A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Warga Emas
  4. /
  5. Penuaan Secara Sihat
  6. /
  7. Panduan Aktiviti Kefungsian Untuk...

Panduan Aktiviti Kefungsian Untuk Pesakit Dementia

Definisi Dementia Dan Gejala

Dementia atau nyanyuk adalah sindrom kemerosotan fungsi otak disebabkan kerosakkan otak secara berperingkat. Dementia juga merujuk kepada kemerosotan keupayaan kemahiran berfikir dan menganalisa serta boleh mengganggu aktiviti kehidupan harian yang biasa.

Antara gelaja dementia seperti:

  • Kemerosotan daya fikiran seperti mudah lupa, kemerosotan berfikir, bertutur, pemahaman dan penganalisaan informasi.
  • Keliru berkaitan individu, masa dan persekitaran.
  • Perubahan personaliti.
  • Mengelakkan diri dari menyertai aktiviti bersama atau aktiviti berkumpulan.
  • Mengelakkan diri dari melakukan pekerjaan seharian.

Panduan Aktiviti Untuk Pesakit Dementia

Setiap pesakit dementia mempunyai gejala utama yang berbeza dari pesakit yang lain. Secara berperingkat, mereka memerlukan bantuan dalam aktiviti asas kehidupan seharian. Aktiviti asas kehidupan adalah aktiviti penjagaan diri seharian. Ini termasuk aktiviti berjalan, aktiviti pemakaian baju, aktiviti makan dan aktiviti ke tandas.

Terdapat beberapa alat bantuan yang berbeza bergantung kepada tahap keterukkan pesakit. Kebolehan pesakit dementia akan merosot dan penjaga perlu belajar kaedah untuk membantu mereka seterusnya dapat memberikan kualiti hidup yang lebih baik.

Berikut adalah cadangan bantuan kepada pesakit dementia dalam aktiviti seharian. Ia dapat membantu mengekalkan dan meningkatkan tahap kefungsian harian mereka. Alat bantuan juga boleh digunakan untuk menyokong mereka bergerak dengan selamat dan membantu meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

 Aktiviti Berjalan

Alat bantuan berjalan bergantung kepada masalah motor, keseimbangan badan dan koordinasi pesakit. Terdapat beberapa alat bantuan yang berbeza bergantung kepada gejala dan tahap keterukkan pesakit.

  1. Tongkat – Memudahkan aktiviti berjalan.
  2. Walking frame – Membantu menstabilkan pesakit ketika berjalan bagi mengelakkan risiko jatuh.
  3. Kerusi Roda – Membantu pesakit yang mengalami masalah motor yang teruk dan boleh memberi risiko jatuh yang tinggi kepada pesakit apabila melakukan aktiviti berjalan terutama di luar rumah.

Tips untuk penjaga:

  • Pastikan persekitaran dalam pencahayaan mencukupi untuk mengelakkan kegelinciran dan bahaya jatuh.
  • Gunakan kasut yang selesa dan sesuai.
  • Kerusi bertangan juga membantu memudahkan pesakit untuk bangun dari posisi duduk.
  • Rancang perjalanan. Pastikan mereka tahu situasi perjalanan mereka. Contohnya, jarak perjalanan dan jenis struktur laluan.
  • Pastikan jalan yang dilalui selamat. Tiang susur tangan atau ‘Handrails’ dan penanda arah memudahkan mereka melaksanakan aktiviti ini.
  • Sensor (bunyi/lampu) boleh diletakkan di tepi katil pesakit. Ia memberi amaran bunyi apabila pesakit bergerak atau terjaga dari tidur. Ini dapat membantu pesakit mengejutkan penjaga untuk membantu mereka. Contohnya, berjalan ke tandas.
Tiang Susur Tangan Kerusi Bertangan

Aktiviti Pemakaian Baju

Membantu memudahkan mereka dalam aktiviti pemakaian baju adalah sangat penting. Ini kerana aktiviti pemakaian baju adalah bersifat personal dan memerlukan privasi atau kebersendirian. Dengan meningkatkan keberdikarian mereka, ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri dan mengurangkan gangguan emosi.

TAHAP DEMENTIA TAHAP BANTUAN
Ringan
  • Mengalakkan pesakit memilih pakaian sendiri.
  • Menggalakkan mereka memakai pakaian sendiri walau pun mengambil masa yang lama.
  • Memberi pertolongan jika perlu.
 Sederhana
  • Mengalakkan mereka memilih pakaian sendiri (pilihan yang terhad) dan menetapkan pilihan pakaian baju siang dan malam.
  • Menggalakkan mereka memakai pakaian sendiri.
  • Memberi pertolongan jika perlu
  • Sediakan pakaian yang selesa. Gantikan butang dengan Velcro untuk memudahkan pemakaian baju.
 Teruk
  • Memerlukan bantuan secara maksimum.
  • Membantu menyediakan dan menetapkan baju yang selesa dan mudah untuk dibasuh.
  • Berikan arahan dan teknik pemakaian baju yang ringkas dan jelas.
  • Menggalakkan mereka membantu semasa aktiviti pemakaian baju mereka.
Pelekat Velcro

Tips untuk penjaga:

  • Berikan pilihan baju secara terhad. Contohnya, dua pilihan baju untuk mengelakkan kekeliruan membuat keputusan.
  • Berikan arahan dalam langkah-langkah yang kecil. Boleh gunakan label atau gambar.
  • Berikan masa.
  • Persekitaran yang selesa. Pastikan pencahayaan yang mencukupi, sediakan kerusi bertangan jika mereka mempunyai masalah kerseimbangan badan.
  • Privasi adalah penting.
  • Mengingatkan mereka jika perlu ke tandas sebelum aktiviti pemakaian baju.

 Aktiviti Makan

Peningkatan tahap dementia boleh menyebabkan penurunan tumpuan dan koordinasi serta memerlukan bantuan dalam aktiviti makan. Ia penting untuk memberi sokongan dan bantuan yang diperlukan mengikut tahap keterukkan pesakit.

TAHAP DEMENTIA TAHAP BANTUAN
Ringan
  • Menggalakkan mereka melakukan aktiviti makan secara berdikari.
  • Memberi petunjuk masa dan galakkan mereka membantu dalam aktiviti penyediaan makanan.
  • Menyediakan alat bantuan makan seperti pemegang pekakas yang dibesarkan, jika perlu.
  • Membantu memotong daging atau sayur jika perlu.
Sederhana
  • Memerlukan bantuan secara sederhana.
  • Membantu dalam penyediaan makanan.
  • Menyediakan alat bantuan makan seperti alat bantuan khusus seperti pemegang pekakas yang dibesarkan, spill-proof cups dan plate guard.
  • Memantau aktiviti makan – dikhuatiri mereka terlupa menghabiskan makanan.
 Teruk
  •  Memerlukan bantuan maksima
  • Bantuan penuh semasa persediaan dan persiapan aktiviti makan
  • Menyediakan alat bantuan makan seperti alat bantuan khusus seperti pemegang pekakas yang dibesarkan, spill-proof cups dan plate guard
  • Memantau rapi aktiviti makan
  • Berikan masa bagi mereka untuk menghabiskan makanan
  • Menawarkan air secara berkala dan galakkan mereka meminum air selepas selesai aktiviti makan
  • Berbincang dengan doktor jika mereka tidak berselera untuk makan

 

     
 Spill-proof cups Plate guard Enlarged feeding utensils 

Tips untuk penjaga:

  • Menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti waktu makan. Mereka boleh membantu menyediakan makanan atau meletakkannya di atas meja.
  • Pastikan penglihatan yang jelas untuk mengenali makanan dan minuman.
  • Rupa dan bau makanan boleh merangsang selera makan seseorang. Gunakan pelbagai rasa, warna dan bau.
  • Jika seseorang mempunyai kesukaran mengunyah atau menelan, cuba makanan yang lembut, sebelum mempertimbangkan makanan puri. Jika seseorang itu menghadapi masalah dengan menelan, rujuk kepada doktor atau ahli terapi pertuturan.
  • Galakan positif dan peringatan lembut untuk makan boleh membantu.
  • Kurangnya tekanan pesakit dengan menyediakan suatu suasana makan yang tenang contohnya penggunaan musik yang lembut.
  • Warna makanan, pinggan dan meja perlu berbeza. Elakkan pinggan bercorak untuk mengurangkan kekeliruan.
  • Utamakan aktiviti makan dari kekemasan. Jangan bimbang tentang keadaan tidak bersih, ia lebih penting bagi seseorang makan daripada menjadi kemas.

Aktiviti di Tandas

Kesukaran untuk melaksanakan aktiviti di tandas dan masalah inkontinen adalah antara masalah pesakit dementia. Masalah ini boleh memberi kesan negatif kepada mereka dan orang di sekeliling mereka. Cadangan bantuan di bawah boleh membantu memudahkan aktiviti ini.

TAHAP DEMENTIA TAHAP BANTUAN
Ringan
  • Menggalakkan mereka melakukan aktiviti di tandas secara berdikari.
  • Memantau dan memberi bantuan, jika perlu.
  • Menggalakkan pembuangan air kecil secara berkala.
  • Ambil perhatian kerana sesetengah ubatan boleh menyebabkan masalah sembelit atau peningkatan serta pengurangan pembuangan air kecil.
 Sederhana
  • Memerlukan bantuan terutama aktiviti pemindahan pesakit.
  • Melabel pintu tandas untuk memudahkan pengecaman lokasi tandas.
  • Memperingatkan mereka untuk aktiviti membuang air kecil dan besar.
  • Membawa mereka ke tandas secara berjadual. Contohnya di setiap 2 jam. 
 Teruk
  • Memerlukan bantuan secara maksimum atau kebergantungan kepada penjaga.
  • Peruntukan masa berjadual untuk membantu aktiviti pembersihan. 

Tips untuk penjaga :

  • Tanda jelas pada pintu tandas membantu mengenal pasti lokasi tandas (contohnya perkataan / gambar). Pintu tandas yang terbuka apabila tidak digunakan membuat tanda tandas lebih jelas.
  • Lampu pengesan pergerakan di dalam bilik tidur dan laluan bilik mandi boleh membantu mereka dengan mudah ke tandas terutama pada waktu malam.
  • Gunakan pakaian yang mudah dipakai dan ditanggalkan seperti seluar dengan pinggang bergetah daripada seluar berzip .
  • Alat bantuan seperti tiang susur tangan dan tempat duduk tandas yang tinggi memudahkan mereka yang mempunyai masalah mobiliti.
  • Jika pesakit mempunyai masalah mobiliti, gunakan tandas mudah alih yang berupa kerusi / commode chair.
  • Mereka harus mempunyai privasi dalam tandas, tetapi pastikan mereka tidak mengalami kesukaran mengunci pintu dan pastikan anda boleh membuka pintu dengan cepat dari luar.

Kepentingan Pelaksanaan Aktiviti Seharian:

  • Menggalakkan keberdikarian dan autonomi.
  • Meningkatkan keyakinan dan kualiti kehidupan mereka.
  • Membantu mengurangkan potensi risiko di dalam dan di luar rumah.
  • Membantu mengekalkan dan meningkatkan daya ingatan.
  • Memberi sokongan untuk mengekalkan keupayaan mereka.
  • Memberi sokongan dan membantu mengurangkan tekanan penjaga

Tips Aktiviti Yang Boleh Dijalankan Di Rumah

 Jenis Aktiviti Tahap Ringan  Tahap Sederhana  Tahap Teruk 
 Aktiviti seni / musik  Menangkap gambar dan menyusun dalam album gambar, melukis, bermain instrumen musik  Mengambil gambar, menyusun bunga, menyanyi bersama-sama Melihat gambar, mendengar music, menyanyi lagu yang biasa didengar
 Permainan perkataan, permainan kad, permainan video  Carian perkataan, teka silang kata, permainan kad dan aplikasi permainan di internet Carian perkataan dengan tumpuan hanya kepada 1 perkara, permainan computer yang mudah Berbincang perkara yang mudah, aktiviti mendengar 
 Menjahit  Menjahit   Memberi tugasan yang mudah dan dapat disiapkan dalam jangka waktu yang pendek Menjahit kad, apron dan sebagainya
 Aktiviti kraftangan  Mengait menggunakan jarum kait besar dan benang kait.  Memilih warna, mengulung benang menjadi bebola  Memilih warna, menggunakan barang-barang yang telah dicipta
 Membeli belah  Membeli belah, membantu membuat keputusan untuk membeli, membantu meletakkan dan mengalihan barang  Membeli belah, menggunakan troli di kedai  Duduk di kerusi roda dengan pengawasan semasa aktiviti membeli belah

*Sila berunding dengan Jurupulih / Pegawai Perubatan Pemulihan (Carakerja) di hospital / klinik berhampiran untuk keterangan lanjut.

Rujukan

  1. Living with Dementia. September 9, 2015, from http://www.alzheimers.org.uk
  2. About dementia. September 7, 2015, from http://www.nsh.uk
  3. Assistive technology – devices to help with everyday living, September 10, 2015, http://www.alzheimers.org.uk
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Zakiah bt. Zakaria
Akreditor : Rokiah bt. Alias
Penyemak : Tan Foo Lan

Artikel Berkaitan

Epidemiologi

Wanita mengalami banyak perubahan selepas melewati umur pertengahan (selepas umur

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,052,608

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia