Pengenalan
Jatuh adalah antara kemalangan kanak-kanak di rumah yang paling sering berlaku di Malaysia. Kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun lebih cenderung untuk cedera akibat jatuh. Mereka lebih berisiko disebabkan oleh tahap perkembangan dan keadaan persekitaran mereka.
Jatuh boleh berlaku dimana-mana sahaja:
- Dalam rumah. Contohnya jatuh dari :
- Perabot
- Tangga
- Beranda
- ‘Baby walker’
- Di kawasan luar rumah. Contohnya :
- Di padang permainan.
- Semasa menggunakan alat-alat permainan.
Kecederaan akibat jatuh
Akibat jatuh, kanak-kanak akan mengalami pelbagai jenis kecederaan seperti berikut:
- Tisu lembut – calar, terseliuh, luka dan melecek.
- Patah – bengkak, sakit dan cacat anggota.
- Kepala – bengkak kepala, berdarah di telinga, hidung dan mulut, mengantuk, muntah, sawan dan pengsan.
- Kecederaan organ dalaman.
Kesan serius akibat jatuh
- Kecederaan otak yang kekal, menyebabkan tulang patah dan tumbesaran terbantut.
- Kecederaan serius boleh menyebabkan kerosakan organ yang kekal atau kematian.
Rawatan
Rawatan yang diperlukan bergantung kepada jenis dan keterukan kecederaan.
- Jika kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan kecil misalnya calar dan terseliuh, tekap kawasan cedera dengan air batu. Berikan anak anda ubat penahan sakit (sirap paracetamol) untuk mengurangkan kesakitan. Rehatkan anggota yang tercedera.
- Jika anak anda mendapat luka, cuci dengan air, tekap kawasan cedera dengan ibu jari anda beberapa minit untuk memberhentikan darah mengalir dan rehatkan anggota yang tercedera. Balut dengan kain bersih.
- Jika anda mengesyaki tulang anak anda patah, balutkan dengan selimut, kain yang tebal atau bantal untuk menghalang pergerakkan. Gunakan kain untuk mengampu tulang yang patah dibahagian tangan dan lengan.
- Periksa kawasan balutan untuk pastikan pergerakan darah yang normal. Jika kulit menjadi sejuk atau berubah warna, longgarkan balutan.
- Jika anda mengesyaki anak anda cedera serius, sila dapatkan bantuan doktor.
Pencegahan
Kebanyakan kemalangan terjatuh boleh dicegah. Terdapat langkah-langkah untuk mencegahnya :
Tangga
- Pagarkan anak tangga bawah dan atas dan pintu rumah.
- Pastikan semua tangga diterangi cahaya lampu.
- Pastikan anak tidak dibiarkan berseorangan di tingkat atas, beranda atau di tempat yang tinggi.
Lantai
|
Susunan perabot
- Elakkan meletak kerusi dan perabot berhampiran tingkap.
- Cuci bilik mandi dengan kerap untuk mengelak lantai daripada berlumut dan menjadi licin.
Semakan Akhir | : | 23 Ogos 2019 |
Penulis | : | Dr. Norraliza bt. Md. Zain |
Penyemak | : | Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah |