A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Pengawasan Kesihatan Persekitaran Jemaah...

Pengawasan Kesihatan Persekitaran Jemaah Haji Di Makkah

Pengawasan kesihatan persekitaran bagi jemaah haji dan petugas haji semasa musim haji melibatkan sepanjang masa perjalanan kerja-kerja ibadah haji di Makkah, Madinah, Arafah dan Mina. Tempat-tempat tersebut merupakan tempat perlaksanaan ibadah haji dan penempatan penginapan Jemaah dan petugas haji dalam suatu tempoh masa yang telah dijadual dan ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji.  

Pengenalan

Setiap tahun, Lembaga Tabung Haji (LTH) Malaysia akan menawarkan perkhidmatan kepada anggota kesihatan dan perubatan menganggotai Rombongan Perubatan Haji Malaysia untuk berkhidmat di Tanah Suci bagi  melancarkan perjalanan kerja ibadah haji serta menyantuni jemaah haji dengan harapan apabila pulang  mendapat haji yang Mabrur. Pemilihan anggota adalah mengikut keperluan perjawatan dan bagi pengawasan kesihatan persekitaran di Tanah Suci telah diberi tugas kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.

Definisi

Pengawasan kesihatan persekitaran bagi jemaah haji dan petugas haji semasa musim haji melibatkan sepanjang masa perjalanan kerja-kerja ibadah haji di Makkah, Madinah, Arafah dan Mina. Tempat-tempat tersebut merupakan tempat perlaksanaan ibadah haji dan penempatan penginapan Jemaah dan petugas haji dalam suatu tempoh masa yang telah dijadual dan ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji.  

Pengawasan kesihatan persekitaran jemaah haji bermula sebelum penerbangan pertama jemaah haji sampai di Tanah Suci di mana segala keperluan yang melibatkan kesihatan dan persekitaran jemaah haji telah dibuat persediaan awal. Aspek kesihatan yang diberi perhatian antaranya pengawasan penyediaan makanan, pemantauan kejadian penyakit , pendidikan kesihatan dengan memberi penekanan kepada penjagaan kesihatan diri termasuklah pemakaian alat perlindungan pernafasan (face mask). 

Pengawasan kesihatan persekitaran di Tanah Suci

Setiap musim haji seramai 4 anggota Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) telah ditempatkan di dua tempat yang berbeza iaitu 2 anggota di Makah dan 2 anggota  di Madinah. Bidang tugas PPKP yang dijalankan berpandu pada Prosedur Operasi Seragam. Antara bidang tugas yang dijalankan adalah :-          

  1. Mengumpul, menganalisa dan menyiapkan Laporan Harian Pesakit (Census Harian) samada di Klinik Malaysia dan Hospital Arab.
  2. Menjalankan penyiasatan kejadian penyakit berjangkit .
  3. Menjalankan pemeriksaan kebersihan dapur masak dan keselamatan makanan untuk petugas dan jemaah haji (JH).
  4. Menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan kepada jemaah haji (JH).
  5. Menjalankan Kajian Kepatuhan Indeks Prestasi Perkhidmatan Haji (IPPH).
  6. Melaporkan statistik harian kemasukan dan kes yang berada di Klinik Zon/Maktab dan Hospital Arab kepada Pusat Maklumat Operasi (PMO) Makkah.
  7. Melaporkan bilangan pesakit luar harian yang mendapat rawatan mengikut penyakit kepada   pihak berkuasa Arab Saudi.

Sistem Pengurusan Kualiti ISO Perkhidmatan Haji (SPK ISO)

    1.  Laporan pesakit luar, pesakit dalam , kejadian kes penyakit berjangkit dan kematian jemaah haji.

Laporan berkaitan kesihatan jemaah haji telah dipantau melalui sistem dalam talian (online) komputer  yang dijana  oleh pihak pengurusan Tabung Haji amat berkesan dan membantu dalam mendapatkan data dengan cepat dan lengkap dikendalikan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran setiap hari. 

Jenis penyakit yang dirawat antaranya yang sering berlaku di kalangan jemaah haji  dan mendapat rawatan di klinik adalah penyakit berkaitan  saluran pernafasan, penyakit kulit, sakit otot, penyakit perut dan usus dan penyakit jantung. Upper Respiratory Tract Infection (URTI) masih menjadi penyakit utama di kalangan jemaah haji Malaysia dengan jumlah kedatangan tertinggi daripada jumlah keseluruhan kedatangan pesakit luar bagi setiap musim haji.

PESAKIT LUAR DALAM KALANGAN JEMAAH MALAYSIA
MUSIM HAJI 1433H /2012M.

PENYAKIT ( ICD-INTERNATIONAL
CLASSIFICATION OF DISEASES)

SEBELUM WUKUF

JUMLAH

SELEPAS WUKUF

JUMLAH

COMMUNICABLE DISEASE

0

0

0

0

0

0

CARDIOVASCULAR DISEASE

629

663

1292

219

193

412

CHEST DISEASE

12412

13940

26352

9284

11255

20539

GASTROINTESTINAL DISEASE

739

847

1586

288

288

576

KIDNEY & URINARY DISEASES

190

149

339

86

38

124

OBSTSTRIC & GYNAECOLOGY

26

175

201

3

48

51

SKIN DISEASE

1424

755

2179

153

90

243

MUSCULOSKELETAL DISEASE

1154

1032

2186

391

285

676

NEUROLOGICAL DISORDER

209

278

487

80

90

170

METABOLIC DISORDER

495

431

926

268

265

533

EYE DISEASE

118

107

225

141

154

295

ENT DISEASES

359

351

710

367

363

730

MOUTH & DENTAL DISEASES

305

289

594

193

240

433

INJURIES AND OTHER EXTERNAL CAUSE OF DISEASE

221

122

343

82

58

140

HAEMATOLOGICAL DISEASE

8

9

17

4

6

10

PSYCHOLOGIC DISORDER

42

30

72

12

13

25

OTHERS

206

198

404

77

50

127

 

18537

19376

37913

11648

13436

25084

PESAKIT DALAM KALANGAN JEMAAH MALAYSIA
MUSIM HAJI 1433H /2012M.

PENYAKIT ( ICD-INTERNATIONAL
CLASSIFICATION OF DISEASES)

SEBELUM WUKUF

JUMLAH

SELEPAS WUKUF

JUMLAH

COMMUNICABLE DISEASE

0

0

0

0

0

0

CARDIOVASCULAR DISEASE

61

47

108

55

25

80

CHEST DISEASE

134

97

231

158

128

286

GASTROINTESTINAL DISEASE

16

12

28

23

9

32

KIDNEY & URINARY DISEASES

6

2

8

8

3

11

OBSTSTRIC & GYNAECOLOGY

0

5

5

0

4

4

SKIN DISEASE

18

3

21

6

3

9

MUSCULOSKELETAL DISEASE

7

2

9

6

3

9

NEUROLOGICAL DISORDER

6

5

11

5

5

10

METABOLIC DISORDER

24

20

44

23

35

58

EYE DISEASE

2

2

4

0

0

0

ENT DISEASES

5

2

7

3

2

5

MOUTH & DENTAL DISEASES

0

1

1

0

0

0

INJURIES AND OTHER EXTERNAL CAUSE OF DISEASE

13

9

22

6

10

16

HAEMATOLOGICAL DISEASE

4

2

6

1

0

1

PSYCHOLOGIC DISORDER

12

10

22

17

10

27

OTHERS

2

0

2

2

1

3

 

310

219

529

313

238

551

KEMATIAN JEMAAH HAJI MUSIM HAJI DALAM KALANGAN JEMAAH MALAYSIA MUSIM HAJI 1433H /2012M.

SEBAB KEMATIAN

MAKKAH

MADINAH

ARAFAH

MINA

JUMLAH

ACUTE MYOCARDIAL INFARCTION

16

5

1

4

26

DIABETES MELLITUS WITH MULTIPLE COMPLICATIONS

 

1

 

 

1

LIP. ORAL CAVITY AND PHARYNX

 

1

 

 

1

MALIGNANT NEOPLASMS PRESUMED TO BE PRIMARY OF LYMPHOID, HAEMATOPOIETIC & RELATED

 

1

 

 

1

INFLUENZA AND PNEUMONIA

5

1

1

 

7

PNEUMONIA

3

 

 

 

3

CEREBROVASCULAR DISEASES

2

 

 

 

2

ISCHAEMIC HEART DISEASE

2

 

 

 

2

RENAL FAILURE

2

 

 

 

2

DIGESTIVE ORGANS

1

 

 

 

1

CHRONIC OBSTRUCTIVE PULMONARY DISEASE

1

 

 

 

1

PULMONARY HEART CIRCULATION DISEASE

1

 

 

 

1

SEVERE PNEUMONIA WITH MULTIORGAN FAILURE

1

 

 

 

1

NEOPLASMS (DIGESTIVE ORGANS – LIVER CANCER

1

 

 

 

1

SEVERE BROCHOPNEUMONIA

1

 

 

 

1

 

36

9

2

4

51

Kematian melibatkan Jemaah Haji Malaysia dilaporkan kepada Timbalan  Ketua Rombongan Haji (perubatan) dengan segera. PPKP dikehendaki mendapatkan notifikasi kematian dan menyediakan profile kes yang mengandungi butir-butir  kematian dan dimasukkan dalam laporan harian. Rekod laporan kematian disimpan dan sentiasa dikemaskini.  PPKP tidak terlibat dalam pengurusan jenazah dan ianya dikendalikan oleh pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya.  

KEJADIAN PENYAKIT BERJANGKIT DALAM KALANGAN JEMAAH HAJI MALAYSIA MUSIM HAJI 1433H/2012M

 

PENYAKIT BERJANGKIT

MAKKAH

MADINAH

 

JUMLAH

KES

KEMATIAN

KES

KEMATIAN

 

TIADA

 

Tiada  kes penyakit berjangkit dilaporkan semasa musim haji 2012. Sekiranya kes penyakit berjangkit berlaku semasa musim haji melibatkan jemaah haji, ianya akan disiasat sebagaimana prosedur yang dijalankan di tanah air. Penyiasatan dan langkah kawalan  dilakukan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan laporan disediakan mengikut kes. Jabatan Kesihatan Arab Saudi amat serius dalam mencegah berlakunya penyakit berjangkit .

    1. Pemeriksaan Kebersihan Dapur

Bilangan dapur penyediaan makanan untuk jemaah haji dan petugas tertakluk kepada jumlah jemaah haji dan petugas. Bagi musim haji 1433 H / 2012 M, sebanyak 8 buah dapur telah beroperasi pada musim ini terdiri dari 5 buah dapur di Makkah dan 3 di Madinah untuk penyediaan makanan Jemaah Haji Muassasah. Terdapat juga dapur untuk penyediaan makanan kepada petugas serta pesakit dan satu dapur untuk Pakej Tabung Haji Travel.

Pengawasan dapur melalui pemeriksaan dijalankan oleh PPKP bersama Pengurus Catering Tabung Haji bagi memastikan kebersihan berada pada tahap yang tinggi untuk mengelak kejadian keracunan makanan. Peraturan Pihak Berkuasa  Kesihatan Arab Saudi memastikan tiada kejadian kes penyakit  seperti keracunan makanan berlaku dalam kalangan jemaah haji di Maktab atau di hotel penginapan. Secara keseluruhan dapur muassasah dan petugas menunjukkan tahap yang tinggi dalam penjagaan kebersihan dan keselamatan makanan.

Pemeriksaan dapur penyediaan makanan Jemaah Haji dijalankan diperingkat sebelum wukuf, semasa wukuf dan selepas wukuf. Kaedah pemeriksaan dengan menggunakan format borang pemeriksaan premis makanan yang didokumenkan dalam Sistem Pengurusan Kualiti ISO Perkhidmatan Haji (SPK ISO) . Pemerhatian dan pengawasan juga dijalankan di mana tempat makanan diagih atau diedarkan kepada Jemaah haji. Laporan pemeriksaan disediakan dan diserahkan kepada Pengurus Catering Tabung Haji untuk tindakan lanjut.

Semasa pemeriksaan dapur peralatan yang digunakan  ialah  jangka suhu jenis laser (Laser thermometer ) untuk bacaan suhu. Kepentingan peralatan ini bagi memastikan suhu penyimpanan bahan mentah dan suhu makanan yang telah dimasak untuk diedarkan kepada Jemaah Haji mematuhi standard. 

    1.  Pendidikan Kesihatan

Aktiviti pendidikan kesihatan yang dijalankan memberi tumpuan kepada langkah-langkah pencegahan penyakit berjangkit khususnya jangkitan saluran pernafasan, kempen memakai penutup muka (face mask), kepentingan basuh tangan dengan cara yang betul, mengelak kejadian keracunan makanan dan cara-cara heat stroke akibat kesan cuaca panas yang melampau. Jemaah juga dinasihatkan agar tidak merokok di bilik hotel kerana membahayakan kesihatan diri dan jemaah lain di samping faktor keselamatan dari kebakaran. Bagi jemaah yang berisiko tinggi dinasihatkan agar sentiasa memastikan bekalan ubat mencukupi disamping mengurangkan aktiviti luar terutamanya ketika waktu kemuncak dan semasa cuaca panas.

Aktiviti pendidikan kesihatan yang telah dijalankan kepada jemaah haji semasa di Madinah dan Makkah adalah seperti berikut :-

AKTIVITI PENDIDIKAN KESIHATAN KEPADA JEMAAH HAJI MALAYSIA
MUSIM HAJI 1433H/2012M

BIL

AKTIVITI

BILANGAN LAWATAN

BILANGAN CERAMAH

JUMLAH POSTER

BILANGAN

1

Lawatan ke bilik penginapan

6719 orang

 

 

 

2

Ceramah kepada Jemaah Haji

 

11 sesi            ( 3825 peserta)

 

 

3

Edaran poster

 

 

60 risalah/poster di tampal di hotel jemaah haji

 

4

Penyampaian individu oleh petugas klinik dan Pusat Rawatan kepada Jemaah Haji.

 

 

 

38,418 orang

5

Penyampian individu oleh petugas Kajian IPPH kepada Jemaah Haji.

 

 

 

3447

Ulasan

Secara amnya pengawasan kesihatan persekitaran yang dijalankan oleh PPKP melalui aktiviti–aktiviti yang ditugaskan adalah untuk memastikan operasi haji di setiap musim  berjalan lebih lancar dengan semangat kerja sama antara petugas dalam pasukan perubatan.

1
Foto 1: Ceramah Penjagaan Kesihatan JH Di Tanah Suci
2
Foto 2: Memberi pendidikan kesihatan di bilik Penginapan JH
3
Foto 3: Pemeriksaan Kebersihan Sanitasi Dapur
 

Rujukan

  1. Dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti ISO Perkhidmatan haji (SPK ISO)1434H/2013M.
  2. Laporan Sebelum Wukuf  Musim Haji 1433 H / 2012 M, Penolong Pegawai   Kesihatan Persekitaran, Pejabat Pentadbiran Perubatan Al Janadriah, Makkah Al Mukarramah
Semakan Akhir : 27 November 2016
Penulis : Ismail bin Mat Ejan
Akreditor : Hj Rosnani bin Ab. Hamid

 

Artikel Berkaitan

Hiperhidrosis

Hiperhidrosis atau peluh berlebihan adalah keadaan di mana terdapat peluh di luar keperluan biasa badan

Polio

Pengenalan Polio atau poliomyelitis adalah akibat jangkitan virus polio yang

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,729

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia