A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Pemakanan
  4. /
  5. Diet & Penyakit
  6. /
  7. Diet Bagi Pesakit Jaundis...

Diet Bagi Pesakit Jaundis (Sakit Kuning)

Seseorang yang mengalami jaundis atau penyakit kuning dinasihatkan untuk mengawal pengambilan makanan berlemak dan bergoreng. Amalkan minum air sebanyak 2-3 liter sehari dan lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran berdaun hijau.

Pengenalan

Jaundis (atau disebut sakit kuning) bukan sejenis penyakit. Ia adalah petanda kepada masalah yang berkaitan dengan hati atau pundi hempedu. Jaundis menyebabkan kulit dan bahagian putih mata bertukar menjadi kuning.

Bilirubin adalah bahan kimia kuning yang terdapat di dalam haemoglobin, bahan yang berfungsi membawa oksigen di dalam sel darah merah. Apabila sel darah merah pecah, badan akan menghasilkan sel darah merah yang baru sebagai ganti. Sekiranya hati tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang baru, maka bilirubin akan meningkat dengan banyak dalam badan dan menyebabkan badan dan kulit kelihatan kuning.

Punca Jaundis

Jaundis dikalangan bayi adalah perkara biasa. Ini disebabkan oleh hati bayi yang belum matang untuk menyingkirkan bilirubin. Dalam sesetengah kes, terdapat penyakit lain yang menjadi penyebab kepada jaundis. Walaupun komplikasi jaundis jarang berlaku, paras bilirubin yang tinggi dengan tahap jaundis yang teruk serta tidak dirawat boleh mengakibatkan kerosakan otak. Oleh itu, bayi yang mengalami jaundis memerlukan penjagaan kesihatan yang rapi.

Tanda-tanda Berlakunya Jaundis

Tanda-tanda jaundis bergantung kepada tahap penyakit tersebut. Tanda yang biasa adalah seperti berikut :

Sekiranya tahap jaundis menjadi lebih teruk, tanda-tanda tersebut adalah:

  1. Loya dan muntah
  2. Kesakitan pada abdomen
  3. Demam
  4. Keletihan
  5. Hilang selera makan
  6. Sakit kepala
  7. Kecelaruan
  8. Bengkak pada abdomen (Ascites).

*Terjemahan: Terjadinya kekuningan akibat daripada pengumpulan bilirubin di dalam kulit, selalunya disebabkan oleh kerosakan hati dan pundi hempedu.

Rajah 1: Perbezaan individu normal dengan individu jaundis.

Penjagaan Pemakanan Pesakit Jaundis

Senarai Makanan Yang Dibenarkan dan Yang Perlu Dielakkan Untuk Pesakit Jaundis

Kumpulan makanan Saranan hidangan Makanan yang DIBENARKAN Makanan yang perlu DIELAKKAN
Karbohidrat
  • 50 – 60% daripada keperluan sehari
  • 6 – 8 hidangan sehari
  • 1 hidangan = ½ cawan nasi / 1 keping roti / 3 sudu makan oat.
  • Digalakkan karbohidrat kompleks tinggi serat
  • Contoh : Beras perang, roti bijirin penuh, oat, capati dan produk lain yang tinggi serat.
  • Tiada
Protein
  • 15% daripada keperluan sehari
  • 2 – 3 hidangan sehari
  • 1 hidangan = 1 kotak mancis daging / 1 ekor sederhana ikan / 1 ketul ayam bahagian.
  • Digalakkan mengambil ikan seperti ikan kembong, tenggiri, kurau, siakap dan keli  (tinggi kandungan omega 3)
  • Pengambilan protein yang lebih untuk memperbaiki tisu hati yang rosak dan sistem pertahanan badan.
  • Telur goreng
  • Kulit ayam, kaki ayam, kepak ayam dan bahagian lemak lain
  • Hadkan pengambilan telur kuning 2 biji seminggu.
Sayur-sayuran
  • 3 hidangan sehari
  • 1 hidangan = ½ cawan sayur-sayuran berdaun (dimasak).
  • Pengambilan serat perlu ditingkatkan secara perlahan.
  • Hadkan pengambilan masakan sayur bergoreng.
Buah-buahan
  • 2 hidangan sehari
  • 1 hidangan = 1 biji sederhana (buah epal, limau, lai), 1 potong (tembikai, betik, nenas).
  • Digalakkan mengambil jus buah-buahan (ia termasuk 2 hidangan sehari).
  •  Tiada.
Produk Tenusu
  • 1-2 hidangan sehari
  • 1 hidangan = 1 gelas susu, 2 keping keju, 4 sudu membumbung susu tepung.
  • Digalakkan mengambil produk rendah lemak atau skim.
  • Susu pekat manis, krimer, susu isian sejat, susu penuh krim.
Lemak dan Minyak
  • Kurang 25% daripada keperluan sehari
  • 1 hidangan = 1 sudu teh minyak masak,  1 sudu teh mayonis, 1 sudu teh marjerin.
  • Lebihkan masakan seperti panggang, bakar, sup dan stim untuk mengurangkan penggunaan minyak
  • Digalakkan minyak soya, bunga matahari, jagung (hanya sesuai untuk menumis).
  • Hadkan santan kelapa 2 sudu makan seminggu
  • Hadkan makanan bergoreng dan berminyak
  • Elakkan minyak sapi, mentega, mentega kacang.
Garam dan Gula
  • Diambil secara sedikit
  • 1 hidangan garam = 1 sudu teh
  • 1 hidangan gula = 1 sudu teh.
  • Pengambilan garam bergantung kepada tahap ‘ascites’
  • Pilih makanan yang kurang gula dan garam (less sugar dan low sodium).
Hadkan makanan manis seperti kek, madu, coklat, krim.
Air
  • 2-3 liter sehari
  • 8 gelas sehari.
  • Minum air kosong yang mencukupi.
  • Hadkan minuman kafein (teh, kopi dan kola) dan alkohol.

Bagaimana Jika Penghidap Jaundis Tiada Selera Makan?

Selera makan bagi penghidap jaundis adalah berubah-ubah mengikut keadaan penghidap jaundis. Bantuan pemakanan tambahan (oral nutrition supplement) diperlukan untuk meningkatkan pengambilan tenaga dan protein.

Jenis makanan tambahan (oral nutrition supplement) ini akan disarankan oleh Pegawai Dietetik mengikut keadaan dan masalah yang dihadapi penghidap jaundis. Sila dapatkan nasihat daripada Pakar Perubatan dan Pegawai Dietetik bagi bantuan masalah yang dihadapi.

Kesimpulan

Penjagaan pemakanan untuk penghidap jaundis adalah bergantung kepada tahap jaundis tersebut. Penghidap perlu mendapatkan nasihat daripada Pakar Perubatan dan Pegawai Dietetik untuk membantu masalah yang dihadapi.

Rujukan

  1. Diet Restrictions in Jaundice. Melalui internet: http://www.livestrong.com/article/454027-diet-restrictions-with-jaundice/
  2. Food and Jaundice. Melalui internet: http://www.thechefonline.com/food_health/jaundice_food_basic_step.php
  3. Jaundice Diet Treatment. Melalui internet: http://www.diethealthclub.com/health-issues-and-diet/jaundice/diet.html
  4. Medical Nutrition Therapy Guidelines for Hyperlipidemia. Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Malaysian Dietitians’ Association dan Persatuan Diabetes Malaysia.
  5. Rajah 1 : Perbezaan individu normal dengan jaundis. Melalui internet : http://www.healthkart.com/resources/deal-jaundice-symptoms/
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Faulina binti Khamisan
Akreditor : Harizah binti Mohd Yaacob
Penyemak : Nik Mahani binti Nik Mahmood

Artikel Berkaitan

Pemakanan Melalui Tiub : Cukupkah Sekadar Susu?

Pemakanan melalui tiub, atau dalam istilah perubatan, lebih dikenali sebagai Enteral Nutrition. Ia adalah dalam bentuk cecair atau kebiasaannya merupakan formula atau rumusan susu. Susu tersebut dirumus dengan zat makanan yang lengkap serta seimbang mengikut keperluan badan atau penyakit. Cara pemakanan melalui tiub adalah mencukupi dan selamat jika tatacara pemberian adalah betul.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,716

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia