A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Kesihatan Pergigian
  4. /
  5. Pergigian Umum
  6. /
  7. Pembinaan Semula Tisu Keras...

Pembinaan Semula Tisu Keras Dalam Bidang Pergigian

Pendahuluan

Graf tulang merupakan tisu keras yang ditransplan supaya menjadi sebahagian daripada tulang asal. Bone grafting merupakan prosedur pembedahan untuk menggantikan tulang yang hilang.

Prinsip Pembentukan Semula Tulang

Tulang mempunyai keupayaan untuk membentuk semula jika ia berada pada keadaan sekeliling yang sesuai. Apabila tulang ditransplan dari satu bahagian badan ke bahagian badan yang lain, beberapa proses berlaku secara aktif untuk menggabungkan graf tulang.  Apabila graf tulang diambil dari tempat asalnya, saluran darah akan diputuskan. Maka, sel-sel dalam graf tulang hanya bergantung kepada resapan nutrien dari kawasan sekelililng yang baru untuk hidup. Proses resopsi tulang, penggantian tulang dan pembentukan tulang baru akan bermula sehingga tulang yang matang terbentuk. Jumlah tulang yang terbentuk bergantung kepada jumlah sel yang hidup selepas transplant1.

Mekanisme biologi yang terlibat dibahagi kepada osteoconduction, osteoinduction and osteogenesis2.
Osteoconduction berlaku di mana graf tulang memainkan peranan sebagai templat untuk pembentukan tulang baru. Sel osteoblas (Sel yang membentuk tulang) daripada kawasan sekeliling akan menggunakan graf tulang sebagai templat untuk pembentukan tulang baru.

Osteoinduction merupakan satu proses di mana sel osteoprogenitor (sel yang tidak matang) akan dirangsang untuk menjadi sel osteoblas yang akan membentuk tulang baru. Protein bone morphogenetic merupakan salah satu bahan perantaraan dalam proses ini.

Osteogenesis merupakan satu proses di mana sel osteoblas yang berasal dari tulang graf akan membentuk semula tulang yang baru.

Jenis-Jenis Graf Tulang

Graf autogenous (autograf) terdiri daripada tisu yang diambil daripada individu yang sama. Autograf merupakan graf yang paling ideal. Ia akan diambil daripada tulang yang kurang penting seperti tulang pinggul, tulang rusuk dan rahang bawah. Graf ini unik berbanding tulang graf yang lain kerana ia merupakan satu-satunya graf yang mengandungi sel tulang sendiri. Graf ini memainkan peranan yang penting dalam proses osteogenesis. Risiko penolakan graf amatlah rendah kerana graf ini berasal daripada badan pesakit sendiri. Salah satu keburukan graf ini adalah satu pembedahan tambahan yang akan dilakukan pada anggota badan yang lain diperlukan untuk pengambilan graf.

Graf allogeneic (allograf, homograf) merupakan graf yang diambil daripada individu yang berlaian dalam spesis yang sama. Allograf diambil daripada mayat ataupun penderma tulang (Pesakit yang menjalani pembedahan penggantian tulang pinggul). Contoh allograf adalah tulang yang menjalani proses pengeringan dan proses penyejukbekuan. Individu yang berlainan biasanya mempunyai genetik yang berbeza, maka allograf perlu diproses sebelum digunakan. Proses rawatan ini akan memusnahkan sel-sel tulang yang diperlukan untuk osteogenesis. Maka allograf hanya membantu dalam proses osteogenesis. Ia hanya menyediakan satu templat untuk pembentukan tulang yang baru. Kelebihan allograf adalah ia tidak memerlukan pembedahan tambahan untuk pengambilan graf.

Graf xenogeneic (xenograf, heterograf) merupakan graf yang diambil daripada spesis yang berlainan seperti lembu. Ketidaksamaan antigenik adalah lebih tinggi berbanding allograf. Kelebihan allograf adalah ia tidak memerlukan pembedahan tambahan untuk pengambilan graf.

Graf alloplastik terdiri daripada hidroksiapatit, yang merupakan kandungan utama tulang. Contoh graf tulang sintetik adalah kalsium karbonat, trikalsium fosfat, dan flurohidroksiapatik (alga hidupan laut). Hidroksiapatit sering digunakan kerana cirri-cirinya yang kuat, osteoconduction dan diterima oleh tulang sekeliling.

Indikasi

Implan pergigian
                                                                          
Salah satu jenis rawatan untuk menggantikan gigi yang hilang adalah implant pergigian. Tulang alveolus (tulang yang menyokong gigi) perlu dibina untuk menyokong implan pergigian. Implan pergigian perlu diliputi oleh tulang supaya ia boleh berfungsi dan kekal dalam mulut.


Gambar 1 : Xenograf digunakan untuk menambahkan kelebaran tulang alveolus

Tulang Graf Alveolar

Dalam kes sumbing tulang alveolus, terdapat satu celahan yang menghubungkan mulut dengan hidung. Keadaan ini menjejaskan paras rupa pesakit dan menyebabkan gigi tidak dapat tumbuh di kawasan itu. Pembedahan tulang graf alveolar bertujuan untuk menutup celahan pada rahang atas supaya gigi dapat tumbuh dengan normal dan memulihkan paras rupa pesakit. Masa yang paling sesuai untuk melakukan pembedahan ini adalah semasa pesakit berumur 8-9 tahun di mana gigi taring sedang terbentuk. Semasa pembedahan ini, tulang graf ( biasanya autograf ) akan digunakan untuk menutupi celahan itu.

Indikasi lain

Prosedur sinus lift
Pemulihan soket pergigian
Pembinaan semula kecacatan patologik

Rujukan

  1. Larry J Peterson, Edward Ellis, James R Hupp, Myron R Tucker. Contemporary Oral and Maxillofacial Surgery, (4th edition)St Louis, Missouri: Mosby.646-59.
  2.  Klokkevold PR, Jovanovic SA (2002). Advanced Implant Surgery and Bone Grafting Techniques. In Newman, Takei, Carranza. Carranza’s Clinical Periodontology (9th edition)Philadelphia: W.B. Saunders. 907-8.

 

Semakan Akhir : 3 Jun 2014
Penulis / Penterjemah : Dr. Ling Xiao Feng
Akreditor : Dr. Marzuki b. Zainal Abidin

Artikel Berkaitan

Cabutan Gigi

Cabutan gigi merujuk kepada exodontia, suatu prosedur pengeluaran atau pembuangan gigi daripada tulang rahang. Prosedur ini dilaksanakan apabila gigi tersebut didapati tidak dapat diselamatkan atau dikaitkan dengan sebarang patologi atau penyakit.

Bagaimana Menjaga Gigi Anak Kecil Saya?

Penjagaan mulut atau gigi bayi dan kanak-kanak seharusnya bermula sebelum gigi pertama tumbuh. Kerosakan atau karies gigi boleh bermula sebaik sahaja gigi pertama tumbuh dan terdedah kepada persekitaran mulut.

Rawatan Multidisiplin Ortodontik Dan Pembedahan

Tulang rahang perlu berada di kedudukan yang betul agar kedudukan gigi dan gigitan dapat diperbaiki. Jika saiz rahang berbeza dengan ketara, maka rawatan ortodontik sahaja tidak dapat memperbetulkan gigitan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,051,106

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia