A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Golfer’s Elbow

Golfer’s elbow merupakan kondisi penyakit yang menyebabkan kesakitan pada benjolan tulang di bahagian dalam siku dan boleh merebak pada keseluruhan bahagian lengan.

Apa itu Golfer’s Elbow

Golfer’s elbow merupakan kondisi penyakit yang menyebabkan kesakitan pada benjolan tulang di bahagian dalam siku dan boleh merebak pada keseluruhan bahagian lengan. Dalam istilah perubatan, ia disebut sebagai medial epicondylitis, yang jarang ditemui berbanding kes tennis elbow. Sakit boleh dirasai semasa penggunaan tangan yang berpanjangan bukan sahaja seperti menghayun batang golf tetapi juga sukan lain seperti memerah atau pitching bola, mendayung, mengetuk, mengecat, berjabat tangan, memutar tombol pintu, mengangkat berat atau menggunakan alat-alat seperti pemutar skru.   

Sebab-sebab Golfer’s Elbow

Punca utama ialah pergerakan lengan yang terlalu lama dan berulang-ulang, serta pergerakan pergelangan tangan dan jari yang di paksa. Menggenggam objek terlalu kuat atau terlalu lama dengan lengan dalam kedudukan supinated akan mewujudkan masalah Golfer’s elbow. Penggunaan otot lengan untuk masa yang lama boleh meletakkan  tekanan terlalu kuat pada tendon yang bersambung dengan otot kepada tulang siku. Ini akan menyebabkan microtear (koyakan kecil).  Jika aktiviti ini berterusan tanpa membenarkan tisu yang tercedera untuk sembuh, tendon tersebut boleh menjadi radang dan proses wear and tear ini akan membawa kepada kemerosotan tisu. Kemerosotan tisu tendon ini akan mengakibatkan serat kolagen menjadi tidak normal dan kehilangan kekuatan serta menjadi rapuh.

Selain daripada itu, teknik dan pergerakkan yang salah, peralatan yang tidak wajar digunakan, serta kekurangan sesi pemanasan badan sebelum senaman akan menjurus kepada masalah ini.

Sumber : http://balancehp.com.au/wp-content/uploads/2014/02/elbow4.png

Tanda tanda dan Gejala Golfer’s Elbow

Sakit dan tenderness pada bahagian dalam siku atau tulang epicondyle semasa penggunaan otot yang terjejas (pronation, flexion pergelangan tangan dan extension  siku). Sakit boleh muncul tiba-tiba atau secara beransur-ansur (gradually). Mungkin mengalami bengkak sedikit. Aktiviti memburukkan lagi gejala.Kekejangan di siku dan sukar untuk membentuk genggaman.Kelemahan Otot terutama tangan dan pergelangan tangan (Genggaman yang lemah).Kebas, pins and needles atau kesemutan jari. Ia boleh merebak ke satu atau lebih jari, biasanya jari keempat dan jari kelingking.

Diagnosis dibuat dengan : 

  1. Mendapatkan maklumat dan sejarah kecederaan yang terperinci seperti, mekanisma kecederaan, jenis kesakitan, sifat sakit, aktiviti biasa yang terjejas dan kecederaan terdahulu, membantu dalam melakukan diagnosis masalah.
  2. Pemeriksaan fizikal menyeluruh dilakukan oleh seorang doktor atau ahli fisioterapi. Palpasi bahagian yang sakit serta julat pergerakkan sendi siku, pergelangan tangan  dan jari di ukur.
  3. Ujian klinikal atau ujian khas dilakukan bagi mengesahkan penemuan positif. X-Ray atau Ultrasound di lakukan oleh doktor untuk mengesahkan bahawa kecederaan adalah  pada tendon dan bukan nya patah atau arthritis.

Intervensi

  • NSAID (non-steroidal anti-inflammatory drugs) seperti ibuprofen untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak
  • Suntikan kortikosteroid di bahagian radang dan sakit
  • Pembedahan mungkin diperlukan sekiranya gejala ini berterusan untuk lebih daripada satu tahun  

Bagaimana fisioterapi membantu?

Saranan fisioterapi untuk melegakan kesakitan dan memudahkan pemulihan seperti berikut;

  • Rehat atau berhentikan permainan golf atau aktiviti yang menyakitkan buat sementara  sehingga kesakitan itu hilang. Ini akan membantu dalam mengurangkan sakit pada siku.
  • Tuamkan ais atau gosokkan ais untuk mengurangkan bengkak.
  • Melindungi bahagian itu dengan membalut atau bracing untuk mengurangkan beban pada siku anda.
  • Membantu pembaikan tisu dengan menggunakan kaedah seperti ultrasound atau laser.
  • Kinesiotaping membantu dalam melegakan tekanan, merelaksasi otot dan boleh meningkatkan  peredaran darah.
  • Regangan, senaman menguatkan otot secara beransur-ansur dan senaman fleksibiliti adalah sangat berkesan untuk proses pemulihan  julat pergerakan dan kekuatan otot kepada asal. 
  • Kembali ke aktiviti secara beransur-ansur.
  • Ubah peralatan sukan atau pengubahsuaian aktiviti yang menyebabkan kesakitan.

 

Sumber : http://www.summitmedicalgroup.com/library/adult_health/sma_medial_epicondylitis_exercises/

Rujukan

  1. Brown, J. All about Golfer’s Elbow. 2009
  2. Cartwright, T. Cartwright Physicaltherapy Web. Medial Epicondylitis (Golfer’s Elbow) The most common undiagnosed injury in tennis players – medial epicondylitis. Jul 29, 2012
  3. Campbell,J.D. Golf Injuries American Orthopedic Society for Sports Medicine. 2008
  4. Carson WG. Overuse injuries of the elbow in the throwing athlete. Baker CL, ed. The Hughston Clinic Sports Medicine Book. Baltimore, Md: Williams & Wilkins? 1995. 32431
  5. Gabel GT, Morrey BF. Medial epicondylitis. Morrey BF, ed. The Elbow and Its Disorders. 3rd ed. Philadelphia, Pa: WB Saunders? 2000. 53742
  6. Gabel GT, Morrey BF. Operative treatment of medical epicondylitis. Influence of concomitant ulnar neuropathy at the elbow. J Bone Joint Surg Am. 1995 Jul. 77(7):10659. [Medline].
  7. Kohn, HS. Prevention and treatment of elbow injuries in golf. Clin Sports Med 1996;15:65-83
  8. Ludwig, K et al. Injuries and overuse syndromes in golf. AJSM 2003;31:438-443.
  9. Porter, S. Tidy’s Physiotherapy (15th Edition) Churchill Livingstone 2013
  10. Park GY, Lee SM, Lee MY. Diagnostic value of ultrasonography for clinical medial epicondylitis. Arch Phys Med Rehabil. 2008 Apr. 89(4):73842. [Medline].
  11. Walker, B. Golfers Elbow, Elbow Tendonitis and Elbow Pain. Brian Mackenzie’s Successful Coaching,(ISSN 1745-7513/ 44/ July-August), 2007. p. 3-4 http://www.brianmac.co.uk/articles/scni44a2.htm
  12. Young, C.C. Medscape. Web. Medial Epicondylitis. Web. Updated Aug. 16, 2011. http://emedicine.medscape.com/article/97217-overview.

Sumber imej

1.     (2014) Mckesson Corporation and/or one of his subsidiaries.

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penterjemah : Shahreen binti Hairi Hariharan
Akreditor : Daaljit Singh A/l Harbachan Singh
Penyemak : Halimah bt. Hashim

 

Artikel Berkaitan

Apa Itu Splint?

Splint adalah sejenis alat yang digunakan untuk menyokong anggota badan yang patah atau terseliuh yang boleh mengurangkan risiko kecederaan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,557

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia