A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Enzim Sebagai Petunjuk Penyakit

Enzim Sebagai Petunjuk Penyakit

Dalam setiap makhluk, samada tumbuhan, haiwan mahupun manusia, semuanya mempunyai enzim di dalam jasad.  Dalam badan  manusia, enzim adalah sangat penting dalam memastikan badan berfungsi secara normal .  Enzim boleh  ditemui dalam mulut (air liur), usus  (jus gastrik,jus dan mukosa intestinal), darah, semua organ dan sel-sel dalam badan.

Dalam sel hidup, enzim sangat diperlukan kerana fungsinya  untuk pembentukan  tisu baru,  penggantian tisu lama, menukarkan makanan kepada tenaga, pembuangan bahan sisa dalam badan, pembiakan dan segala aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan. Enzim adalah sejenis protein yang terbentuk dalam badan dan bertindak sebagai pemangkin kepada sesuatu tindakbalas dalam keadaan normal. Setiap bahagian badan mempunyai enzim yang khas sesuai dengan kefungsiannya .  Tindakan enzim adalah sangat spesifik.

Sifat mangkin enzim adalah bergantung kepada struktur sesuatu enzim. Penting bagi kita untuk mengetahui sifat tindakbalas enzim sebelum menganalisa enzim.  Kemusnahan struktur enzim akan mengakibatkan kehilangan aktiviti enzim tersebut, di mana proses ini dikenali sebagai penyahasli.  Enzim sangat sensitif  terhadap suhu dan pH . Dalam keadaan ekstrim, enzim akan ternyah asli,

Contoh gambarajah tindakbalas enzim:

Dari segi klinikal , biasanya kita menganalisa kepekatan enzim dalam badan bagi mengesan penyakit seseorang.  Contoh enzim selalu dianalisa untuk pendiagnosan penyakit di makmal-makmal perubatan di Malaysia adalah enzim amylase (AMY), alkaline phosphatase (ALP), alanine transferase (ALT), aspartate transferase (AST), lactate dehidrogenase(LDH),  creatine kinase (CK) ,   dan gamma glutamyl tranferase (GGT).  Di kebanyakan makmal perubatan di Malaysia, pengesanan enzim-enzim  ini dianalisa menggunakan alatan Chemistry Analyser dan mengguna kaedahtidakbalas enzim. Julat normal sesuatu ujian enzim  adalah bergantung kepada prinsip tindakbalas dan alatan Chemistry Analyser  yang digunapakai oleh sesebuah makmal.

Jenis-jenis enzim yang biasa dikesan bagi mengesan  penyakit ialah:

Amylase

Amylase adalah merupakan salah satu enzim yang dikeluarkan oleh pankreas dalam membantu sistem penghadaman karbohidrat.  Amylase juga dirembeskan oleh organ lain terutamanya kelenjar  saliva.   Amylase biasanya hadir dalam darah pada kuantiti yang kecil sahaja, apabila kecedaraan pada pankreas  (pancreatitis)  atau pankrease tersumbat oleh batu karang  atau tumor, amylase akan meningkat dalam aliran darah.  Peningkatan juga akan berlaku dalam air kencing. Enzim amylase akan diukur apabila seseorang itu  menunjukkan simpton pancreatic disorder, contohnya sakit  yang teruk pada abdomen atau belakang, demam, kehilangan selera makan dan loya.  Ujian amylase dalam air kencing juga akan dijalankan sekiranya doktor merasakan perlu untuk membantu  rawatan.

Julat Normal Amylase:
Serum Amylase : 25 – 115 IU/L
Urine: 59 – 401 U/24 jam
           Kaedah :  2-ChIoro –4-nitophenyl Linked Substrate (Non Blocked Maltotrioside-CNP-G3)
           Analyzer : Beckman Coulter AU2700

Alanine Transaminase  (ALT)

Enzim Alanine Transaminase  merupakan sejenis  enzim yang  selalu  dijumpai  dalam sel hati dan buah pinggang dan sedikit dalam  jantung dan otot.  Dalam individu yang sihat, paras ALT dalam darah adalah rendah.  Jika berlaku kerosakan hati, ALT akan dibebaskan ke aliran darah.  ALT sangat diperlukan untuk mengesan kerosakan hati terutama dalam pesakit  yang mengidap hepatis dan  mengesan dadah/ ubat  atau lain-lain sebatian yang berlebihan dalam hati. Pada kebiasaannya , doktor akan memohon  ujian ALT  bila pesakit menunjukkan  keletihan, hilang selera  makan, loya serta muntah, bengkak pada abdomen, jaundis , air kencing berwarna gelap atau najis berwarna cerah dan kegatalan

Julat Normal Alanine Trasaminase
Serum Alanine Trasaminase (Dewasa) : 30 – 65 U/L 
           Kaedah: L-Alanine ,IFCC 37?C/ Modified without Pyridoxal -5-Phosphate (P5P),
           Analyzer: Beckman Coulter AU2700

Aspartate Transaminase (AST) 

Enzim  ini juga dikenali sebagai glutamic-oxaloacetic transaminase (SGOT).  Kebiasaannya , enzim ini dijumpai di dalam sel –sel  di seluruh badan , terutama di dalam hati dan jantung, dan paling kurang dalam buah pinggang dan otot.  Dalam individu yang sihat, AST dalam darah adalah rendah.  Bila ada kecedaraan pada sel hati dan otot, AST akan dirembeskan  dalam darah dan parasnya akan meningkat.  Ini  menyebabkan AST sangat diperlukan untuk mengesan kerosakan hati. AST biasa digunakan untuk mengesan kerosakan hati.  Doktor akan membuat permohonan ujian  AST beserta ALT sebagai sebahagian dari ujian Fungsi Hati

Julat Normal Aspartate Trasaminase
Serum Aspartate Trasaminase (Dewasa) : 15 – 37 U/L 
           Kaedah: L-Aspartate,IFCC without P5P, Analyzer: Beckman Coulter AU2700

 Alkaline phospatase (ALP)

Alkaline phosphatase biasanya dikenali sebagai ALP , ditemui  di dalam beberapa tisu  badan seperti  hati, tulang, buah pinggang, usus, dan plasenta wanita  yang mengandung.   Walau bagaimanapun, ALP paling tinggi kepekatannya dalam  sel yang terdapat pada  hati dan tulang.  Dalam hati  diperlukan untuk membantu mencerna lemak dalam diet . ALP dalam tulang dikeluarkan oleh sel-sel yang dipanggil osteoblasts  (sel-sel yang terlibat dalam pembentukan tulang). 

Peningkatan paras  ALP dalam darah biasanya berkaitan dengan penyakit hati atau penyakit tulang.  Jika peningkatan paras ALP sangat tinggi, , kemungkinan berlaku satu atau lebih saluran hempedu tersumbat.  Jika peningkatan paras ALP  sedikit  , kemungkinan berlaku dalam  kanser hati  dan sirosis disebabkan oleh dadah  toksid yang memberi  kesan kepada hati ataupun disebabkan oleh kuman  hepatitis.   ALP juga boleh meningkat dalam beberapa keadaan seperti pembetukan tulang yang berlebihan seperti  dalam  kes gangguan pembentukan tulang  contohnya penyakit Paget’s, penyakit rheumatic dan semasa proses penyembuhan patah.  Kanak-kanak dan remaja  biasanya mempunyai paras ALP yang tinggi kerana tumbesaran tulang. 

ALP biasanya dipohon sebagai salah satu ujian rutin yang termasuk dalam ujian fungsi  hati. 
Tanda-tanda dan simpton  hati yang mungkin  terlibat  ialah letih, lemah , kehilangan selera makan,  loya  dan muntah. Selain itu tanda-tanda berkaitan sakit-sakit badan, bengkak, jaundis,  air kencing gelap atau  najis berwarna cerah serta gatal-gatal.

Julat Normal Alkaline phospatase  
Serum Alkaline phospatase  (Dewasa) : 50 – 136 U/L 
           Kaedah : P-nitrophenylphosphate, Analyzer: Beckman Coulter AU2700

Gamma – glutamyl tranferase (GGT)

 

GGT adalah enzim yang dijumpai dalam banyak organ, contoh buah pinggang, hati dan pancreas. Walau bagaimanapun sumber utama adalah dalam hati. GGT adalah meningkat dalam kebanyakan penyakit adalah disebabkan kerosakan hati/hempedu yang akut.  Peningkatan paras GGT biasa dikaitkan dengan pengambilan alkohol atau keadaan lain contohnya Congestive heart failure.  GGT boleh digunakan untuk saringan pengambilan alcohol yang berlebihan   ( biasanya ia akan meningkat  sebanyak 75%  dalam peminum yang kronik.  Kadang-kadang ia digunakan untuk memantau orang yang menyalahgunakan alkohol atau orang sedang dalam rawatan terhadap alkohol atau kerosakan hati, Tujuannya untuk mengetahui  samada mematuhi rawatan atau tidak.
 

Normal Range Glutamyl Tranferase
Serum Glutamyl Tranferase  (Dewasa) Lelaki  : 15 – 85 U/L
                                                          Wanita : 5 – 55 U/L
           Kaedah: IFCC 2002 (Enzymes), Analyzer: Beckman Coulter AU2700

Creatinine Kinase (CK)

CK merupakan salah satu daripada kardiak enzim.. Kardiak enzim pula ialah protein yang dikeluarkan dari sel otot jantung dan dirembeskan  ke dalam darah apabila  otot jantung cedera.  CK dirembeskan ke dalam aliran   darah 4 hingga 6 jam  selepas kecederaan sel otot jantung berlaku dan mencapai paras puncak  selepas 24 jam.  Doktor akan memohon ujian ini bila mendapati seseorang berasa sakit dada dan disyaki ada  serangan jantung.

 

Julat Normal Creatinine Kinase
Serum Creatinine Kinase  (Dewasa) Lelaki  : 35 – 235 U/L
                                                       Wanita : 21 – 215 U/L
           Kaedah: IFCC 2002 (Enzymes), Analyzer: Beckman Coulter AU2700

Lactate Dehidrogenase (LDH)

Lactate dehidrogenase (LDH) ialah sejenis enzim yang dijumpai dalam sel-sel badan dan sedikit sahaja ditemui dalam darah. LDH memainkan peranan  penting dalam respirasi sel.  Contohnya dalam proses menukarkan gula kepada tenaga. Dalam keadaan normal,paras  LDH akan berada keadaan rendah dalam  badan. Paras LDH meningkat bila berlaku kecederaan tisu kerana  dikeluarkan dari sel ke dalam darah  terutama dalam hat dan jantung . LDH juga tinggi dalam pemecahan sel darh merah (hemolytic anemia), keretakan tulang , dalam sakit kanser  dan juga jangkitan kuman,   Walau bagaimanapun LDH selalunya digunakan sebagai petunjuk kepada serangan jantung dan selalunya dipohon bersama CK dan CKMB.

Normal Range Lactate Dehidrogenase
Serum Lactate Dehidrogenase (Dewasa) Lelaki  : 85 – 227 U/L
                                                              Wanita : 81 – 234 U/L
           Kaedah: Lactate-pyruvate , IFCC Standardization (IFCC 2002 Enzymes),
           Analyzer: Beckman Coulter AU2700

 Pungutan sampel untuk analisa enzim:

Jenis  enzim

Sampel untuk analisa

Amylase

Sampel darah diambil dari vena di tangan) ,kadang-kadang pungutan 24 jam air kencing atau cairan peritoneal.

AST , ALT, ALP, CK, LDH dan GGT

 

 

 

 

 

Sampel darah diambil dari vena di tangan. Sampel darah diempar untuk mendapatkan serum. Sampel serum digunakan untuk dianalisa kandungan enzimnya.

Analisa Sampel Darah Di Makmal Perubatan


Contoh pungutan sampel darah untuk dianalisa. Gambar kanan  contoh sampel darah di makmal patologi kimia, HRPZ II, Kota Bharu


Contoh Chemistry  Analyser yang digunakan untuk  analisa sampel darah

Rujukan

  1. http://www.labtestsonline.org.uk/understanding/analytes
  2. Soldin SJ, et al: Pediatric Reference Ranges, AACC Press, Washington DC 1997
    Tietz Textbook of Clinical Chemistry. Editors Burtis and Ashwood.  WB Saunders Company,   Philadelphia, 1999
  3. Swaroop VS, Chari ST, Clain JE:  Acute pancreatitis, JAMA 2004; 291:2865-2868
  4. Clinical Biochemistry- An Illustrated Colour Text (Fourth Edition), Allan  Gaw, Michael J.Murphy, Robert A. Cowan, Denis St. J. O’Reilly,  Michael J. Stewart, James Shepherd.
  5. http://kidshealth.org/parent/system/medical/test_ldh.html

 

Semakan Akhir : 26 Ogos 2014
Penulis / Penterjemah : Rofidah bt. Abu Bakar
Akreditor : Dr. Nik Muhammad b. Mahmood

 

Artikel Berkaitan

Galeri Media

Semua bahan multimedia adalah terbitan Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,052,684

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia