A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pengenalan

Kemurungan adalah masalah kesihatan mental yang biasa dialami oleh warga tua. 25% daripada mereka yang berumur lebih 65 tahun dikenalpasti menghidap kemurungan. Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu menjadi murung. Ianya boleh disebabkan oleh masalah kewangan, kemerosotan kesihatan fizikal atau masalah sosial.

Kemungkinan anda untuk menjadi murung akan meningkat bila anda mempunyai faktor berisiko seperti:

  • Golongan wanita
  • Sejarah keluarga yang mengalami kemurungan
  • Menjadi janda/duda
  • Kemiskinan
  • Kemerosotan kesihatan fizikal
  • Mengalami penyakit kronik
  • Tiada/ Kurang jalinan sokongan sosial
  • Mengalami peristiwa hidup yang berat seperti kehilangan orang yang disayangi atau ditimpa musibah
  • Bersara
  • Pengambilan ubat-ubatan seperti
    • Methyldopa
    • Diuretics
    • Cimetidine
    • Indomethacin

Tanda dan gejala

Anda berkemungkinan mengalami kemurungan bila anda mengalami tanda-tanda berikut

  • Berasa sedih sepanjang hari yang melebihi 2 minggu
  • Mudah tersinggung, merajuk atau menjadi cepat marah
  • Hilang minat atau rasa seronok terhadap aktiviti yang biasanya mengembirakan anda
  • Berasa penat/ letih lesu sepanjang masa
  • Hilang keyakinan pada diri
  • Sering mengalami perasaan bersalah
  • Kerap memikirkan tidak mahu meneruskan lagi kehidupan harian
  • Mengalami kesukaran untuk memberi tumpuan terhadap kerja atau perbualan
  • Susut berat badan akibat kurang selera makan
  • Gangguan tidur atau tidak puas tidur
  • Kerap berasa was-was

Anda boleh juga menjawab soalan berikut untuk mengetahui samada anda mengalami kemurungan. Skala Kemurungan Wargatua

Komplikasi bila kemurungan tidak ditangani dengan baik

  • Keinginan/ kecenderungan untuk membunuh diri
  • Kesengsaraan yang kronik
  • Hilang ingatan

Merawat kemurungan

  • Kaunseling dan terapi psikologikal
  • Pendekatan kerohanian Penggunaan ubat khusus anti kemurungan
  • Dalam kes kemurungan yang teruk penggunaan rawatan seperti Terapi Electrokonvulsif juga boleh membantu.

Minta nasihat dari doktor anda

Langkah Pencegahan

  • Kekalkan gaya hidup aktif
  • Kembangkan minat/ hobi dalam mengisi masa lapang
  • Amalkan tabiat pemakanan yang baik
  • Bersenam selalu
  • Kekalkan tabiat tidur yang baik
  • Urus tekanan dengan berkesan
  • Bersikap realistik terhadap perubahan hidup
  • Berfikiran positif melalui cabaran hidup

Langkah Pemulihan

Proses pemulihan dari kemurungan bertujuan untuk:

  • Memperelokkan semula aktiviti harian anda
  • Meningkatkan kemahiran sosial
  • Mengurangkan rasa terasing

Kumpulan Sokongan

Pusat Pesara Kerajaan (http://www5.jaring.my/gem/social.htm#Society)

Majlis Pusat Kebajikan Malaysia

Befrienders

Persatuan Kesihatan Mental Malaysia

Gerantology Association of Malaysia (http://www3.jaring.my/gem)

Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Dr. Suraya binti Yusoff
  : Dr. Susy Mathew
  : En. Harol Hanam bin Muhammed Wahid
Penyemak : Dr. Zarina Bt. Zainan Abidin

 

Artikel Berkaitan

Bimbang & Takut

Resah, bimbang dan takut adalah sesuatu yang biasa di kalangan kanak-kanak dan biasanya ia tidak akan berterusan untuk jangka masa yang panjang.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,823

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia