A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Psikologi Kaunseling
  6. /
  7. Umum
  8. /
  9. Lain-lain
  10. /
  11. Kesan Emosi Terhadap Anak-Anak...

Kesan Emosi Terhadap Anak-Anak Mangsa Perceraian

Pengenalan

Emosi membawa maksud keadaan fikiran atau perasaan yang terangsang dan melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pada seseorang. Penceraian dari segi bahasa membawa maksud membuka ikatan,melepaskan ikatan,pembebasan dan seumpamanya. Dari segi syarak bermaksud membuka ikatan perkahwinan dengan melafazkan perkataan talaq atau cerai atau seumpamanya. Kesan perceraian kepada kanak-kanak adalah aspek yang tidak boleh dipandang remeh terutama dalam memperkatakan mengenai pertumbuhan dan perkembangan sihat si kecil. Kajian ilmiah ahli sosiologi dan psikologi banyak membuktikan kesan negatif sesuatu perceraian. Faktor ini adalah bergantung kepada:Kesan Emosi Terhadap Anak-Anak Mangsa Penceraian1

  1. Usia kanak-kanak semasa perceraian itu berlaku,
  2. Faktor jantina dan personaliti,
  3. Tahap konflik yang berlaku antara ibu dan ayah serta
  4. Sejauh mana kanak-kanak atau remaja itu mendapat sokongan moral dari keluarga terdekat dan rakan.

Gejala/Tanda

Ibu atau bapa perlu merujuk anak kepada pakar jika terdapat tanda berikut secara berterusan:

  • Menunjukkan sikap agresif yang keterlaluan.
  • Menunjukkan kemurungan dan langsung tidak mahu bergaul dengan orang lain.
  • Menunjukkan rasa tidak suka dan tidak minat terhadap aktiviti yang biasanya seronok dilakukan sebelum ini.
  • Menunjukkan kemerosotan yang amat ketara dari segi akademik dan pembelajaran.
  • Keterlaluan mengutuk dan mengkritik diri sendiri.

Kesan Emosi Terhadap Anak-Anak Mangsa Penceraian2

Komplikasi

Pakar Psikologi berpandangan, keupayaan kanak-kanak dalam mengadapi kesan perceraian adalah berbeza mengikut peringkat umur. Kanak-kanak yang lebih muda usianya lebih sukar untuk menyesuaikan diri dan menangani tekanan akibat perceraian. Kanak-kanak dalam usia enam hingga sembilan tahun sangat merasakan tekanan dan kepedihan. Emosi ini amat sukar digambarkan kerana mereka sudah memahami apa yang sedang berlaku. Namun, mereka masih terlalu muda untuk memahami atau mengawal. Kanak-kanak ini juga tidak tahu bagaimana untuk menunjukkan reaksi terbaik terhadap kedukaan yang dialami. Keadaan ini akan mengakibatkan anak-anak mengalami:

  • Kemurungan,
  • Rasa malu yang sukar ditafsirkan,
  • Perasaan berbelah bagi terhadap kesetiaan perlu dibahagi antara ibu dan ayah serta
  • Rasa marah begitu mencengkam jiwa.
  • Mudah terasa mereka dibenci atau disisih oleh kedua orang tua yang meninggalkan mereka.
  • Kanak-kanak ini begitu berharap agar ibu dan ayah mereka bersatu kembali. Kesan Emosi Terhadap Anak-Anak Mangsa Penceraian3

    Rawatan & Pencegahan Cara menangani krisis emosi kritikal akibat perceraian ibu bapa yang dihadapi oleh anak adalah:

  • Memberi dan menunjukkan kasih sayang.
  • Menjalin hubungan rapat dan memahami tekanan perasaan yang dialami anak.
  • Ibu atau ayah yang menghadapi situasi ini perlu sentiasa tenang dan menerima hakikat rasa kemarahan yang diluah atau ditonjolkan oleh anak melalui tingkah lakunya.
  • Membantu anak untuk meluahkan rasa marah dengan `cara yang boleh diterima’ tanpa menyakiti dirinya sendiri, menyakiti binatang, menyakiti orang lain juga bukan dengan cara merosakkan harta benda.
  • Ibu atau bapa perlu menunjukkan ketenangan dan kesabaran tinggi kerana anak akan mempelajari cara mengawal perasaan melalui contoh teladan ditunjukkan oleh ayah atau ibunya.
  • Memberitahu anak yang dirinya sentiasa disayangi dan akan dijaga dengan sempurna.
  • Membantu anak untuk meluahkan rasa takut atau kerisauan yang melanda diri.
  • Membaca buku cerita mengenai kisah perceraian dan bagaimana menanganinya juga dapat membantunya memahami keadaan.

Dapatkan Sokongan

  • Pegawai Psikologi
  • Ibu dan bapa
  • Ahli keluarga
  • Pihak sekolak / guru
  • Masyarakat

Rujukan

  1. https://www.academia.edu/4884443/Nori_latest
  2. http://jerryjournal.com/bagaimana-perceraian-memberi-kesan-kepada-kehidupan-anda/
  3. http://www.apa.org/pubs/journals/releases/fam-25-6-895.pdf
  4. http://www.slideshare.net/markkyle/emosi-7975800
  5. http://www.gunadarma.ac.id/library/articles/graduate/psychology/2009/Artikel_10502199.pdf

Rujukan Gambar

  1. https://www.google.com/search? k+kanak+murung&oq=kanak+kanak+murung

     2.https://www.google.com/search?hl=en&site=imghp&tbm=isch&source=hp&biw=1280&bih=895&q=kanak-kanak+mangsa+penceraian

 

Semakan Akhir : 4 Julai 2016
Penulis : Rozilawati binti Kassim
Akreditor : Ruhana binti Mahmod

Artikel Berkaitan

Erb’s Palsy

Erb’s palsy atau Erb-Duchenne palsy merupakan kelumpuhan pada tangan akibat kecederaan pada bahagian hulu saraf C5-C6.

Ujian Sitogenetik

Pengenalan Sitogenetik adalah bidang kajian kromosom. Dalam perubatan diagnostik, ujian

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,052,882

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia