A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Dismenorea

Dismenorea atau senggugut bermaksud sakit sewaktu datang haid.

PENGENALAN

  • Dismenorea atau senggugut bermaksud sakit sewaktu datang haid.
  • Anggaran 60 hingga 75% wanita muda akan mengalami dismenorea, kebanyakan dari mereka mengalami gejala rengan sementara 25% dari mereka akan mengalami senggugut teruk yang mengganggu kehidupan mereka.
  • Ada dua jenis dismenorea iaitu dismenorea primer dan dismenorea sekunder.
  • Dismenorea sekunder biasanya berlaku dalam kalangan wanita dewasa di mana senggugut berlaku sebagai sebahagian dari gejala penyakit tertentu seperti radang pelvis (Pelvic Inflammatory Disease), endometriosis dan sebagainya.
  • Dismenorea primer adalah keadaan yang biasanya dialami oleh remaja dan biasanya ia tidak berkaitan dengan penyakit tertentu.
  • Dismenorea primer biasanya dialami oleh remaja selepas 2 hingga 3 tahun selepas baligh (datang haid pertama kali) dan keadaan bertambah teruk pada usia 15 hingga 25 tahun.
  • Biasanya tahap keterukan dismenorea primer akan berkurangan apabila usia meningkat dan berhenti selepas melahirkan anak.
  • Dismenorea berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan bahan kimia (prostaglandin) yang menyebabkan otot rahim dan saluran darah rehat (relaks) dan mengecut.
    • Prostaglandin dihasilkan oleh lapisan dinding dalam rahim yang dinamakan endometrium atas rangsangan hormon progestron yang di rembes selepas berlakunya proses ovulasi (pengeluaran telur)

GEJALA/TANDA

  • Rasa sakit biasanya bermula dalam jangkawaktu 24 jam sebelum kedatangan haid dan berterusan sehingga 1 hingga 3 hari.
  • Rasa sakit itu biasanya dirasai di bahagian ari-ari (bawah pusat), boleh merebak ke bahagian belakang dan peha.
  • Gejala lain yang mungkin dialami adalah cirit-birit(diarrhoea) dan muntah.

DIAGNOSA DAN RAWATAN

  • Doktor akan membuat diagnosa dismenorea primer setelah membuat penilaian klinikal dan mendapati anda tidak mempunyai apa- apa penyakit yang menyebabkan anda mengalami gejala tersebut.
  • Dismenorea primer boleh dirawat dengan menggunakan ubat perancang keluarga (oral contraceptives) dan menggunakan ubat dari kumpulan NSAIDS ( Non- steroidal anti inflammatory drugs) seperti mefenemic acid (ponstan), ibuprofen, diclofenac sodium.
  • Ubat perancang keluarga boleh menghalang proses ovulasi dan seterusnya menghalang peningkatan hormon progestron lalu mengurangkan penghasilan prostaglandin.
  • NSAIDS bertindak dengan mengurangkan pembentukan prostaglandin.

TINDAKAN KENDIRI

Sila makan NSAIDS sebaik sahaja anda merasakan tanda senggugut akan bermula dan terus makan ubat sehingga hari ke lima (mengikut preskripsi doktor anda).

 

Semakan akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Salmiah bt. Md. Sharif
Penyemak : Dr. Nazhatussima bt. Suhaili

Artikel Berkaitan

Vandalism

Apakah itu ‘Vandalism’? ‘Vandalism’ adalah perbuatan merosakkan atau memusnahkan kemudahan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,640

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia