A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Pemakanan
  4. /
  5. Diet & Penyakit
  6. /
  7. Rosak Hatimu Akibat Arak

Rosak Hatimu Akibat Arak

Diet Bagi Penyakit Hepar Alkoholik (Rosak Hatimu Akibat Arak)

Apakah Fungsi Hepar (Hati) ?

Bagaimana Alkohol Menjejaskan Hati ?

Alkohol boleh merosakkan atau memusnahkan sel-sel hati.

Alkohol akan diproses oleh hati supaya boleh dikeluarkan dari badan anda. Hati boleh menjadi cedera atau rosak teruk jika alkohol diambil secara berlebihan dan berterusan secara kronik.

Apakah Itu Penyakit Hepar Alkoholik ?

  • Ia akan berlaku apabila hati mula mengalami pendarahan akibat kesan daripada pengambilan alkohol secara berlebihan.

  • Pesakit tidak rasa sebarang kesan atau simptom sehingga hati mengalami pendarahan yang serius.

  • Terbahagi kepada 3 kategori, iaitu :

    1. Hati berlemak

    2. Hepatitis alkoholik

    3. Sirosis (radang) hati.

 

Peringkat Kerosakan Hati

Kategori 1 :

Hati Berlemak

Kategori 2 :

Hepatitis Alkoholik

Kategori 3 :

Sirosis Hati

Rajah 1 : Peringkat kerosakan hati mengikut kategori
(klik rajah di atas untuk imej yang lebih besar)

Apakah Kesan Pengambilan Alkohol Secara Berterusan ?

  • Peminum arak tegar (kaki botol) berisiko tinggi untuk mendapat penyakit hepar (hati) yang teruk.

  • Walau bagaimanapun, sesetengah kaki botol boleh mendapat sirrosis hati TANPA menghidap hepar (hati) alkoholik. Golongan ini mungkin tidak mempunyai gejala-gejala awal penyakit sirosis hati.

  • Selain itu, peminum arak yang tegar yang mempunyai penyakit hati seperti Hepatitis (jangkitan kuman pada hati) mempunyai risiko yang tinggi menghidap sirosis hati.

Panduan Pemakanan Sihat Untuk Penyakit Hepar Alkoholik

Pengambilan arak (alkohol) adalah TIDAK DIBENARKAN !

Kebiasaannya, pesakit hepar akan menghadapi beberapa masalah pemakanan iaitu :

1)  Penurunan berat badan.

Untuk mengatasi hal ini, ambil makanan yang :

  • sihat dan seimbang,

  • tinggi kalori,

  • tinggi protein, seperti :

    • ayam

    • ikan

    • telur

    • susu

    • sumber soya.

2)  Pengumpulan air berlaku pada bahagian :

  • perut (ascites)

  • kaki dan tangan (edema).

Untuk mengatasi hal ini :

  • Elak makanan yang tinggi kandungan garam seperti telur masin, ikan masin dan makanan diawet dengan garam. Makanan yang tinggi kandungan garam boleh menyebabkan pengumpulan air dalam badan.

  • Kurangkan kicap, jenis-jenis sos dan bahan perasa dalam makanan.

  • Hadkan makanan segera dan terproses seperti burger, sosej dan nugget.

  • Kurangkan kekerapan makan di luar. Lebihkan masakan rendah garam di rumah.

  • Pilihlah makanan yang segar setiap hari seperti :

    • buah-buahan

    • sayur-sayuran

    • daging

    • ayam

    • telur

    • ikan

    • susu

    • bijirin penuh

    • kacang dan kekacang tanpa garam.

  • Pengambilan garam yang disyorkan adalah sebanyak 2g sehari atau ½ sudu kecil dalam sehari.

Tips-tips Untuk Mengurangkan Pengambilan Garam Dalam Kehidupan Seharian

Rujukan :

  1. American Liver Foundation (http://www.liverfoundation.org/education/downloads/).
  2. Krause’s Food, Nutrition & Diet Therapy, Mahan Escott-Stump, 11th Edition.
  3. Nutrition and Diagnosis-Related Care, Sylvia Escott-Stump, 7th Edition.
  4. Virtual Liver Network (http://www.virtual-liver.de/about/).
  5. http://www.med.unc.edu/gi/liver/files/brochure-pdfs/NIH%20Cirrhosis.pdf/view
Semakan akhir : 08 Januari 2015
Penulis : Pn. Zamila Zamil

Artikel Berkaitan

Susu Ibu

Soalan 1 Bagaimana mengatasi masalah pemberian susu ibu di bulan

Ketahui Keperluan Kalori Anda

Setiap makanan yang kita makan akan menghasilkan tenaga. Tenaga yang terhasil daripada proses pembakaran makanan dalam tubuh ini dikenali sebagai kalori dan ia boleh diukur dengan unit kilokalori atau Kcal.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,845

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia