A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Poliomyelitis

Apa itu Poliomyelitis?

Poliomyelitis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus polio yang menyerang sistem saraf dan boleh mengakibatkan lumpuh kekal seumur hidup. Komplikasi Poliomyelitis yang teruk boleh menyebabkan kegagalan pernafasan, yang boleh membawa maut. Sehingga kini, masih tiada ubat untuk penyakit ini, dan ia hanya boleh dicegah dengan vaksin polio yang diambil secara oral atau suntikan.

 

Apakah jenis vaksin yang disediakan di dalam program imunisasi dan apakah masalah-masalah yang berkaitan?

Terdapat dua jenis vaksin bagi pencegahan Poliomyelitis: virus oral hidup yang lemah (OPV) dan virus yang terbunuh atau tidak aktif (IPV). Vaksin OPV diambil secara oral. Faedah pengambilan Vaksin OPV adalah dapat memberi imuniti kepada usus kanak-kanak terhadap penyakit Polio dan perlindungan sekunder vaksin kepada kanak-kanak lain. Walau bagaimanapun, kesan sampingan vaksin OPV boleh mengakibatkan poliomyelitis berkaitan vaksin VAPP, apabila virus polio yang lemah dalam vaksin menyebabkan kelumpuhan terutamanya pada kanak-kanak yang mempunyai imuniti yang lemah dan boleh juga memberi kesan sampingan vaccine-derived poliovirus (VDPV).

 

Polio vaksin yang mana patut digunakan?

Malaysia menggunakan IPV untuk Program Imunisasi Polio Kebangsaan. IPV diberikan sebagai suntikan ke dalam otot dengan kombinasi vaksin yang lain, seperti DTaP-IPV/Hib (yang mengandungi komponen antigen polio), kepada kanak-kanak berumur 2, 3, 5, dan 18 bulan. Jadual Program Imunisasi Kebangsaan telah ditambah baik daripada penggunaan vaksin lima komponen kepada vaksin enam komponen (DTaP-IPV/HepB/Hib) pada tahun 2020. Kebanyakan kanak-kanak yang menerima vaksin polio IPV tidak mengalami kesan sampingan. Kesan sampingan yang berkemungkinan berlaku adalah ringan, seperti kemerahan dan sakit di tempat suntikan.

 

Rujukan:

  1. https://www.cdc.gov/vaccines/pubs/surv-manual/chpt12-polio.html
  2. https://hq.moh.gov.my/bpkk/images/3.Penerbitan/2.Orang_Awam/8.Kesihatan_Kanak_Kanak/2.PDF/21_Penyakit_Cegahan_Vaksin_dan_Imunisasi.pdf

 

Semakan akhir

:

10 Mei 2024

Penulis

:

Dr. Hazwani Mohamed Padzir

Penyemak

:

Dr. Zahrni Muda 

Artikel Berkaitan

Vaksin BCG/TB

Apa itu BCG? BCG adalah singkatan bagi Bacillus Calmette Gurrain.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,051,169

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia