A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Sejuk Beku Sperma

Sejuk Beku Sperma

Definisi

Sejuk beku sperma (biasanya dipanggil perbankan sperma) adalah prosedur pembekuan sel-sel sperma. Pembekuan sperma boleh dilakukan oleh lelaki yang ingin menyimpan sperma untuk kegunaan masa hadapan. Di Hospital Kuala Lumpur, sejuk beku sperma di lakukan untuk pesakit Onkologi,simpanan untuk pesakit yang ingin menjalani rawatan Assisted Reproductive Technology (ART) dan lelaki yang mengalami masalah oligosperma yang teruk (bilangan sperma kurang daripada 5×106/ml) yang ingin menjalani rawatan ART.

Latar Belakang

Pada tahun 1949, A.S. Parkes dan dua saintis British mengembangkan suatu kaedah menggunakan bahan yang agak pekat dikenali sebagai gliserol untuk melindungi air mani daripada tercedera semasa pembekuan. Proses ini terus dikembangkan pada tahun 1953 oleh Dr Jerome K. Sherman, seorang perintis Amerika dalam pembekuan sperma. Sherman memperkenalkan kaedah pembekuan sperma manusia menggunakan gliserol, dan menggunakan kaedah pembekuan sperma secara perlahan dan karbon dioksida pepejal digunakan sebagai bahan penyejuk. Sherman juga menunjukkan buat kali pertama bahawa sperma yang dibekukan, apabila dicairkan, dapat mensenyawakan oosit. Hasil daripada kajian tersebut, kehamilan pertama berjaya dicapai dengan menggunakan sperma yang dicairkan telah dilaporkan pada tahun yang sama. Pada tahun 1988, Dr. J.K. Sherman, menulis satu laporan yang diterbitkan oleh Persatuan Majlis Reproduktif dan Bank Tisu, Amerika mengatakan bahawa terdapat 500 kehamilan menggunakan sperma yang dicairkan.
Banyak rawatan perubatan, termasuk beberapa terapi kanser, menjejaskan kualiti sperma. Pesakit biasanya dirujuk oleh doktor ke Makmal Andrologi untuk sejuk beku sperma. Sejuk beku sperma membolehkan sperma digunakan pada masa hadapan dengan menggunakan rawatan kesuburan seperti Intra uterine insemination (IUI) atau In Vitro Fertilization (IVF) atau Intracytoplasmic sperm injection (ICSI). Sperma boleh dibekukan selama-lamanya. Mengikut laporan terdapat pesakit yang berjaya mencapai kehamilan dengan menggunakan sperma yang disimpan selama 22 tahun.

Metodologi

Kaunseling  akan diberikan kepada pesakit bagi menjelaskan Selepas menandatangani Perjanjian Persetujuan Penyimpanan Air mani.Pesakit perlu melakukan ujian saringan HIV, Hepatitis dan  penyakit kelamin (STD) . Terdapat dua kaedah yang digunakan untuk pembekuan air mani iaitu ‘Slow Freezing’ dan juga ‘Vitrification’. Slow freezing merupakan kaedah pembekuan air mani secara perlahan dan berkala mengikut program komputer (SPF) manakala Vitrification adalah kaedah pembekuan yang lebih cepat. Kaedah ‘Vitrification’ memberikan hasil yang lebih memuaskan dari segi survival dan pergerakan sperma selepas dicairkan berbanding kaedah ‘Slow freezing’ (Vutyavanich et al., 2010).
Sampel air mani yang telah dikumpulkan diletakkan pada suhu bilik untuk pencairan. Selepas pencairan, sampel air mani dianalisis untuk kepekatan sperma dan morfologi. Sampel air mani seterusnya dicampurkan dalam nisbah 1:1 dengan media pembekuan sperma yang membolehkan sperma bertahan semasa pembekuan. Campuran  antara air mani  dan media pembekuan sperma seterusnya dimasukkan kedalam bekas khas iaitu ‘Cryovials’. Media pembekuan sperma mengandungi‘cryoprotectant’.‘Cryoprotectant’ merupakan bahan kimia yang membantu mengeluarkan molekul air daripada sel sperma yang ingin dibekukan. Sekiranya molekul air tidak dikeluarkan daripada sperma, kristal ais akan terbentuk dari dalam sel yang menyebabkan sel sperma tersebut pecah dan mati. Sampel air mani seterusnya dibekukan secara perlahan dengan menggunakan wap cecair nitrogen sebelum di masukkan ke dalam bekas khas iaitu ‘Cryotank’ yang mengandungi cecair nitrogen sehingga diperlukan. Setiap cryovials akan dilabelkan dengan nama dan nombor pengenalan pesakit. Setiap langkah dalam prosedur pembekuan air mani akan di periksa dan disahkan oleh embryologis kanan ataupn andrologis.

Hasil

Prosedur pembekukan dan  pencairan menjejaskan Deoxyribonucleic asid ( DNA), morfologi, membrane integriti , dan survival sperma (Hammadeh et al., 2001). Kadar survival sperma selepas sejuk beku adalah berbeza bergantung kepada kualiti parameter air mani sebelum proses pembekuan. Jika salah satu parameter air mani di bawah 5 peratus daripada nilai rujukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, survival sperma selepas pencairan adalah rendah (Selene et al., 2013). Biasanya, selepas pencairan, bilangan sperma yang bergerak akan berkurangnan sebanyak 50% (Verheyen et al., 1993).

Gambar rajah: (A) Media pembekuan sperma. Mengandungi ‘Cryoprotectant’ (B) ‘Cryovials’ merupakan bekas khas mengandungi campuran air mani dan ‘Cryoprotectant’ (C) ‘Cryocane’ digunakan untuk memegang ‘Cryovials’ ketika penyimpanan (D) ‘Cryotank’ mengandungi cecair nitrogen digunakan untuk sejuk beku sperma.

 

Rujukan:

 

    •  Hammadeh M. E.,  Szarvasy D.,  Zeginiadou T.,  Rosenbaum P.,  Georg T., Schmidt W. Andrology:  Evaluation of Cryoinjury of Spermatozoa After Slow (Programmed Biological Freezer) or Rapid (Liquid Nitrogen Vapour) Freeze–Thawing Techniques. Journal of Assisted Reproduction and Genetics . 2001. Vol. 18, Issue 7, pp 364-370
    • Kiran P. Nallella, Rakesh K. Sharma,Shyam S. R. Allamaneni, Nabil Aziz,and Ashok Agarwal. Cryopreservation of human spermatozoa: comparison of two cryopreservation methods and three cryoprotectants. Fertility and Sterility. 2004. Vol. 82, No. 4.
    • World Health Organization. WHO Laboratory Manual For The Examination & Processing Of Human Semen. 2010. 5th Edn.271p.
  •  

     

     

     

     

    Semakan akhir : 10 Mac 2015
    Penulis : Krishnan a/l Kanniah
    Penyemak : Krishnan a/l Kanniah
    Akreditor : Dr.Kannappan a/l Palaniappan

     

    Artikel Berkaitan

    ALAMAT

    Bahagian Pendidikan Kesihatan,
    Kementerian Kesihatan Malaysia,
    Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
    Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62590 Putrajaya, Malaysia.

    TALIAN AM :   +603 8000 8000

    FAKS :   +603 8888 6200

    EMEL :   myhealth@moh.gov.my

    BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,533

    TARIKH AKHIR KEMASINI :
    2024-07-25 14:38:53
    IKUTI KAMI

    PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

    Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia