A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Apakah itu CT Abdomen?

CT Scan Abdomen merupakan satu pemeriksaan imbasan ke atas struktur abdomen (rongga perut berserta isinya) dan kawasan sekitarnya. Pemeriksaan dapat memberi maklumat yang lebih tepat berkenaan tisu dan struktur abdomen. Kebanyakkan pemeriksaan CT Abdomen memerlukan suntikan media kontras (maklumat lanjut berkaitan media kontras boleh dirujuk ke Pemeriksaan CT Scan).

Bagaimana dan di mana untuk mendapatkan pemeriksaan ini?

Pemeriksaan ini hanya boleh ditentukan oleh doktor pakar di hospital-hospital yang berpakar dan mempunyai kemudahan CT scan.

Bila pemeriksaan CT Abdomen diperlukan?

Pemeriksaan CT Abdomen diperlukan untuk mengenalpasti:

  • Punca sakit abdomen atau bengkak di bahagian perut dan sekitarnya
  • Batu karang di buah pinggang dan pundi kencing
  • Persediaan pembedahan
  • Inflamasi apendiks
  • Penyakit keradangan usus
  • Kecederaan
  • Kanser

 CT_Abdomen_1

Gambar 1 : Gambarajah CT Scan

Sumber : http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/imagepages/1088.htm

Sebelum pemeriksaan CT Abdomen

  • Juru X-Ray akan menerangkan kepada anda tentang pemeriksaan yang akan dilakukan.
  • Sila maklumkan kepada Juru X-ray sekiranya
    • Anda mengandung atau disyaki mengandung.
    • Ada alahan kepada makanan, ubat-ubatan atau ada penyakit asma.
  • Jika pemeriksaan memerlukan media kontras, maka beberapa arahan perlu dipatuhi seperti:
    • Anda perlu berpuasa minimum 4 – 6 jam sebelum pemeriksaan.
    • Makan ubat steroid jika dibekalkan 12 jam dan 2 jam sebelum pemeriksaan.
  • Anda perlu memakai pakaian hospital yang disediakan.
  • Anda mungkin dikehendaki minum minuman yang mengandungi cecair kontras sebanyak 2 kali setiap 30 minit sebelum pemeriksaan dijalankan.
  • Media kontras akan disuntik melalui salur darah oleh doktor.

Semasa Pemeriksaan CT Abdomen

  • Anda akan diminta untuk baring di atas meja pemeriksaan CT Scan.
  • Juru X-ray akan memposisikan kedudukan anda seperti meluruskan badan dan memastikan badan anda dalam kedudukan yang betul.
  • Semasa imbasan dilakukan, anda boleh berkomunikasi dengan Juru X-Ray melalui interkom.
  • Anda dikehendaki tidak bergerak sepanjang imbasan CT dilakukan supaya kualiti imej tidak terjejas dan bagi mengelakkan pemeriksaan ulangan.
  • Jika anda menjalani pemeriksaan CT Abdomen berkontras, kemungkinan anda akan rasa tidak selesa selepas media kontras disuntik ke dalam salur darah seperti rasa panas di seluruh badan, mual, pening dan lain-lain. Walaubagaimana pun, simptom ini hanyalah untuk sementara waktu sahaja.

Selepas Pemeriksaan CT Abdomen

  • Bagi anda yang telah menjalani pemeriksaan CT Abdomen berkontras, anda disarankan agar minum banyak air untuk mempercepatkan media kontras keluar dari badan melalui proses pembuangan air kencing.
  • Pastikan anda selesa sebelum dibenarkan pulang.
  • Jika ada sebarang masalah, hendaklah dimaklumkan kepada Juru X-ray yang bertugas.

Laporan pemeriksaan CT Abdomen:

  • Semua imej yang dihasilkan akan diteliti oleh Pakar Radiologi dan laporan akan disediakan.

Rujukan

  1. http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/imagepages/1088.htm
  2. Abdominal CT Scan (n.d.) Harvard Health Publications. Retrieved May 11, 2012, from http://www.health.harvard.edu/diagnostic-tests/abdominal-ct-scan.htm
  3. Computed Tomography (CT) – Abdomen and Pelvis. (2011, August 19). RadiologyInfo.org. Retrieved May 11, 2012, from www.radiologyinfo.org/en/pdf/abdominct.pdf
  4. CT Scan of the Abdomen. (2011) Aurora Health Care. Retrieved on May 11, 2012, from www.aurorahealthcare.org/yourhealth/healthgate/getcontent.asp?URLhealthgate=%2214799.html%22

 

Semakan Akhir : 2 Jun 2016
Penulis : Zaidah binti Maspin
Akreditor : Jasintha S. Sangarapillai

Artikel Berkaitan

CT BRAIN

Apa Itu CT Brain? Adalah satu pemeriksaan imbasan ke atas

MRI OTAK

Pemeriksaan MRI Otak menggunakan medan magnet dan gelombang frekuensi radio bagi menghasilkan imej keratan rentas otak melalui komputer tetapi MRI tidak mempunyai kesan radiasi seperti sinar-X

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,611

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia