kedua-dua belah kepala
Kekerapan Serangan
  • Berlaku hampir setiap hari
  • Menjadi lebih teruk pada waktu tengah hari/petang
  • Sekali-sekala,berulang
Faktor yang menyebabkan/memburukkan keadaan
  • Tekanan/stres
  • Tercicir waktu makan atau makan tidak mengikut waktu
  • Tekanan mental dan fizikal
  • Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan yang diperap
  • Cahaya silau dan pancaran matahari
  • Bau yang tidak biasa atau terlampau
  • Sebelum atau selepas haid
Simptom/ciri-ciri berkaitan
  • Ringan kepala, penat, sakit tengkuk, mahu kesempurnaan sentiasa
  • Rasa mual, muntah, cepat marah
Tanda-tanda sebelum berlaku sakit kepala (aura)
  • Tiada
  • Simptom berikut mungkin berlaku:
    • Pancaran kerlipan cahaya
    • Rasa mencucuk-cucuk
    • Rasa lemah
  • Masalah pertuturan atau bahasa

Bagaimana cara untuk merawat sakit kepala?

Cara rawatan
Sakit Kepala akibat tekanan
Migrain
Ubat-ubatan
  • Ubat penahan sakit
  • Ubat penahan sakit
  • Ubat penahan muntah
  • Ubat bagi mengurangkan berlakunya serangan yang kerap
Langkah-langkah lain
  • Baring dengan tenang
  • Tuam dengan ais
  • Urut bahagian tengkuk dan bahu
  • Tidur dalam bilik gelap dan sunyi
  • Tuam dengan ais di dahi
  • Jangan minum kopi, teh atau perahan limau
  • Jangan membaca atau menonton TV semasa sakit

Bagaimana cara untuk mencegah atau mengurangkan kekerapan serangan?

Cara rawatan
Sakit kepala akibat tekanan
Migrain
Modifikasi gaya hidup
  • Belajar bertenang
  • Bersikap realistik dalam kehidupan
  • Bersikap afektif
  • Belajar cara mengawal kemarahan
  • Kendalikan masa dengan baik
  • Elakkan faktor penyebab yang diketahui
  • Belajar cara mengendalikan tekanan dan relaks
  • Amalkan masa makan yang tetap, bersenam, jaga kebersihan dan tidur yang cukup

Apakah tanda-tanda bahaya sakit kepala?

Jika anda mempunyai simptom ini, jumpa doktor anda dengan segera:

  • Sakit kepala yang terjadi selepas kecederaan pada kepala
  • Sakit kepala diikuti dengan demam, muntah, tegang leher, kabur penglihatan serta lemah kaki atau tangan
  • Sakit kepala yang tidak hilang dengan ubat penahan sakit yang biasa
  • Sakit kepala semakin teruk apabila batuk, bersin atau meneran
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Salmiah Md. Sharif
Penyemak : Dr. Nazhatussima bt. Suhaili

Artikel Berkaitan

Sakit Belakang

Sakit belakang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang badan, biasanya di bahagian bawah belakang badan.

Matlamat Kehidupan

Proses untuk mencapai matlamat dapat membantu kita memilih dan memutuskan ke mana arah kehidupan kita.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,821,647

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-26 15:39:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia