A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Saya Bapa Remaja!

Masalah remaja mengandung merupakan masalah sosial yang utama di negara Amerika Syarikat sejak lewat kurun ke 20 dan awal kurun ke 21. Masalah ini juga mula berleluasa di negara kita sejak kebelakangan ini. Hakikatnya hidup seorang remaja amat mencabar. Anda menghabiskan tempoh yang lama di bangku sekolah dan kolej. Anda juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum. Hidup memang begitu mencabar sebagai remaja. Berita yang lebih teruk adalah jika anda ketahui bahawa teman perempuan awak mengandung dan anda adalah bapa kepada anak tersebut! Mendengar berita tersebut, reaksi anda mungkin marah, kesal, risau atau berasa malu.  Saya Bapa Remajanews.bbc.co.uk Apa yang perlu anda lakukan sekarang?

  1. Beritahu ibu bapa atau ahli keluarga anda

Memang sukar untuk memberitahu berita tersebut kepada keluarga atau ibu bapa anda. Kebanyakan remaja akan risau dimarahi ibu bapa. Kadangkala anda tidak langsung hendak beritahu kepada mereka. Walau bagaimanapun ada kemungkinan ibu bapa atau ahli keluarga anda boleh membantu anda. Oleh yang demikian anda perlu bersedia menghadapi sebarang reaksi daripada mereka. Cuba beritahu mereka secara ikhlas apa yang telah berlaku dan bahawa anda bertanggunjawab ke atas apa yang telah berlaku.

  1. Mengambil tanggungjawab

Anda perlu akur bahawa sebagai bapa anda bertanggungjawab menjaga anak dan juga teman wanita anda. Anda perlu sentiasa prihatin terhadap teman anda dan berkongsi tanggungjawab. Bayi yang akan lahir memerlukan kasih sayang dan penjagaan kedua ibu bapa. Teman anda amat memerlukan sokongan padu anda untuk mengharungi tempoh yang mencabar. Teman anda mungkin juga terpaksa menangguh persekolahan bagi tempoh kandungan. Teman anda juga mungkin menghadapi tekanan emosi dan perlu berdepan dengan stigma dari ahli keluarga kerana mengandung pada usia remaja. Saya Bapa Remaja2http://fatherandchild.org.nz/programmes-and-services/teen-dads

  1. Maafkan diri anda

Anda mungkin berasa serba salah ke atas apa yang telah berlaku. Anda mungkin berasa malu. Maafkan diri anda. Apa yang sudah berlaku tidak boleh dibetulkan. Orang lain kerap menyalahkan remaja lelaki apabila seseorang gadis mengandung. Walaupun anda rasa bersalah, anda perlu tabahkan hati dan bersedia untuk menharungi masa terdekat dan masa depan demi kebajikan anak yang akan lahir. Tabahkan hati dan hadapi situasi di depan anda.

  1. Ambil tanggungjawab keibubapaan

Remaja boleh mendaftar nama mereka sebagai bapa kepada anak yang lahir. Namun, umur, status perkahwinan dan agama seseorang remaja akan mempengaruhi implikasi ke atas pendaftaran anak dan hak sah remaja lelaki sebagai bapa.

  1. Kejayaan akademik

Jika anda berjaya dari segi akademik, anda berpeluang mendapat kerjaya yang berpendapatan tinggi dan stabil. Ianya penting bagi menampung kos penjagaan anak. Oleh itu, belajarlah rajin-rajin. Cuba sedaya upaya untuk sekurang-kurangnya menamatkan tingkatan menengah. ANDA BOLEH!

  1. Prihatin terhadap kebajikan anak

Anak yang lahir akan memerlukan kasih sayang dan masa anda. Anak tersebut patut mendapat perhatian yang tidak berbelah bahagi untuk membesar sebagai seorang individu yang bersopan, cerdik dan sihat. Ia adalah tanggungjawab anda dan teman anda. Jika anda kurang yakin, remaja juga boleh mendapatkan bantuan dan sokongan dari agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dapatkan bantuan dan nasihat dari ahli keluarga atau rakan yang berpengalaman.

ANAK ANDA, TANGGUNGJAWAB ANDA

RUJUKAN

  1. http://www.ehow.com/how_2067670_be-teenage-father.html
Penulis : Dr. Thiyagar Nadarajaw
Akreditor :

Dr Nik Rubiah Nik Abd. Rashid

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,729

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia