A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Heroin Dan Morfin

Apakah Heroin dan Morfin?

Heroin dan morfin adalah dadah dalam kumpulan opiate. Morfin adalah alkaloid yang diperolehi dari pokok poppy, Papaver somniferum. Morfin biasanya digunakan sebagai ubat tahan sakit. Heroin adalah dadah sintetik yang dihasilkan dengan menambah dua kumpulan acetyl pada struktur morfin. Heroin juga dikenali sebagai diamorphine. Heroin dan mofin adalah dadah yang biasa disalahguna di Malaysia. Heroin dan morfin tersenarai dibawah Akta Dadah Berahaya 1952, yang menghalang penanaman, pengeluaran, import, export, pemilikan dan penyalahgunaan.

heroin morfin Nama Jalanan Heroin

  • Fit
  • Fun
  • Cik Puteh
  • Barang

Nama Jalanan Morfin

  • M
  • Monkey
  • Dreamer
  • Morpho
  • Tab
  • Cubes
  • Emsel
  • Melter

Kesan Penggunaan Heroin dan Morfin

Morfin bergabung pada reseptor opioid yang terdapat dalam otak dan di lain-lain bahagian badan. Penggunaan kronik boleh mengakibatkan penagihan dan pergantungan fizikal.

Gejala Penggunaan Heroin dan Morfin

  • Tidak rasa sakit
  • Keghairahan
  • Rasa tenang
  • Loya
  • Muntah
  • Mata berair
  • Hidung berair
  • Letih

Kesan Penyalahgunaan Heroin dan Morfin pada Kesihatan

Penyalahgunaan dadah boleh mengakibatkan penurunan berat badan, kesesakan nafas dan jangkitan hepatitis dan HIV akibat perkongsian jarum. Dos berlebihan boleh menyebabkan kematian.

Metabolisma Heroin dan Morfin

Heroin dan morfin biasa dimasukkan kedalam badan melalui suntikan. Heroin boleh juga dihisap, disedut, dimasukkan ke dalam dubur atau diambil secara oral. Heroin diserap kedalam plasma darah dalam masa beberapa minit selepas pengambilan. Kadar metabolisma berbeza mengikut jenis dadah dan cara pengambilan kedalam badan. Metabolisma heroin dan morfin berlaku dalam hati. Metabolisma menukarkan dadah asal kepada metabolit. Heroin ditukarkan kepada 6acethylmorphine (6-MAM) yang akan kemudiannya di metabolisma kepada morfin. Morfin boleh dikeasan dalam plasma darah dalam masa lebihkurang 45 minit selepas pengambilan.

Pembuangan Heroin dan Morfin

Metabolit utama dalam urin selepas pengambilan heroin dan morfin adalah 6-monoacethylmorphine (6-MAM) dan morphine glucuronide. Heroin jarang dikesan dalam urin individu yang mengambil dadah ini. 6-MAM adalah indikator pengambilan heroin. Urin adalah spesimen yang biasa digunakan untuk mengesan penyalahgunaan heroin dan morfin kerana kepekatan metabolit dalam urin adalah tinggi. Masa pemungutan urin yang sesuai adalah mustahak untuk menentukan pengesanan dadah. Masa paling sesuai untuk mengesan morfin dalam urin adalah diantara 48 hingga 72 jam selepas pengambilan.

Pengesanan Penyalahgunaan Heroin dan Morfin

Penyalahgunaan heroin and morfin boleh dikesan melalui ujian dadah. Terdapat dua kategori ujian dadah iaitu saringan dan pengesahan.

Ujian Saringan

Ujian saringan adalah ujian permulaan dan merupakan ujian kualitatif yang digunakan untuk mengenalpasti kelas dadah yang terkandung dalam urin. Teknik yang digunakan adalah immunoassay berdasarkan prinsip competitive binding. Kit ujian saringan dadah boleh didapati dalam bentuk ujian di lokasi atau analisis di makmal. Ujian pantas biasa digunakan sebagai ujian di lokasi dan digunakan di klinik dan oleh pihak berkuasa. Keputusan ujian saringan bergantung pada paras cut off. Cut-off adalah kepekatan yang digunakan untuk membezakan ujian positif dan negatif. Spesimen yang mengandungi kepekatan dadah pada atau lebih dari nilai cut-off akan dianggap sebagai positif manakala spesimen dengan kepekatan dadah kurang dari nilai cut-off akan dianggap negatif. Cut-off ujian saringan bagi morfin dalam urin adalah 300 ng/ml. Ujian saringan tidak spesifik dan oleh itu bagi kes yang melibatkan perundangan, spesimen positif ujian saringan hendaklah disahkan dengan ujian pengesahan yang dilakukan oleh makmal.

Ujian Pengesahan

Ujian pengesahan digunakan untuk mengesahkan keputusan positif ujian saringan. Ujian pengesahan boleh mengesan dadah dalam urin secara spesifik. Ujian pengesahan biasa dilakukan dengan menggunakan teknik kromatografi. Teknik kromatografi yang biasa digunakan untuk mengesahkan morfin adalah Gas Chromatography Mass Spectrometry (GCMS) dan Liquid Tandem Mass Spectrometry (LC/MS/MS).

Gas Chromatography Mass SpectrometryGas Chromatography Mass Spectrometry (GCMS)

Liquid Chromatography Tandem Mass SpectrometryLiquid Chromatography Tandem Mass Spectrometry (LC/MS/MS)

Rujukan

  1. http://www.adk.gov.my
  2. Garis Panduan Ujian Pengesanan Dadah Dalam Air Kencing.Pekeliling KPK Bil. 6/2002
  3. Goldberger B.A. Opiates: Abused Drugs Monograph Series, Abbott Laboratories, Diagnostic Division, Texas, 1994.
  4. Amphetamine Type Stimulants A Global Review, UNDCP
Semakan Akhir : 04 Januari 2016
Penulis / Penterjemah : Dr. Norlida bt. Harun
Akreditor : Dr. Raja Elina bt. Raja Aziddin

Artikel Berkaitan

Profail Lipid

Pendahuluan Lipid adalah molekul-molekul biologi yang tidak larut di dalam

Patah

Patah adalah keretakan/putus/kepatahan yang berlaku pada tulang.

Stimulasi Ovari

Teknik bantuan reproduktif khususnya kaedah rawatan bayi tabung uji (In Vitro Fertilization (IVF)) bermula beberapa bulan sebelum fasa kitar stimulasi (rangsangan) ovari yang dilakukan dengan tujuan untuk menghasilkan jumlah folikel yang mengandungi telur yang cukup.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,466

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia