A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Vaksin BCG/TB

Apa itu BCG?

BCG adalah singkatan bagi Bacillus Calmette Gurrain. Vaksin ini mengandungi sejenis kuman  mycobacterium  daripada  haiwan iaitu lembu di gelar “mycobacterium bovis”.Kuman ini telah di ubahsuai untuk menjadi lemah supaya ianya tidak menyebabkan penyakit tetapi merangsang sistem imum badan  anak untuk melawan penyakit Tibi.

Bila vaksin ini diberi?

Vaksin ini diberi sebagai salah satu Program Immunisasi Malaysia iaitu semasa bayi lahir.
Semasa darjah satu,vaksin ini diberi semula jika tiada parut BCG di lengan anak anda.

Di mana vaksin ini disuntik?

Vaksin ini disuntik di lengan kiri bayi.

Tindak balas selepas vaksin?

Selepas bayi kita disuntik, akan terdapat bengkak kecil di tempat suntikan. Bengkak ini selalunya hilang dalam masa  satu hari.Akan tetapi, selepas 6-8 minggu bengkak akan muncul semula seperti kesan gigitan nyamuk.

Bengkak ini akan membesar dan menjadi keras iaitu nodul.Benda ini pula akan pecah dan mengeluarkan cecair.Selepas ini,kesan yang tinggal adalah lepuhan atau luka pada kulit. Ulser ini akan sembuh dengan meninggalkan parut.Seluruh proses ini mengambil masa kira-kira 2-5 minggu.

Kesan akhir dari keseluruhan proses ini adalah parut BCG seperti yang ada pada lengan kiri kita.


Reaksi pada tempat suntikan selepas BCG
Sumber:http://www.healthywa.wa.gov.au/Healthy-WA/Articles/S_T/Tuberculosis-
BCG-Vaccination

Nasihat bagi ibu-bapa/penjaga

Jangan tekan atau gosok tempat suntikan.Jangan sapu apa-apa pada tempat suntikan. Mandikan bayi dengan sabun dan air sudah memadai walaupun ada ulser pada lengan.

Adakah BCG masih perlu diberi di kalangan kanak-kanak di Malaysia?

  • Malaysia sedang pesat berkembang sebagai negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Kekurangan kes tibi di kalangan negara maju pada awalnya adalah disebabkan oleh  penambahbaikkan terhadap infrastruktur seperti perumahan,pemakanan serta akses kepada rawatan.
  • Akan tetapi negara kita masih endemik untuk Tibi. Orang yang dijangkiti Tibi di Malaysia masih tidak mengurang dari tahun ke setahun.Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan jangkitan tibi aktif sebanyak 20 juta dan ini mengakibatkan sebanyak 50-100 juta  kes infeksi setiap tahun di mana kebanyakan kes adalah di kalangan kanak-kanak. Kadar kematian pula sebanyak 3 juta dan 80% berlaku di negara membangun.
  • Pada masa kini kita berhadapan dengan kuman Tibi yang telah menunjukkan rentetan resistant terhadap ubat tibi dan menjadikan tibi ini sukar dirawat.
  • Selepas dunia didatangi virus HIV pada tahun 1980an, kes tibi telah meningkat bukan sahaja di Malaysia akan tetapi di seluruh dunia.Ini kerana HIV menyebabkan sistem pertahanan badan lemah dan pengidap HIV senang dijangkiti kuman tibi.
  • Kemajuan pesat dalam pelancongan antarabangsa memudahkan individu bergerak dari satu negeri ke negeri lain dan ini telah menjadi penggalak dalam kebangkitan kes tibi.

OLEH ITU; Di Malaysia adakahkita masih memerlukan vaksin ini?
Jawapan pada soalan di atas ialah – Ya

Apakah keberkesanan vaksin ini?

Di Malaysia, di mana Tibi masih endemik,kanak-kanak menghidap kuman ini awal dan mendapat apa yang kita panggil sebagai kompleks primer. Bagi kanak-kanak kurang dari 5 tahun,mereka mudah untuk mendapat jangkitan Tibi ini dan ia mudah merebak. Oleh itu,kanak-kanak senang mendapat Tibi yang serius seperti jangkitan Tibi pada otak dan jangkitan Tibi di pelbagai sistem seperti Tibi paru-paru beserta perut dan otak secara serentak.

Tidak seperti dewasa yang selalunya mempunyai jangkitan paru-paru, ia boleh menyebabkan Tibi yang serius kepada kanak-kanak yang boleh membawa kematian dan ketidak upayaan.

Apakah kesan sampingan vaksin ini?

Vaksin ini tidak menyebabkan demam. Bayi yang menerima vaksin ini, hanya 1-2% mendapat bengkak kelenjar pada tangan yang sama di mana vaksin ini diberi.

Bengkak kelenjar ini selalunya berlaku selepas 2-4 bulan dan tidak menyebabkan gejala lain seperti demam berulang/berpanjangan,hilang selera makan atau berat badan.

Jika bayi anda mengalami bengkak kelenjar,sila berjumpa doktor untuk memastikan bayi anda tidak mengalami pembesaran kelenjar di tempat lain atau tanda fisikal lain yang membawa pada diagnosis  baru.

Kesan sampingan ini digelar sebagai bengkak kelenjar disebabkan BCG dan selalunya sembuh tanpa sebarang rawatan.

Doktor anda akan memberikan anda maklumat lanjut.

Rujukan:

  • Hussain Imam Hj Muhammad Ismail, Ng HP et al. Paediatric protocols for Malaysian Hospitals (3rd ed). Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • NHS-BCG/TB vaccine; Frequently asked questions.(2014). Retrieved June 18, 2014, from:  http://www.nhs.uk/conditions/vaccinations/pages/bcg-tb-vaccine-questions-answers.aspx
  • Clinical practice guidelines: Guideline on management of TB (3rd ed).(2012). Malaysia Health Technology Assessment Section (MaHTAS).

 

Semakan Akhir : 2 Jun 2015
Penulis : Dr. Thahira bt. A. Jamal Mohamed
Akreditor : Dr. Norzila bt. Mohamed Zainudin

 

 

 

Artikel Berkaitan

Hepatitis A

Apa itu Hepatitis A? Hepatitis A adalah penyakit hati yang

Ringkasan

Vaksin-vaksin terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah berpandukan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,523

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia