A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Keganasan
  6. /
  7. Apa Itu Keganasan

Apa Itu Keganasan

Apakah keganasan?

Keganasan boleh ditakrifkan dengan berbagai maksud. Salah satu darinya yang diberi oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (World health Organisation – WHO) ialah dengan sengaja menggunakan kuasa atau kekerasan secara fizikal, mengugut atau benar-benar berbuat keganasan, terhadap sesuatu kumpulan atau komuniti, yang menyebabkan atau besar kemungkinan akan menyebabkan kecederaan, kematian, kesan psikologi, kerencatan tumbesaran dan pengabaian.

Ada berapa jenis keganasan?

Keganasan boleh dibahagikan kepada 3 jenis yang utama:

  • Keganasan pada diri sendiri
    • Tingkahlaku untuk membunuh diri
    • Menyeksa diri sendiri
  • Keganasan kepada orang lain
    • Ahli keluarga atau pasangan
    • Seseorang dari kumpulan atau komuniti yang tertentu
  • Keganasan kumpulan akibat perbezaan
    • Sosial
    • Politik
    • Ekonomi

Apakah manifestasi atau bentuk keganasan?

Keganasan boleh terjadi dalam banyak bentuk:

  • Fizikal
  • Seksual
  • Psikologi
  • Terabai atau penindasan

Berapa besar masalah ini di Malaysia?

Tidak banyak kes keganasan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Kebanyakan kes keganasan rumah tangga, rogol, penderaan kanak-kanak dan kes pengabaian tidak dilaporkan. Pada tahun 2002, terdapat 2020 kemasukan ke hospital dan 108 kematian kerana keganasan kepada diri sendiri di hospital kerajaan, 5093 kes serangan dan 65 kes kematian.

Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Dr. Rosnah Ramly
Penyemak : Dr. Stanley CY Lim

 

Artikel Berkaitan

Keganasan Rumahtangga

Apakah keganasan rumahtangga? Keganasan rumahtangga bermaksud perlakuan keganasan terhadap pasangan

Rogol

Apakah yang dimaksudkan dengan rogol? RAPE IS VIOLENCE Mengikut seksyen

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,322

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia