A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Guru Berat Sebelah

Guru Berat Sebelah Senario Ani (bukan nama sebenar) merasa tidak puashati dengan layanan guru sains Puan Asiah (bukan nama sebenar) terhadapnya. Dia merasakan Cikgu Asiah berat sebelah dan melebih-lebihkan kawannya Siti berbanding dirinya. Dia geram kerana sering dimarahi oleh Puan Asiah dan ini lebih ketara kerana Puan Asiah juga guru Bulan Sabit Merah Malaysia yang dianggotainya. Perkara yang paling menyakitkan hati ialah apabila Puan Asiah telah melantik Siti memegang jawatan presiden Bulan Sabit Merah Malaysia di sekolah sedangkan dia sangat inginkan jawatan itu……’. Pengenalan Di sekolah, ada kalanya pelajar merasakan guru bersikap berat sebelah terhadap dirinya berbanding rakan pelajar yang lain. Berat sebelah boleh melibatkan perkara yangsensitif seperti diantara pelajar berbeza jantina, bangsa, agama dan status. Tetapi kebanyakan isu berat sebelah dikaitkan dengan layanan guru yang berbeza diantara satu pelajar yang lain disebabkan oleh perkara yang tidak jelas dan pelbagai. Perkara ini agak biasa berlaku namun perlu ditangani dengan baik. Sekiranya tidak, perkara ini boleh menimbulkan konflik diantara pelajar dan guru di antara pelajar-pelajar dan boleh menjejaskan reputasi sekolah. Tips untuk menangani situasi guru berat sebelah (untuk pelajar)

  1. Sekiranya perkara itu remeh, jangan hiraukan perkara tersebut sebaliknya jadikan itu sebagai motivasi untuk terus berusaha membaiki diri dengan lebih gigih.
  1. Minta pandangan rakan lain tentang pendapat anda. Kadang-kadang ianya adalah tanggapan kita semata-mata dan cikgu sebenarnya bersikap sama rata. Mungkin caranya berbeza kerana setiap pelajar mempunyai watak yang berbeza.
  1. Bandingkan pelajar lain dengan diri anda. Cari ruang dimana anda boleh perbaiki diri. Mungkin ada tindakan kita yang menyinggung persaan guru yang menyebabkan mereka berat sebelah. Kita perlu fahami bahawa guru juga adalah manusia biasa. Adakalanya tindakan mereka itu berlaku kerana mereka dalam keadaan stres atau keletihan.
  1. Sekiranya ia melibatkan isu yang sensitif,bincang dengan guru lain yang anda percaya. Guru tersebut boleh menilai pandangan anda dan membantu anda membaiki situasi itu.
  1. Anda juga boleh berbincang dengan ibu bapa. Jika perlu, ibu bapa boleh berbincang dengan pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah ini
  1. Elakkan daripada bersikap kasar dengan guru yang terlibat. Ini tidak akan membaiki situasi yang anda alami. Perkara paling baik dan berani yang boleh anda lakukan ialah berjumpa dan berbincang dengan baik dengan guru tersebut.

Tip untuk mengelakkan menjadi berat sebelah (untuk guru) Sebagai manusia biasa, guru mempunyai pendirian sendiri tentang pendidikan dan pelajar mereka. Sekiranya pandangan itu positif, iaboleh memanafaatkan pelajar. Jika sebaliknya ia boleh menimbulkan situasi berat sebelah terhadap pelajar. Berikut adalah perkara yang patut dielakkan.

  1. Menilai pelajar-pelajar berdasarkan pendirian sendiri terhadap pelajar.

Guru perlu mengelakkan daripadamenilai pelajar mereka berdasarkan pendirian dan pengalaman mereka. Guru perlu melayan pelajar mereka sama rata tanpa mengira jantina, bangsa, agama dan status.

  1. Menganggap tugas guru adalah sekadar menyampaikan pelajaran yang ditetapkan.

Penerimaan pelajar terhadap pelajaran adalah berbeza dan guru perlu kreatif semasa memberikan pendidikan kepada pelajar.

  1. Menganggap ada pelajar yang tidak boleh menerima pelajaran.

Kebanyakan pelajar boleh menerima pelajaran melainkan mereka mempunyai masalah pembelajaran dan mental yang teruk. Guru perlu memahami latar belakang pelajar dan melihat kenapa pelajar tersebut tidak boleh menerima pelajaran.

  1. Mengganggap pelajar sekolah menengah tidak memerlukan pujian.

Remaja juga memerlukan pujian untuk meningkatkan harga diri mereka. Guru perlu biasamemberi pujian kepada pelajar secara jujur dan bersesuaian. Pujian tidak semestinya melibatkan hal akademik dan boleh juga melibatkan hal-hal kecil. Ini boleh membuatkan pelajar merasa dirinya dihargai. Rujukan:

  1. http://712educators.about.com/od/teachingstrategies/tp/Avoiding-Teacher-Bias-And-Erroneous-Beliefs.htm. Accessed ???

Guru Berat Sebelah2Sumber: lhakim-suarahati.blogspot.com

Artikel Berkaitan

Buli Di Sekolah

Buli adalah perbuatan tingkah laku agresif  yang berulang bertujuan untuk menyakiti individu lain, dari segi fizikal, mental atau emosi.

Sexting

Apa itu sexting? Sexting adalah tindakan menghantar foto, mesej atau

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,931

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia