A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pengendalian Trauma dan Bencana

 Pengalaman yang dahsyat atau sakit disebabkan oleh kecederaan dan tekanan emosi.

Pengenalan

 

Kejadian-kejadian seperti bencana alam telah memberi kesan yang mendalam terhadap mangsa-mangsa. Kesan-kesan psikologi ini memberi kesan traumatik dan boleh menjejaskan emosi mangsa.

Situasi traumatik adalah satu peristiwa yang menyebabkan kecederaan terhadap fizikal, emosi, psikologi atau mental. Seseorang yang mengalami trauma mungkin akan merasa bimbang atau ketakutan. Dalam sesetengah kes mereka mungkin tidak tahu untuk memberi respon atau mungkin menafikan kejadian yang berlaku. Individu ini memerlukan bantuan dan masa untuk menyembuhkan diri di samping menstabilkan emosi dan mental.

 

Salah satucara yang berkesan untuk mengurangkan penderitaan terhadap trauma ini adalah dengan berjumpa dengan pegawai profesional seperti kaunselor.

 

Sumber: kampoengilmu.com

Definisi 

Kaunseling: Satu proses perhubungan antara klien dan kaunselor dalam menerima khidmat nasihat atau pertolongan yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.

Trauma / bencana: Pengalaman yang dahsyat atau sakit disebabkan oleh kecederaan dan tekanan emosi.

Punca

Trauma boleh terjadi daripada pelbagai situasi. Antara situasi tersebut adalah:

  1. Kematian ahli keluarga, kawan, atau haiwan kesayangan
  2. Perceraian
  3. Kecederaan
  4. Penyakit
  5. Peperangan
  6. Bencana alam
  7. Keganasan
  8. Berpindah ke tempat baru
  9. Ditinggalkan oleh ibubapa
  10. Menyaksikan kematian atau situasi traumatik yang lain
  11. Mangsa rogol
  12. Dipenjarakan

Kaunseling Psikologi trauma

Objektif:

  1. Untuk mengurangkan stress dan ketegangan
  2. Untuk mengurangkan kebimbangan dan tingkahlaku yang tidak diingini
  3. Untuk mengurangkan penderitaan emosi yang disebabkan oleh kejadian trauma tersebut

Reaksi psikologikal terhadap trauma

  1. Gangguan emosi
  2. Kecelaruan kognitif
  3. Hyperarousal
  4. Penderitaan fizikal

Tahap-tahap pemulihan

  1. Kesedaran mengenai kesan trauma
  2. Tahap kefungsian yang minima
  3. Penghindaran
  4. Penerimaan
  5. Ubah hala

Tips menangani trauma

Kajian menunjukkan kebanyakan orang mampu untuk kembali kepada keadaan asal selepas mengalami sesuatu tragedy. Ia.adalah normal bagi seseorang yang mengalami tekanan selepas bencana tetapi selepas beberapa bulan seseorang itu sudah mampu untuk berfungsi seperti sedia kala.

  1. Beri masa untuk menyesuaikan diri.
  2. Mendapatkan bantuan daripada seseorang yang mengambil berat dan memahami situasi yang anda hadapi.
  3. Meluahkan perasaan anda.
  4. Mendapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan yang diketuai oleh pakar yang terlatih.
  5. Mengamalkan cara hidup sihat.
  6. Mengekal dan menambah baik rutin harian.
  7. Mengelak daripada membuat keputusan besar.
Sumber: mercusuarnews.com

 

Rujukan:

  1. Kesihatan Mental – www.myhealth.gov.my
Last Reviewed :  31 Oktober 2017
Penterjemah :  Dr. Norizzati Bukhary Bt. Ismail Bukhary
Akreditor :  Dr. Zienna Zufida Bt. Zainol Rashid

Artikel Berkaitan

Chlamydia

Chlamydia adalah jangkitan bakteria yang kerapkali berlaku di Malaysia. Ia dikategorikan sebagai penyakit kelamin yang berjangkit melalui hubungan seks.

Enam Pek (Six Pack)

Membentuk otot bahagian perut (six-pack) adalah impian setiap remaja khususnya remaja lelaki. Ia dapat memberi kepuasan fizikal serta minda mereka.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,051,354

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia