A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiasi
  6. /
  7. Dosimetri dalam perubatan nuklear

Dosimetri dalam perubatan nuklear

Pengenalan

Perubatan nuklear adalah salah satu teknik yang khusus yang melibatkan penggunaan bahan-bahan radioaktif dalam diagnosis dan terapi penyakit tertentu seperti yang berkaitan dengan tiroid dan penjagaan paliatif bagi pesakit yang mengidap kanser. Dalam terapi perubatan nuklear, bahan radioaktif boleh digabungkan dengan unsur-unsur lain untuk membentuk sebatian kimia, atau lain-lain gabungan dengan sebatian farmaseutikal yang sedia ada, untuk membentuk radiofarmaseutikal. Jumalah bahan radiofarmasuetikal yang diberikan kepada pesakit adalah bergantung kepada jenis radiofarmaseutikal serta indikasi pesakit, maka bahan tersebut akan bergerak ke pelbagai bahagian badan atau ke organ yang dikehendaki atas tujuan mengubati atau melegakan kesakitan. Radiofarmasuetikal boleh dimasukkan kepada badan pesakit melalui suntikan terus ke vena, melalui oral atau dimasukkan ke dalam rongga badan. Secara umumnya, bahan-bahan radioaktif yang mengeluarkan sinaran gamma yang sesuai digunakan dalam pengimejan perubatan nuklear dan zarah-zarah beta adalah sesuai dalam merawat atau melegakan kesakitan yang dihadapi oleh pesakit. Tiga jenis terapi pemancar daripada radioaktif yang biasa digunakan adalah terdiri daripada zarah alfa, zarah Beta dan electron Auger. Pemancar Beta merupakan zarah yang paling sesuai dalam terapi kepada pesakit atas sifat tenaga penembusan yang rendah. Untuk mengetahui jumlah dedahan yang diserap oleh sesuatu organ atau tisu, satu persamaan matematik dibentuk seperti dibawah;

dosimetri1

Nilai ? adalah bergantung kepada jumlah aktiviti pada sesuatu organ dan sumber tenaga radioaktif yang digunakan serta beberapa faktor yang berkaitan dengan sifat-sifat radioaktif tersebut. Berat sesuatu organ dapat diperolehi dengan menggunakan perisian pengimejan perubatan yang mempunyai keupayaan untuk mengira jumlah volum sesuatu organ.

Peranan Dosimetri membantu pakar mengoptimumkan penggunaan radioaktiviti kepada pesakit

Bagi memastikan kejayaan sesuatu terapi yang dijalankan menggunakan bahan radiofarmaseutikal, adalah penting untuk memastikan dedahan yang maksimum diserap oleh tisu atau organ yang disasarkan dan kesan penyerapan tenaga daripada bahan radioaktif didorong oleh faktor biologi pesakit tersebut. Oleh yang demikian, kaedah dosimetri ke atas pesakit dapat membantu meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan terapi berbanding kaedah empirikal di mana jumlah radioaktiviti diberikan adalah mengikut jumlah sukatan tertentu. Kaedah empirikal amat popular dalam rawatan menggunakan 131I. Penggunaan kaedah dosimetri ke atas pesakit amat penting bagi merawat pesakit yang mempunyai komplikasi lain seperti masalah pada buah pinggang dan sebagainya. Ketepatan dalam dosimetri pesakit bergantung kepada ketepatan data biokimia dan kemusnahan tisu di sekitarnya. Kesan-kesan biologi terhadap terapi radionuklid adalah seperti, dos yang diserap, yang ditakrifkan sebagai tenaga yang diserap per unit jisim tisu. Bagi terapi radiofarmaseutikal, dos yang diserap perlu cukup tinggi untuk mencapai kesan terapeutik. Sehingga hari ini, tiada sistem piawaian standard untuk menentukan dosimetri kepada seseorang pesakit, tetapi terdapat beberapa kajian yang telah dibangunkan serta kaedah bagi menganggarkan kesan dosimetri dalam amalan klinikal Perubatan nuklear.

Teknik dosimetri

Salah satu faktor yang perlu diberi perhatian dalam menggunakan terapi radiofarmaseutikal adalah bahan tersebut berpotensi merosakkan sel pada sum-sum tulang, buah pinggang dan organ-organ dalaman lain. Kemusnahan yang berlaku adalah disebabkan oleh sifat-sifat toksid bahan radioaktif tersebut. Had maksimum dedahan pada tumor adalah berbeza bagi seseorang pesakit dan dos tersebut bergantung kepada jumlah nilai dedahan yang diterima oleh organ-organ yang penting seperti buah pinggang dan lain-lain. Oleh itu, adalah penting untuk menentukan dos yang terapeutik yang berkesan untuk setiap pesakit secara khusus. Kaedah yang berkesan untuk dosimetri individu adalah berdasarkan ukuran biokinetik sesuatu organ oleh siri imej-imej perubatan nukler yang diikuti oleh pengiraan dos pada sela masa tertentu.

dosimetri2

Gambar 1:Contoh pengimejan Gamma Kamera pada tiroid pada 6 jam dan 72 jam selepas menerima rawatan.(Luster et al. 2007).

Dosimetri berdasarkan tiga dimensi (3D) adalah lebih tepat berbanding imej planar dan membolehkan dos yang lebih optium diperolehi oleh pesakit. Namun begitu keadah pengimejan 3D masih lagi baharu dalam bidang perubatan nuklear.

Kesimpulannya, Dosimetri Dalaman dalam perubatan nuklear memaikan peranan penting terhadap pesakit yang menjalani rawatan menggunakan radiofarmaseutikal, sekali gus memastikan keselamatan organ yang berrisiko tinggi.

Rujukan

  1. http://en.wikipedia.org/wiki/Internal_dosimetry
  2. ICRP publication 103, 2007
  3. Thyroid cancer in childhood: Management strategy, including dosimetry and long-term results
    Hormones (Athens), 2007 Oct-Dec;6(4):269-78
  4. Radionuclides used in nuclear medicine therapy – from production to dosimetry Current Medical Imaging Reviews, vol. 9, no. 1, pp. 51–75, 2013
Semakan Akhir : 19 Februari 2016
Penulis : Mohamad Aminuddin bin Said
Akreditor : Nik Mohamad Hazmi bin Nik Hussain

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,052,904

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia